[dropcap]T[/dropcap]anggal 7 Jun lalu, Budiey diterbangkan oleh Raistar Entertainment ke Singapura untuk menyaksikan secara ‘live’ Konsert Mega Bintang sempena dengan menyambut sedekad syarikat rakaman dan juga pengurusan artis gergasi di Indonesia iaitu Trinity Optima Production (TOP). Tahniah Budiey ucapkan buat Trinity Optima dan terima kasih juga kepada Raistar Entertainment atas kesudian menjemput Budiey. Sebenarnya, 2 bulan lalu, Budiey telah dilantik sebagai Blogger Rasmi untuk konsert yang diadakan Compass Ballroom, resort World Convention Centre, Sentosa, Singapura ini. Terima kasih!
Pejam celik – pejam celik dah 10 tahun Trinity Optima mewarnai industri muzik negara serantau dan sentiasa melakar kejayaan yang luar biasa dengan memonopoli nama-nama figura besar dalam industri seni suara.
Konsert Mega Bintang (All-Stars Concert) membentangkan bukan seorang tetapi lapan orang artis terbaik Indonesia. Sebut je nama Rossa, Ungu dan Afgan, semua orang kenal mereka, kan? Ini menggambarkan betapa syarikat ini bukan calang-calang. Semasa Budiey hadir di majlis makan malam bersama bintang-bintang ini, Budiey dapat lihat sendiri betapa meriahnya sambutan dari peminat tegar mereka.
Ianya berlanjutan dengan sorak sorai penonton di malam konsert. Ternyata nama-nama artis yang terlibat ada peminat mereka sendiri dan cukup kuat baik di Malaysia, Indonesia dan Singapura. Seawal jam 8 malam lagi aliran peminat yang teruja perlahan-lahan mengisi ruang tempat duduk memenuhi Dewan Compass Ballrom yang cukup gah dan besar. Hampir penuh dewan seluas itu dengan pentas yang cukup gah dengan skrin LED dengan mutu bunyi juga mengujakan.
Penyanyi yang manis dengan lesung pipit, Afgan memanaskan pentas melengkapkan aura lagu Panah Asmara yang cukup rancak. Alunan lagu yang bergema disambut dengan tepukan penonton terutama teriakan Afganisme Singapore bukan main lagi memberi perangsang untuk persembahan Afgan. Ini membuktikan Afgan yang segak dengan sut smart kasual putih dan hitam itu memang layak untuk merasmikan konsert dengan lagu yang cukup selesa di telinga. Diteruskan dengan lagu rancak berjudul Pesan Cinta dan Budiey lihat Afgan nampak seronok menari dengan iringan penari.
Seorang penonton bertuah yang juga salah seorang peminat setia Afgan juga mendapat peluang eksklusif untuk berkongsi sebuah lagu khas, Bukan Cinta Biasa dengan Afgan di atas pentas dengan kejutan hadiah ciuman dari Afgan! Budiey difahamkan, memang menjadi trademark Afgan setiap kali buat persembahan pentas, dia akan memanggil seorang peminat perempuan di pentas dan mendapat layanan istimewa darinya. Kemudian, Afgan mengalunkan lagu Terima Kasih Cinta & Dia Dia Dia.
Malam diteruskan dengan Sherina Munaf yang merupakan bintang yang bakal menyinar dan selayaknya akan mencipta nama dalam masa terdekat ini. Suara Sherina menghiasi pentas dengan vokal beliau yang mantap mencuri perhatian Budiey.
Penyanyi dan penulis lagu Vidi Aldiano membuat penampilan untuk duet lagu Cinta Pertama dan Terakhir, yang juga melakukan mash-up dua lagu popular dari kumpulan-kumpulan alternatif, Dewa 19 dan Padi. Setelah Sherina menyanyikan single barunya sebagai penutup penampilannya, Gamma1 yang malam itu diwakilkan Nilam dan Heri muncul dengan kain tenun khas Indonesia. Walaupun ramai pendatang baru yang muncul, namun band asal Bangka Belitung itu masih berhasil memukau penonton lewat single melayunya berjudul 1 atau 2.
D’Bagindas pertolongan orang ramai dengan cinta lebih dalam ‘C. I. N. T. A. ‘yang mendapat semua orang gemuruh bersama-sama. Dan seperti yang berwarna putih angsa elegan, Maudy Ayunda dihiasi pentas dengan balada mempesonakan itu. Bian berhasil mengajak seluruh penonton berjoget dan bertepuk tangan lewat lagu ‘Empat Mata’, ‘Suka Sama Kamu’ dan ‘C.I.N.T.A’. Usai lagu-lagu Melayu dimainkan, Maudy Ayunda tampil cantik menawan dengan membawakan singlenya Perahu Kertas dengan kostum dress cantik berwarna putih. Vokal yang mantap dan rupa paras yang cantik menjadi pakej untuk Maudy mencipta nama di Malaysia dan Singapura.
Dengan hanya duduk di atas bangku, vokalis band Ungu, Pasha mempamerkan sandiwara jenaka yang matang, spontan dan cukup santai. Disambut dengan hilai tawa penonton, sekaligus menghalakan konsert ini memuncak kepada klimaks. Tak hairanlah Ungu telah mencapai kejayaan yang memberangsangkan merentasi sempadan dengan lagu-lagu balada dan pop yang cukup hit. Budiey cukup kagum dengan pengalaman yang ada pada Pasha di mana beliau membawa penonton bersama-sama menikmati malam dengan jenaka seloroh dan gurauan sekaligus menghiburkan dengan lagu Ungu popular seperti lagu Hatiku Hampa, Demi Waktu, Kekasih Gelapku.
VIDEO: Ungu – Hatiku Hampa di Konsert Mega Bintang
VIDEO: Ungu – Demi Waktu di Konsert Mega Bintang
VIDEO: Ungu – Kekasih Gelapku di Konsert Mega Bintang
Tiba di saat mengalun lagu Tercipta Untukku, Pasha menjemput Maudy untuk berduet bersamanya yang mana lagu ini sepatutnya dibawa bersama dengan Rossa. Suara Maudy pun Budiey kira apa kurangnya, memang sedap didengar.
VIDEO: Persembahan Maudy Ayunda Perahu Kertas di Konsert Mega Bintang
VIDEO: Maudy & Ungu – Tercipta Untukku di Konsert Mega Bintang
Di selang-selikan dengan gurauan dan jenaka, Pasha tak habis-habis mengakui dirinya sudah tua sedangkan Afgan itu dianggapnya sebagai anak. Pasha meneruskan persembahan dengan lagu Cinta Dalam Hati. Pasha turut mengalunkan lagu Happy Birthday untuk Trinity Optima dengan menggabungkan irama slow dan pop dengan gaya vokal irama tersendiri.
Pasha juga tak lupa mendendangkan sebuah lagu religi terbarunya, Bila Tiba yang menjadi lagu tema untuk Sang Kiai. Selepas itu, Pasha Ungu membuka peluang dengan menjemput pula Viddy Aldiano mendendangkan lagu yang pernah dinyanyikan oleh Padi iaitu Kasih Tak Sampai dengan alunan yang unik tersendiri.
Rossa melangkah ke atas pentas untuk persembahan kemuncak, menawan pentas dengan lagu rancak, Hey Ladies. Memakai hitam dan emas, Rossa bercahaya terus mengalunkan lagu-lagu merdu beliau sehingga sampai kepada setiap dan hati semua orang.
Dua penampilan terakhir pun diisi oleh Vidi Aldiano dan Rossa yang tak kalah mengundang teriakan para penonton. Konsert ini disempurnakan dengna aksi penutup dengan lagu Rasa Terindah yang dibawakan Rossa, Afgan dan Pasha yang diikuti seluruh pendukung acara naik ke atas panggung. Semua artis terlibat turut ke pentas untuk penutupan konsert seterusnya mengucapkan terima kasih kepada sekalian penonton yang hadir.
Budiey boleh katakan di sini, Konsert Mega Bintang berjaya dianjurkan sekaligus dapat meraikan kejayaan semua artis di bawah naungan Trinity Optima. Susunan muzik lebih menarik dan rangkaian lagu-lagu yang best buat konsert ini happening banget. Budiey kira, Konsert Mega Bintang berdurasi dua jam setengah ini seharusnya diterbangkan juga ke Malaysia untuk memberi peluang kepada warga Malaysia untuk mengecapi persembahan khas seperti ini.
Kepada penonton yang tak berpeluang untuk datang, Trinity Optima telah merakam setiap detik untuk tatapan mereka dan disiarkan di Trans TV dalam dua episod iaitu pada 16 dan 21 Jun ini di Indonesia. Budiey juga dikhabarkan, DVD konsert ini juga akan berada di pasaran tak lama lagi.
Akhir sekali, Budiey ingin ucap sekalung tahniah kepada penganjur dan terima kasih kerana sudi menjemput Budiey berada bersama sebagai Blogger Rasmi konser ini.
VIDEO: Ungu – Cinta Dalam Hati di Konsert Mega Bintang
VIDEO: Ungu – Bila Tiba di Konsert Mega Bintang
VIDEO: Viddy Aldiano – Kasih Tak Sampai di Konsert Mega Bintang