in , ,

Ulasan Konsert Solo Faizal Tahir di KL LIVE, Semua Peminat Terhibur!

Bagi Budiey pula, tersenyum adalah jalan terbaik untuk mengawal emosi. Tak puas hati atau tak, itu belakang kira kerana kami masuk pun untuk melihat aksi FT yang penuh gimik ini. Eh gimik, rasanya tiada gimik yang mahal setanding aksinya di Juara Lagu ya.

Faizal Tahir Tak Cukup Bersedia? – Itulah tajuk artikel yang Budiey baca di Malaysian Digest, di mana teman seperjuangan Budiey, wartawannya Fara begitu tak berpuas hati dengan persembahan Faizal Tahir. Lalu, Budiey memujuk wartawan yang gempak dengan tulisannya kritis ini agar menerima kenyataan konsert FT pada hari Ahad lalu adalah satu hadiah istimewa untuk peminatnya. Terima sahajalah. Setidaknya, konsert ini berlangsung dalam keadaan yang sangat aman damai tanpa bertumpahan darah. Hiks.

Yang Budiey hairan, kumpulan Sofea yang dijemput untuk opening act bagaikan mengambil pentas sepenuhnya dengan mendendangkan banyak sekali lagu. Semuanya lagu rock yang membingitkan juga. Rasanya dua tiga lagu dah cukup. Kalau lama sangat dah jadi macam konsert Sofea la pulak.

FAIZAL TAHIR KONSERT SOLO

Oh, KL Live taklah besar mana pun jika nak dibandingkan venue seperti stadium. Cukuplah untuk tampung peminat FT. Kalau nak dikira pada jumlah memang tak menyamai artis-artis barat yang sebelum dah mendarat kat sini. Kelompok peminat FT memang ramai, tapi mungkin sambutan tak berapa nak menggalakan ini kerana tiket yang sangat mahal. Bayangkan tiket paling mahal berharga RM300 untuk VIP.

Penonton yang sikit itu tak jadi masalah, tak jadi hal sangat sebab yang sikit itula yang jadikan KL Live jadi bingit dengan pekikan dan suara jeritan histeria peminat FT.

Okay Budiey maafkan FT kerana pada malam itu, dia mengaku tak sihat. Suara agak pancit. Namun, Budiey tengok dengan mata sendiri, peminat Faizal Tahir sangat terhibur dan pulang dengan satu kepuasan.

Bukan sahaja hadirin yang tak berapa nak penuh, malah, Budiey lihat rakan media pun boleh dibilang dengan jari. Budiey tak tahu sebab apa. Sedangkan ini konsert pertama FT. Mestilah nak kena hype. Tapi itulah. Mungkin juga pada malam itu, banyak sekali event lain yang berlangsung. Antaranya Malam Anugerah Profima dan Majlis Sanding Irma Hasmie.

Seharusnya superman Malaya ini perlu berterima kasih dengan kira-kira 300 ratus peminatnya atau lebih dikenali dengan mana Rockensteiners atau Faizal sendiri lebih suka menamakan mereka Semesta. Sebabnya mereka banyak ‘menyelamatkan keadaan’, menjadikan konsert pertama Faizal Tahir, terealisasi hingga kepenghujunya. Sporting, sabar, setia. Itu tiga kata yang boleh digambarkan tentang peminat-peminat Faizal.

Mengambil tempat di KL Live malam Ahad lalu, Faizal Tahir menunaikan permintaan ramai selamanya ini yang mengiinginkan dia beraksi di persembahan berskala besar atau dalam bahasa mudahnya, konsert.

Tanpa sebarang gimik. Tapi cukup sekadar diiringi barisan pemuzik hebat,The Royal FT Force (Lebih istimewa kali ni line-up original). Tepat jam 9.15 malam, Faizal muncul memulakan persembahan dengan Adrenalin, Superhero, Bercinta dan Karma. Mantap, bertenaga tapi sayang momentum dalam memastikan adrenalin keterujaan peminat terus memuncak disekat-sekat kerana Faizal banyak melengahkan masa dengan bercakap dan memberitahu keadaan kesihatannya tidak memuaskan.

FAIZAL TAHIR KONSERT SOLO

“Saya cuba memberikan persembahan yang sebaik mungkin malam ini. Maaf saya tidak berapa sihat. Saya janji lepas ni kalau nak buat konsert, saya akan pastikan tiga bulan sebelum itu saya tidak akan ambil apa-apa show. Dan tiket konsert saya akan lebih murah”, kata Faizal.

“You can do it, bro!”, jerit salah sorang peminat memberi semangat.

“We still love you”, sahut seorang lagi peminat.

“Jangan cakap banyak! Nyanyi lah!”, jerit komposer Audi Mok (dari atas) dengan nada berseloroh.

Menyifatkan persembahannya kali ini bukan sekadar konsert bahkan ibarat satu temujanji istimewanya peminat, Faizal mengambil kesempatan berinteraksi bersama sekalian yang ada. Malah bapa kepada empat cahaya mata ini membuka peluang untuk peminatnya sendiri tentukan lagu apa yang patut dia nyanyi, seterusnya.

Meneruskan persembahan Faizal bikin KL Live gamat dengan La Da Di Dum. Kemudian dari mood rancak ditukar jadi sentimental dengan rangkaian balada hits, Cuba, Sampai Syurga, Mahakarya Cinta dan Selamat Malam. Sayang, lagu-lagu yang melonjakkan namanya ini sekadar di-medleykan. Kenapa tidak dalam versi penuh? Ya, mungkin lagu ini biasa kita dengar dia menyanyikannya di persembahan sebelum ini. tapi ini kan konsert. Paling tidak pun, susunan muzik lagu-lagu ini mungkin boleh diubahkan sedikit untuk kelainan.

Meminta ruang untuk berehat seketika, sementara itu ditampilkan protogenya, Anas. Finalis program Mentor ini buat diberi kepercayaan mengambil alih pentas, dihiburkan peminta dengan lagu Illusi (nyanyian asal, Adira) dan singlenya, Hanya Dirimu.

FAIZAL TAHIR KONSERT SOLO

Muncul kembali, Faizal mengajak sekalian yang ada menyanyi bersama-Batu dan Golek, We Will Rock You, I Don’t Wanna Be, Antigraviti, Gemuruh dan diakhiri dengan Semesta.

Secara keseluruhan, meskipun kerap memberi ‘alasan’ yang dirinya kurang sihat, namun Faizal berjaya mempamer persembahan dengan vokal mantap dan showmanship bertenaga.

Konsert Faizal Tahir

Vokalis kumpulan SOFEA. Anda kenal tak?

Konsert Faizal Tahir
Konsert Faizal Tahir
Konsert Faizal Tahir
Konsert Faizal Tahir
Konsert Faizal Tahir
Konsert Faizal Tahir
Konsert Faizal Tahir
Konsert Faizal Tahir
Konsert Faizal Tahir
Konsert Faizal Tahir
Konsert Faizal Tahir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Ika Nabila Masih Bersama Pengkid

Gambar Nur Fazura di Anugerah Stail EH! 2012