in ,

Ulasan Konsert Kelima CERIA POPSTAR Tema Cuba-Try-Test

Ceria Popstar 2016 semakin hangat apabila hanya 6 sahaja lagi peserta tinggal bagi merebut kejuaraan musim kali ini. Persembahan meyakinkan di konsert yang lalu tidak dapat menyelamatkan Irfan yang tersingkir selepas tampil bertenaga mendendangkan lagu nyanyian asal Bunkface, Darah Muda.

Cikgu-cikgu tersayang Ceria Popstar

Minggu ini, kesemua 6 peserta yang masih tinggal diberikan tugasan paling mencabar iaitu menyanyikan lagu yang bukan langsung di dalam genre pilihan mereka. Sungguhpun begitu, cabaran ini diambil dengan positif oleh mereka dan pastinya bakat-bakat cilik ini sekali lagi menjanjikan persembahan meyakinkan!




Tema “Cuba, Try, Test” Uji Kemampuan Peserta Bawa Lagu Dari Genre Bukan Pilihan

[dropcap]J[/dropcap]un yang cemerlang di konsert yang lalu buat pertama kalinya akan membawakan lagu berbahasa Inggeris. Bukan calang-calang lagu, ‘The Power of Love’ nyanyian asal Celine Dion bakal menguji kelantangan vokal Jun. Mampukan anak kecil kelahiran Tawau, Sabah ini melunaskan tugasnya dengan baik?

Hazmil, antara peserta kegemaran penonton pula diberikan tugasan menyanyikan lagu Hafiz, Matahari. Adakah pelantun irama tradisional ini akan tewas dalam alunan balada lagu ciptaan Ajai itu? Berupayakan Aniq menyahut tugasan lagu Lancang Kuning yang nyata berbeza daripada genre Rock yang sering menjadi siulannya?

Hazmil diuji genre pop

Konsert Kelima CERIA POPSTAR Tampilkan 6 Persembahan Mantap

[dropcap]S[/dropcap]ama-sama kita saksikan Konsert Kelima Ceria Popstar yang akan disiarkan Jumaat ini, 29 April 2016, bermula jam 9 malam di tiga saluran iaitu Astro Ceria, Saluran 611 , Astro Maya HD, Saluran 135 dan Astro Prima, saluran 105.

Konsert kali ini memberi sedikit kelainan dengan menampilkan Raja Azura selaku pengacara manakala pelakon popular Erra Fazira dan pelawal Shahrol Shiro diundang selaku juri jemputan bagi menilai persembahan setiap peserta yang bertanding di samping juri tetap, Awie. Pengacara tersohor tanahair, Datuk Aznil Haji Nawawi bertindak selaku penaung dan ‘father-figure’ kepada program ini.

Berikut merupakan senarai lagu tugasan Konsert Kelima Ceria Popstar 2016:-

GIliran Nama Peserta Asal Lagu Tugasan
1. Muhammad Shahreza Bin Abu Samah (Reza) Sarawak Kamelia (Sweet Charity)
2. Eylia Eyre Guntabid (Eylia) Sabah Ikut Rentakku (Jaclyn Victor)
3. Fatma Naslin Bt Suhailin
Farhana Naslyn Bt Suhailin (SISTAR)
Sabah Kalau Aku Kaya (Awi Rafael feat. Altimet)
4. Hazmil Bin Hassan (Hazmil) Sarawak Matahari (Hafiz Suip)
5. Muhammad Aniq Iffat Bin Ruzaimi (Aniq) Perak Lancang Kuning (Jamal Abdillah)
6. Siti Junaidah Binti Bekri (Jun) Sabah The Power of Love (Celine Dion)

Juara Ceria Popstar 2016 bakal membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM 20,000.00 beserta trofi sumbangan Astro. Naib juara pula bakal memenangi wang tunai sebanyak RM 15,000.00 beserta trofi. Tempat ketiga bakal meraih wang tunai RM 10,000.00 dan juga trofi.

[pullquote align=”right”]Format penjurian konsert Ceria Popstar ini menggunakan format 100 % penilaian daripada juri professional.[/pullquote]

Siapakah yang akan menyerlah dalam konsert kali ini dan siapakah yang akan tersingkir? Saksikan Konsert kelima Ceria Popstar Jumaat ini bermula jam 9.00 malam hanya di saluran 611, Astro Ceria, saluran 135, Astro Maya HD dan saluran 105, Astro Prima.

Reza mendendangkan lagu Kamelia

Pak Nil dan Kak Engku

Kak Engku bersama para juri

Eylia memberikan persembahan bertenaga

Aksi comel Aniq

SISTAR bawakan lagu Kalau Aku Kaya

Siapakah yang akan tersingkir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiga Sebab Kenapa Anda Perlu Miliki JETTA dari Volkswagen

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey – X-MEN: APOCALYPSE