in , , ,

Ulasan Fitbit Versa Lite Edition; Pintar & Mampu Dimiliki

Tak kiralah samada anda seorang yang suka bersenam ke tidak, yang pasti Fitbit Versa Lite Edition membuatkan kehidupan kita lebih teratur dan ianya memantau dan menjaga kesihatan badan. Jom baca ulasan Budiey tentang produk ini.

Baru-baru ini, tanggal 21 Mac 2019, Budiey telah hadir mengadakan liputan di Pelancaran Fitbit Versa Lite Edition yang diadakan di Babel Fit @ Menara Ken TTDI. Cukup santai dan ringkas acara ini. Pengenalan untuk setiap produk disampaikan dalam bentuk yang cukup infomatif, padat dan mudah difahami.

Fitbit Versa Lite Edition

Kali ini, Budiey diberi peluang untuk mencuba dan buat ulasan ringkas tentang produk terkini iaitu Fitbit Versa Lite Edition. Semasa buka kotak yang sangat ringan itu, Budiey dapat rasakan gajet ini cukup mudah digunakan dan sangat berguna untuk semua orang, tak kiralah anda seorang yang aktif bersenam atau tidak.

Fitbit Versa Lite Edition

Fitbit, dikenali di seluruh dunia sebagai jenama peranti kecergasan popular secara rasminya melancarkan tiga produk terbaru iaitu Fitbit Versa Lite, Fitbit Inspire HR dan Fitbit Inspire. Yang pasti, ketihga-tiga peranti ini ditawarkan dengan harga yang sangat berbaloi untuk dimiliki. Fitbit Versa Lite Edition dijual pada harga RM768, Fitbit Inspire HR berharga RM468 dan Fitbit Inspire pula bernilai RM348.

Fitbit Versa Lite Edition

Tiga edisi peranti kecergasan kali ini amat bersesuaian buat mereka yang gemarkan aktiviti lasak, membantu pengguna mengakses data berkaitan tahap kesihatan dan kecergasan mereka secara peribadi.

Turut diumumkan adalah FitBit Ace, direka khas secara eksklusif untuk kanak-kanak yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat. Direka dengan spesifikasi kalis air yang mampu melindungi skrin ketika kanak-kanak beraktiviti sepanjang hari.

Fitbit

Fitbit Versa Lite Edition adalah jam pintar untuk mengesan kecergasan yang lebih fleksibel. Jika anda mahu menjejaki metrik kesihatan asas diri anda, maka gajet ini adalah pilihan terbaik baik sebab ia lebih murah berbanding dengan Versa biasa.

Fitbit

Yang penting, Fitbit Versa Lite Edition masih lagi mengekalkan pengimbas nadi dan bateri yang mampu bertahan sehingga empat hari dengan sekali caj. Wow, empat hari tak payah nak caj. Jimat masa korang.

Fitbit Versa Lite Edition

Sekiranya anda mahukan set ciri-ciri yang ada style bagi jam pintar penuh maka Fitbit menjual versi Versa atau Ionik. Versa Lite dikatakan sangat hebat buat masa ini. Jadi, Budiey tak teragak-agak untuk mencadangkan bagi korang kat luar sana untuk membeli dan menggunakan produk ini.

Pada pandangan pertama Budiey, praktikalnya gajet ini adalah mempunyai reka bentuk empat segi sama. Setiap bucu ada lekuk sedikit menjadikan ianya lebih elegan dan bergaya.

Fitbit Versa Lite Edition

Tapi kalau diamati, ia sedikit berbeza. Cuba lihat dengan lebih dekat dan anda boleh melihat sudut butang Fitbit telah tiada dan ia ‘dipotong’. Ya, mungkin kerana itu, Budiey rasakan harganya lebih murah tapi dalam masa yang sama Budiey rasa ia sangat berbaloi dan berpatutan.

Fitbit Versa Lite Edition

Ingin jam tangan pintar tetapi mahukan dengan harga yang murah? Ada banyak pilihan jam tangan pintar murah di pasaran, kalau sebelum ini Fitbit mengeluarkan Fitbit Versa dan Fitbit Ionic yang mungkin dikatakan agak mahal, menjadikan Fitbit mencari inisiatif untuk melancarkan Fitbit Versa Lite Edition.

Untuk Fitbit Versa Lite menyokong fungsi seperti mengenal-pasti senaman secara automatic serta menawarkan 15 pilihan mod senaman berbeza. Ia turut disertakan sensor SpO2 yang mampu mengenal pasti perubahan tahap oksigen dalam darah. Peranti ini hadir dengan fungsi pintar seperti integrasi cip GPS dan kuasa bateri tahan sehingga empat hari dengan sekali caj saja!

Fitbit Versa Lite Edition

Fitbit Versa Lite Edition adalah versi terbaharu dari Fitbit Versa yang sangat laris tahun lalu, tetapi hadir dengan beberapa fungsi dan ciri-ciri yang tidak disertakan untuk memastikan harga yang sedikit lebih rendah. Ini bermaksud ada beberapa ciri tertentu yang tidak ada dalam Fitbit Versa Lite Edition.

Apa yang Budiey boleh katakan, Fitbit Versa Lite Edition bukan jam tangan pintar termurah di luar pasaran ketika ini, tapi jauh lebih murah daripada harga jualan asal Fitbit Versa dan jauh lebih murah daripada Ionic.

Sekaligus, Budiey kira ia sangat berpotensi menjadikannya pilihan utama untuk smartwatch pertama korang yang baru berjinak-jinak untuk pakai jam tangan pintar ni. Bukan apa, ia sangat mudah digunakan.

Sekali imbas, Fitbit Versa Lite Edition mempunyai layar sesentuh di bahagian depan, dan layar penuh warna memiliki resolusi 300 x 300 (ciri yang juga ada pada Fitbit Versa). Sekali buka dan ON, Budiey boleh katakan ianya nampak jelas nyata dan cerah. Ada bezel tebal di sekitar layar Fitbit Versa Lite Edition, tetapi jika anda menggunakan warna hitam, mungkin agak susah untuk melihatnya. Logo Fitbit juga terpampang di sepanjang bezel bawah.

Pada sebelah kiri, kita dapat lihat satu-satunya tombol yang akan kita gunakan semasa mengendalikan Fitbit Versa Lite Edition di mana kita dapat melihat dan menelusuri menu yang dipaparkan di situ.

Fitbit Versa Lite Edition dilengkapi dengan talijam silikon yang diberikan ada di dalam kotak, tetapi ada beberapa pilihan tali lain yang boleh anda beli di sampingnya jika anda ingin mencampuradukkan gayanya mengikut kesesuaian. Anda juga dapat membeli aksesori Fitbit Versa yang ada untuk dipasangkan dengan Versa Lite. Ukuranya sama sahaja.

Fitbit Versa Lite Edition hadir dalam warna putih, ungu, mabel dan marina biru. Apa yang boleh Budiey katakan dari segi warna yang tersedia ini, Fitbit turut mementingkan gaya dengan memberikan efek warna menarik yang belum pernah kita lihat pada produk Fitbit sebelumnya. Warna seakan-akan matelik dan bersinar. Budiey suka dengan warna Marina Blue sebab ia cukup bergaya, nampak ceria dan sentiasa memberikan semangat untuk terus berlari di atas treadmill. Haha.

Sama seperti Fitbit Versa, gajet ini tersedia dengan ciri GPS jadi anda tak perlu risau, sebab gajet ini dapat mengesan di mana anda berada, di mana anda berlari dan di mana anda workout. Yang penting, kena selalu pakai gajet ini di mana anda berada sepanjang masa.

Budiey sarankan anda harus membawa jam tangan pintar ini untuk semasa bersenam olahraga sebab dia akan mengira kalori yang dibakar dan berapa denyutan nadi dan sebagainya.

Fitbit Versa Lite Edition

Fitbit Versa Lite Edition memiliki PurePulse 24/7 detak jantung di bahagian belakang dan dilengkapi dengan berbagai latihan yang dapat anda lakukan seperti yoga, lari, berbasikal, dan banyak lagi.

Seharian memakai Fitbit Versa Lite Edition semasa bersenam sekaligus dapat memberi semangat kepada Budiey untuk meneruskan senaman di hari esoknya. Ini kerana Fitbit Versa Lite Edition memberi rekod dan membuatkan kita terus untuk mencapai target setiap bulan.

Antara fungsi lain yang ada dalam Fitbit Versa Lite Edition ini termasuk latihan pernafasan terpandu, tingkat kardio dan rekod kesihatan khas untuk wanita. Anda akan mendapatkan gambaran yang jelas tentang statistik pergerakan harian yang terpapar di skrin paparan.

Kesimpulannya, produk ini sudah tentu sesuai dengan anda yang suka menjaga kesihatan dengan memperolehi dengan harga yang cukup murah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem DREAD OUT

Pengendali Akaun Instagram Buat Permohonan Maaf Kepada Fizz Fairuz