Pada jam 10.30 pagi tadi, Budiey telah menonton sebuah filem seram. Fuh seram gak. Tahap ketakutan tu memang menakutkan dan mengejutkan Budiey. Tapi mungkin bagi anda yang dah kalis, mungkin takde la seram mana pun. Beberapa kali terkejut dengan babak kejutan dan menyeramkan. Jom kita baca ulasan ringkas yang ditulis oleh Cyrill Hassan.
Filem seram terbaru The Faith of Anna Waters bakal ditayang di pawagam bermula esok, 31.03.2016. Filem ini mengisahkan tentang seorang wartawan muda Jamie Waters yang telah menerima berita kematian mengejut kakaknya di Singapura. Setibanya beliau di Singapura Jamie mendapati ada keganjilan dan misteri yang menyelubungi kematian kakaknya lalu bertindak untuk merungkai misteri tersebut.
Lewat tindakannya itu, Jamie telah dipertemukan dengan beberapa siri tragedi paranormal yang mempunyai kesamaan dengan kematian kakaknya. Nak tahu yang selanjutnya anda semua kene tonton filem ini sendiri.
Secara keseluruhannya filem ini gagal walaupun jalan ceritanya ada mirip kepada gabungan filem The Conjuring dan Munafiq. Boleh dikatakan hampir kesemua watak gagal menzahirkan rasa ketakutan dan seram yang maksima bila berdepan dengan entiti dan situasi yang menakutkan.
Berapa bintang: 3/5 bintang