in , ,

Ulasan Konsert Triad Rock Legend: Satu Malam, Tiga Band, Satu Sejarah!

Zepp Kuala Lumpur Beregar Dengan Konsert Triad Menampilkan Muzik Rock Lagenda! Tahniah di Atas Penganjuran!

Malam semalam, Budiey telah hadir di sebuah konsert yang dinantikan oleh para rockers. Zepp Kuala Lumpur menjadi saksi kepada satu sejarah besar dalam arena muzik rock tempatan. Konsert Triad, yang menampilkan gabungan tiga band legenda – Wings, Search (Kid Din), dan Dragon Malaya – berjaya mengumpulkan seramai 2,400 peminat yang memenuhi setiap ruang dewan.

Tiket yang habis licin terjual membuktikan betapa peminat masih dahagakan hiburan rock berkualiti tinggi! Lebih menarik, konsert ini turut dinilai oleh The Malaysia Book of Records (MBOR) untuk rekod gabungan tiga kumpulan rock dalam satu pentas. Mantap! Tahniah!

Ulasan Konsert Triad Rock Legend: Satu Malam, Tiga Band, Satu Sejarah!

Awie Dominasi Pentas, 25 Lagu Tanpa Henti!

Dalam konsert penuh tenaga ini, Awie mengambil peranan sebagai vokalis utama untuk ketiga-tiga kumpulan, membawakan sebanyak 25 lagu yang menggamit kenangan dan membakar semangat peminat. Persembahan ini sekali lagi mengesahkan kehebatan legenda rock tempatan dalam memberikan hiburan berkualiti tinggi kepada penggemar setia mereka.

Wings Buka Langkah dengan Aura Rock Otai Sejati!

Wings membuka malam dengan lapan lagu padu, antaranya Puisi Merdeka, Jerangkung Dalam Almari, dan Taman Rashidah Utama yang dinyanyikan bersama koir – menyuntik elemen dramatik yang begitu mengasyikkan. Lagu Sejati dan Romania pula menjadikan suasana lebih meriah apabila penonton menyanyi bersama, membuktikan lagu-lagu ini masih segar di hati peminat.

Keserasian Wings di pentas memang tiada tandingan. Dari segi mutu vokal, permainan muzik, dan energi mereka, semuanya sempurna! Tidak hairanlah mereka layak digelar ‘rock emperor’ Malaysia.

Ulasan Konsert Triad Rock Legend: Satu Malam, Tiga Band, Satu Sejarah!

Dragon Malaya – Gempak dan Bertenaga!

Selepas Wings, giliran Dragon Malaya mengambil alih pentas dengan tujuh lagu bertenaga seperti Rentap, Mabuk Cinta, dan Maya yang juga diiringi koir. Namun, lagu Kuda Tiga Kaki menjadi highlight apabila mendapat sorakan paling gemuruh daripada penonton!

Awie sendiri mengakui bahawa Dragon Malaya banyak memberi sokongan kepada karier muzik solonya. “Saya sangat bangga dengan perjalanan Dragon Malaya. Mereka sentiasa ada bersama saya,” katanya penuh bangga.

Ulasan Konsert Triad Rock Legend: Satu Malam, Tiga Band, Satu Sejarah!

Search Bikin Nostalgia Rock Kembali Berapi!

Malam bertambah epik apabila Search naik pentas dengan 10 lagu klasik mereka. Nur Nilam Sari, Mentari Merah di Ufuk Timur, dan Kereta Merah yang dinyanyikan bersama koir benar-benar menghidupkan suasana. Sentuhan gitar adik-beradik Kid dan Din menjadikan persembahan Search begitu solid dan memukau.

Awie, dengan penuh penghargaan, berkata, “Saya sangat terharu diberi peluang beraksi dengan legenda seperti Search. Tanpa mereka, industri rock Malaysia mungkin tidak berkembang sehebat ini.”

Ulasan Konsert Triad Rock Legend: Satu Malam, Tiga Band, Satu Sejarah!

Gabungan Koir, Sentuhan Magis yang Meremangkan Bulu Roma!

Antara elemen unik dalam konsert ini adalah kehadiran kumpulan koir yang memberikan sentuhan magis kepada beberapa lagu. Budiey cukup kagum dengan impak yang dihasilkan – aura yang cukup meremangkan bulu roma! Gandingan suara latar yang harmoni dengan muzik rock memberikan satu rasa baru yang tidak selalu dapat kita lihat dalam konsert rock biasa.

Ulasan Konsert Triad Rock Legend: Satu Malam, Tiga Band, Satu Sejarah!

Dedikasi dan Pengiktirafan MBOR

Menurut Awie, pencalonan konsert ini dalam MBOR bukan sekadar penghargaan, tetapi satu pengiktirafan terhadap perjuangan mereka dalam industri muzik selama lebih tiga dekad. Ini bukan sekadar konsert biasa, tetapi satu usaha untuk meninggalkan legasi kepada generasi akan datang.

“Konsert ini bukan sekadar untuk mencipta rekod, tetapi untuk menunjukkan sumbangan kami kepada industri muzik tanah air,”

– Awie
Ulasan Konsert Triad Rock Legend: Satu Malam, Tiga Band, Satu Sejarah!

Apa Kata Budiey?

Secara peribadi, Budiey sangat puas hati dengan pemilihan setlist yang cukup padu, terutama lagu-lagu yang jarang didengar seperti Awang Trasher, Jerangkung Dalam Almari, Lipas Kudung, Sekeping Kertas Bermaruah, dan Puisi Merdeka.

Dari segi mutu bunyi, Zepp Kuala Lumpur memang tidak mengecewakan. Kualiti bunyi yang mantap, jelas, dan tidak overpowered menjadikan pengalaman menonton konsert ini cukup selesa.

Kredit besar juga harus diberikan kepada penganjur kerana berjaya menghadirkan konsert yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga meninggalkan impak kepada industri muzik rock tempatan. Harapan Budiey, lebih banyak konsert sebegini dapat dianjurkan supaya legasi rock Malaysia terus hidup dan tidak pupus ditelan zaman!

Terima kasih kepada penganjur kerana menjemput Budiey untuk menjadi saksi kepada sejarah yang cukup epik ini! Kalau ada lagi konsert sebegini di masa depan, memang Budiey takkan lepaskan peluang!

Ulasan Konsert Triad Rock Legend: Satu Malam, Tiga Band, Satu Sejarah!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nordiana Berduet dengan Lagenda di A Lovely Night with Udit Narayan