Selepas melakar sejarah dengan kejayaan melahirkan album untuk pasaran Amerika Syarikat, penyanyi yang dulunya hanya popular di MySpace kini berupaya melonjak setapak lagi dengan persembahan 2 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS. Menamakan konsert Perjalanan Seni Yuna pastinya memberi impak kepada tuan empunya diri dan peminatnya di mana setiap detik dan irama yang bergema di dewan berprestij ini menterjemahkan segala laluan dan perjalanan Yuna dari bawah sehinggalah ke tangga teratas.
Tahniah Yuna! Budiey tabik spring kat you lah!
Budiey menjadi antara ratusan penonton yang hadir untuk menyaksikan persembahan Yuna semalam. Setiap ruang & tempat duduk dipenuhi penonton. Memang sold out untuk malam pertama. Ternyata Budiey sangat berpuas hati dengan mutu muzik dan keunikan lagu yang dilagukan oleh Yuna. Memang terbuai dengan keasyikan melodi dan suara Yuna yang gemersik. Memang layan habis dan muziknya sangat sempoi. Yuna ada soul dan daya tarikan sendiri. Masakan beliau dapat memikat penerbit & label untuk album terbarunya di Los Angeles.
Antara lagu-lagu yang dinyanyikan semalam ialah Someone Out Of Town (4mins), Rocket (5mins), Gadis Semasa (4mins), Decorate (3mins), Raya Oh Yeah (4mins), ‘Gelora Sebenarnya’ (5mins) medley of Gelora Jiwa & Dan Sebenarnya, Come As You Are (5mins), Random Awesome (3mins), Cinta Sempurna (4mins), Fears & Frustrations (5mins), Penakut (5mins), Coffee (7mins), Memo (3mins), Super Something (4mins) dan LCCT (5mins).
Oh ya, ada sebuah lagu yang dicipta khusus oleh Yuna untuk sebuah iklan produk Libresse berjudul Super Something yang turut dinyanyikan. Yuna turut mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin buat peminat yang hadir. Sempat mohon maaf kalau dia tak RT atau tak jawab tweet peminatnya. Katanya selamba, maklumlah tengah sibuk giler nak jadi superstar katanya.
Selain dilatari dengan muzik dan alunan irama dari bandnya, Yuna juga turut menjemput teman rapatnya masa jamming iaitu AG Coco. Yuna nampak gojes & elegan dengan penampilan bersama busana anggun berwarna biru tua. Rekaan Syomir Izwa!
Setiap lagu disampaikan Yuna ada cerita di sebaliknya. Sebelum memperkenalkan lagu yang ingin disampaikan Yuna sempat bercerita secara ringkas tentang mesej dan kisah yang berlaku di sebalik lagunya. Setiap lagu ada kisah tersendiri dan kesemuanya ada nostalgia yang pastinya terpahat di hati Yuna.
Antara lagu yang Budiey suka dengar ialah Cinta Sempurna, Fears & Frustation dan Gadis Semasa.
Begitu pun, Budiey sebenarnya kali pertama mendengar beberapa buah lagu yang dikumandangkan khas untuk peminatnya. Hasil buah tangan beberapa buah lagu baru yang direka dan dicipta semasa bertapa di USA dipersembahkan dengan gaya santai oleh Yuna dan bandnya.
Untuk info, ini adalah persembahan pertama dari artis muda berbakat besar dan malam ini juga, Yuna sekali lagi akan mempersembahkannya kepada peminat pada pukul 8.30 malam. Oleh kerana tiket habis dibeli, persembahan malam ini adalah konsert tambahan selain dari konsert pertama semalam yang telah mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan.