in ,

Ulasan Lirik Ketulusan Hati dari Album Terbaru Anuar Zain

Mendengar kali pertama, lagu ini buat Budiey terkenangkan cinta-cinta yang pernah ditelusuri dan ada yang bertaburan hancur. Dulu, pernah cinta insani menghiasi warna kehidupan. Episod cinta manusia takkan pernah putus selagi kita dianugerahkan hati, akal dan naluri yang bernama perasaan.

Konsep lagu ini senang kerana ianya umpama satu ikrar atau takrir dan juga perjanjian. Semua orang senang dan pandai melafazkan janji. Mulut insan memang ada yang manis. Umpama menanam tebu di tepi bibir… Lebih-lebih lagi dalam soal cinta, sesiapa yang desperate sangat untuk bercinta akan mudah menghamburkan janji manis tanpa memikirkan apakah cinta itu mampu digendongnya. Sudahnya, cinta yang digendong itu berciciran di tengah jalan.

[pullquote]Alunan suara Anuar Zain memang sesuai sangat dengan lagu jiwang tahap dewa macam ni. Dari segi penjiwaan dan penghayatan tidak perlu dipersoalkan kerana penyanyi bersuara lantang ini bisa membuat sesiapa sahaja terpesona. Irama seolah sepadu dengan garapan lirik yang terlalu optimis.[/pullquote]

Istimewanya lagu ini pada Budiey adalah kerana gabungan muziknya. Ya, kekuatan keseluruhan album terbaru Anuar Zain ini terletak pada nuansa muzik cemerlang yang membentuk lagu ini dalam acuan yang lebih sempurna. Bohong kalau saya katakan lagu ini tidak memberi apa-apa kesan kepada telinga pendengar. Kecuali mungkin pada mereka yang dilahirkan pekak dan tidak pandai menghargai muzik.

Budiey suka dengan jeritan adlib ala Tarzan di pertengahan lagu ini…. ‘Oooooooooo…. Mencintaimu tak mengenal waktu. Pengulangan bait ‘mencintaimu’ seolah membuat saya teringat kepada lagu Kris Dayanti. Lagu ini sesuai sekali didengari dalam kereta bersama si dia… Hahahaha… dan juga kalau ingin mengecapi ombak laut dan bayu pantai lembut menyapu pipi, lagu ini mungkin menjadi pengubat buat sang perindu.

Hakikatnya, perjanjian demi perjanjian terkandung dalam lagu ini. Seolah lagu ini mungkin sesuai untuk si pencinta yang sentiasa mendambakan cinta yang sejujurnya dari pasangannya. Sanggup menderita demi cinta, sanggup melalui onak duri demi menggamit sekalung cinta dan tidak mempedulikan apa orang lain kata tentang cintanya. Cinta yang dipersembahkan seperti hadiah yang tidak ternilai dengan harta benda. Setiap saat, setiap detik, cinta itu bagaikan mengundang zikir dan lafaz tahmid dengan memuji yang dicinta… dan benarlah, cinta yang paling sejati dalam dunia ini adalah untuk Yang Maha Esa. Tidak sama dengan bercinta dengan insan yang alpa, sekali kita merinduiNya, semakin dekat dia mampir dan intim denganNya. Sekali kita melafazkan tahmid mengucap lafaz syukur, 10 kali rezeki akan jatuh ke ribaan. Bercinta dengan manusia pula, kita tidak tahu samada si dia merindui kita atau sebaliknya. Sekuat mana cinta anda kepada kekasih anda juga sukar diukur. Begitulah sebaliknya, sekiranya ada pengukur yang dapat mengukur kekuatan cinta, maka sudah ramai pasangan yang bercerai berai dan berbalah demi keadilan cinta mereka.

Ingatlah cinta di dunia cuma sementara…

Jom layan lagu ni sat…

Lirik Ketulusan Hati

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu
selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

oooo

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Anuar Zain Terindah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Nasha Aziz di Majlis Bersama Anak Yatim

Photo Britney Spears Got Her License!