in

Ulasan Liga Lawak Superstar Minggu Kedua

Liga Lawak Superstar (LLS), program realiti terbaru TV3 yang menampilkan 8 komedian dan 16 artis popular tanah air dalam menggilap bakat serta kreativiti mereka menerusi sketsa komedi telah memulakan pertarungan pada setiap hari Ahad jam 9.00malam. LLS yang bertemakan sarkas menguji kemahiran improvisasi para pesertanya melalui tugasan-tugasan yang diberikan.

Selepas menyaksikan pertarungan Kumpulan B yang terdiri daripada pasukan Asmara Luna (Riezman Khuzaimi, Aidil Aziz & Ropie), OMG (Anas Ridzuan, Akim Ahmad & Sathia), Aku Diandra (Sheera Iskandar, Qazeem Nor & Ilya) dan Ayoub Lasak (Iqram Dinzly, Mikail Andre & Aziz M. Osman) pada minggu lalu, tumpuan kembali beralih ke persaingan Kumpulan A di antara Derhaka Seorang Cinderella (Hamdan, Amyza Aznan & Aman Nassim), Apa Kasih Toq (Didie Alias, Kamal Adli & Fizz Fairuz), Aku (Bell Ngasri, Idzham Ismail & Hairi Safwan) dan Spy Kampung (Farouk Hussain, Zalif Sidek & Shafiq Kyle) semalam.

MINGGU KEDUA KUMPULAN A MILIK APA KASIH TOQ

[dropcap]E[/dropcap]mpat pasukan ini telah berentap untuk meraih markah daripada barisan juri tetap terdiri daripada Ida Nerina, Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramli, juri awam dan mendapat undian SMS daripada orang ramai. Mereka dicabar dan diuji dalam 5 cabaran atau permainan iaitu ‘Apa Maksud Kau’, ‘Jampi’, ‘Pentiru Besar’, ‘Bilik Soal Siasat’ dan akhir sekali, ‘Karaoke Uncle Spa’.

Pusingan pertama menampilkan persaingan sengit antara Apa Kasih Toq (Didie Alias, Kamal Adli & Fizz Fairuz) dan Aku (Bell Ngasri, Idzham Ismail & Hairi Safwan) dalam permainan ‘Apa Maksud Kau’. Seterusnya, Derhaka Seorang Cinderella (Hamdan, Amyza Aznan & Aman Nassim) dan Spy Kampung (Farouk Hussain, Zalif Sidek & Shafiq Kyle) mula menunjukkan peningkatan mendadak menerusi cabaran ‘Jampi’.

Suasana di studio terus dihangatkan dengan gelagat Apa Kasih Toq dan Aku dalam permainan ke-3 iaitu ‘Pentiru Besar’ di mana Apa Kasih Toq paling hampir tepat meniru kembali aksi artis jemputan, Suhaimi Yusof, Munir dan Noorkhiriah dengan jalan cerita yang berbeza. Selepas itu, Derhaka Seorang Cinderella dan Spy Kampung perlu melalui ujian ‘Bilik Soal Siasat’. Pusingan ini dimenangi oleh Derhaka Seorang Cinderella. Cabaran terakhir ialah ‘Karaoke Uncle Spa’ di mana setiap peserta perlu meletakkan kaki ke dalam akuarium yang berisi belut sambil menyanyikan lagu yang diberi.

Menurut Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, “Selepas pertarungan pertama oleh Kumpulan A dan B, potensi setiap kumpulan sudah jelas dipamerkan namun masih awal bagi kami untuk membuat ramalan. Masing-masing perlu memperbaiki kelemahan dan mengemaskan lagi persembahan mereka dari masa ke semasa kerana masih mempunyai 3 pusingan sebelum sesi penyingkiran. Kami berharap agar kesemua pasukan dapat mengekalkan momentum dan terus memberikan persaingan pada minggu seterusnya.”

LLS menampilkan 8 orang komedian dan 16 pelakon popular tanah air yang dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B. Setiap kumpulan daripada 4 pasukan yang disertai oleh seorang komedian dan 2 pelakon dalam setiap pasukan. Pada pusingan awal, Kumpulan A dan Kumpulan B akan bertarung di pentas LLS secara selang seli pada setiap minggu. Selepas 4 pertarungan, 2 kumpulan yang berjaya meraih markah tertinggi dalam kumpulan masing-masing akan bersaing di pusingan separuh akhir. Hanya 2 pasukan yang terbaik akan melayakkan diri ke pusingan akhir untuk merebut gelaran Juara Liga Lawak Superstar serta membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 250,000.

Sepanjang 10 episod, Liga Lawak Superstar menampilkan Afdlin Shauki dan Adibah Noor sebagai pengacara program. Selain itu, Liga Lawak Superstar turut menampilkan nama besar dalam industri hiburan tanah air iaitu Ida Nerina, Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramli sebagai juri tetap untuk program ini. Peserta paling menyerlah yang berjaya memikat hati juri dan para penonton bakal dinobatkan sebagai juara Liga Lawak Superstar sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM 250,000. Sementara itu naib juara akan membawa pulang RM 75,000 manakala tempat ketiga RM 50,000 dan tempat keempat RM 25,000. Bagi sistem pemarkahan pula akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% daripada juri awam di studio. Undian SMS akan dibuka selama satu minggu bermula daripada hari Ahad hingga Ahad minggu berikutnya jam 6.00 petang.

Jangan ketinggalan menyaksikan Liga Lawak Superstar dengan sketsa komedi yang lebih menarik dan mencuit hati pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam di TV3!

Untuk menyemarakkan lagi Liga Lawak Superstar penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan ikuti info terbaru di radio rasmi Liga Lawak Superstar iaitu Hot FM. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ #LigaLawak untuk menghangatkan lagi bahang Liga Lawak Superstar.

Carta kedudukan markah peserta:

Ulasan Liga Lawak Superstar Minggu Kedua

Ulasan Liga Lawak Superstar Minggu Kedua

Ulasan Liga Lawak Superstar Minggu Kedua

Ulasan Liga Lawak Superstar Minggu Kedua

Ulasan Liga Lawak Superstar Minggu Kedua

Ulasan Liga Lawak Superstar Minggu Kedua

Ulasan Liga Lawak Superstar Minggu Kedua

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Resepsi Ashraf Muslim & Wan Sakinah

Blog Budiey.com Blog Rasmi Konsert Pelangi Untukmu