Tanggal 7 dan 8 Oktober menjadi sejarah buat industri nasyid apabila berjaya menggabungkan tiga kumpulan – Brothers, Hijjaz dan Rabbani di mana irama nasyid diperdengarkan di Istana Budaya sempena tahun baharu Hijrah 1438.
Dakwah mereka tidak pernah terhenti dan yang diperjuangkan oleh kebanyakan kumpulan nasyid sejak sekian lama masih subur seperti sedia kala. Tidak dinafikan kebanyakan peminat beranggapan irama nasyid sudah tidak segah dahulu.
Mungkin kegemilangan mereka tidak seperti di pertengahan 1990-an yang menyaksikan penjualan album luar biasa, undangan pentas di merata tempat atau sering kali diberikan peranan besar dalam kebanyakan acara hiburan.
Walaupun keadaan semasa sudah tidak sama seperti satu ketika dahulu, mereka sebenarnya tidak pernah ‘mati’ dan masih lagi mempunyai kelompok peminat yang tersendiri. Jualan album masih hebat dan undangan menyanyi tidak hanya di dalam negara sebaliknya sudah merentas sempadan.
Menelan belanja sebanyak RM1 juta, Pengarah Urusan, Kay Event Management & Services, Hakime Faial Zaulkapli tidak menafikan yang mereka membuat perincian setiap aspek bagi melicinkan konsert yang akan menjadi medan menaikkan semula irama nasyid itu.
Selain pembahagian persembahan mengikut kumpulan, ketiga-tiga kumpulan ini juga akan terlibat dalam segmen penghargaan kepada Allahyarham Ustaz Asri (Rabbani), Salleh Brothers dan Mohd Salleh Ramli (Hijjaz) yang telah pergi buat selama-lamanya.
Bagi mereka yang ingin menyaksikan Konsert 3 Kejora Bersatu ini, tiket-tiket dijual dengan harga RM50, RM70, RM100, RM150, RM200 dan RM250.
Jom kita baca ulasan dari penonton:
Mohd Radzi Sulaiman aka Ito Lara
Airmata berderaian di pentas hingga membasahi permaidani Istana Budaya. Hati bagai dicucuk-cucuk dan diramas-ramas. Pilu, hiba, teruja dan segala rasa berbaur, berhimpun dalam satu wadah di Konsert 3 Kejora yang menampilkan Brothers, Hijjaz & Rabbani.
Sebuah konsert nasyid yg punya roh tersendiri, penuh dengan emosi dan nostalgia. Dalam usia purba ini belum pernah menyaksikan sebuah persembahan sebegini hebat. Sarat dengan mainan perasaan dan keupayaan merentap hati dan jiwa penonton hingga menitiskan airmata dan tak kurang berteriakan penuh kekaguman. Diselang seli dgn persembahan tambahan Color Of Voices (COV), Afad & Nazrey Johani menambah rasa masam, manis dan kelat perasaan.
Dalam keadaan masih bersedih atas kehilangan salah seorang anggota Brothers (Bro. Saleh) kelmarin ditambah lagi dengan pemergian Cik Mazlan yg banyak membantu memajukan nasyid Malaysia (jenazah masih di Hospital Serdang dan akan disemadikan di Kg. Sungai Buaya, Banting, Selangor) begitu meremukkan hati meruntun perasaan.
Rugilah mereka terutama peminat tegar nasyid jika tidak berkesempatan menyaksikan konsert hebat ini. Malam ini masih ada 1 malam lagi untuk mereka yg belum berkesempatan menyaksikannya. Dapatkan tiket-tiket anda di Istana Budaya secara walk-in…pasti berpuas hati.
Konsert yang berprestig begini diharapkan dapat diulangi lagi dan lagi melibatkan ramai lagi penasyid hebat tanahair seperti NSH, Saujana, Inteam, UNIC, Mestica dan ramai lagi…
Aku hanya sekadar memandang dari kejauhan…bilalah agaknya detik kematian aku pula akan menjelang…
Asyraf Azhar
Alhamdulillah..mlm td aku berpeluang untk berada di Istana Budaya untk sma2 tngok Konsert 3 Kejora bersatu..yg mmbariskn 3 legend nasyid iaitu Hijjaz,Rabbani dan Brothers…
Pada aku konsert semalam adalah satu dimensi baru bg nasyid di Malaysia,dan aku mengharapkan itu juga akan mnjadi satu titik mula kegemilangn nasyid akan ke puncak semula..seperti yg prnah terjadi satu masa dahulu.
Persmbhn setiap otai mmg xperlu disangkal lg..persmbahan yg mntap dipersembhkan oleh setiap otai.
Tetapi moment yg sgt mnyentuh hati sudah pasti ketika persembahan kumpulan Brothers yg menyanyikan lagu killer mereka iaitu Teman Sejati…aku mcm dlm mmpi..aku tbayang abg Salleh nyanyikn lagu tu bersama2 di pentas..air mata ni laju ja mnglir..dan sudah psti bukan hnya aku..tp smua yg ada..smua mnyanyi bersama,bntu kmpuln Brothers nyanyikn lagu Teman Sejati smpai abis..wlaupon msing2 dlm linangn air mata.
Yg pergi tetap pergi…kita yg msih hidup,ayuh teruskn kehidupan..moga2 kita akn dijemput Allah dalam husnulqatimah
Tingl 1 mlm lg untk hampa yg xsmpat tngok mlm ni…jom support…insyaAllah.
hampa xkan rugi kluarkan duit tiket untk konsert ni..sebb ni antara konsert nasyid yg terbaik yg pernah diadakan di Malaysia.
Fahimi Amie
Satu-satu konsert nasyid yang pasti akan jadi kenangan untuk aku sepanjang hayat.
Persembahan penuh perasaan, hiba sedih gembira teruja semua ada. Aku rasa konsert ini membuktikan bahawa nasyid masih lagi meraih tempat di hati masyarakat kita.
Tak ada perkataan yang sesuai untuk aku ungkapkan. Tahniah Rabbani, Hijjaz, Brothers, Abang Ah Fad dan abang Nazrey. Persembahan kalian insyaAllah berjaya menyentuh hati dan perasaan para penonton. We need more concerts like this