Filem The Adventures of Tintin
Genre: Animasi, Aksi, Adventure, Pengembaraan
Runtime: 107 minit
Pengarah: Steven Spielberg
Penerbit: Peter Jackson
Penulis: Steven Moffat
Pelakon: Jamie Bell (Tintin), Andy Serkis (Kapten Haddock) & Daniel Craig (Inanovich Sakharine)
Sinopsis: Seorang pemuda yang bernama Tintin, bekerja sebagai seorang wartawan yang sentiasa ditemani oleh seekor anjing miliknya, terjebak dengan misi mencari harta karun yang berasal dari sebuah kapal karam yang diketuai oleh kapten Haddock. Namun, Tintin terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan kesukaran kerana ada individu atau orang lain yang turut mencari harta karun yang sama.
Pertama sekali, Budiey mahu memuji kepakaran yang ada pada pengarah terkenal Steven Spielberg yang menjadikan adaptasi kali ini memang menyeronokkan untuk ditonton.
Tintin diadaptasi dari komik yang mana diadaptasi juga dari drama kartun sekitar tahun 80an.
Filem Tintin ini bukan diadaptasi dari sebuah komik tapi diadaptasi dari 3 buah komik.
Watak Tintin dalam komik, seorang yang berani, sangat cool, dramatik. Watak kapten Haddock pula adalah berlawanan dengan karakter Tintin iaitu seorang yang kaki botol, suka mabuk-mabuk, selalu meninggikan suara dan tak tentu arah & loser.
Budiey menonton dalam versi 3D dan ia nampak sangat best.
TIGA KEISTIMEWAAN TINTIN:
1. PENGGUNAAN CGI ANIMASI YANG MANTAP
Sebuah lagi filem yang menggunakan teknologi motion-capture di mana jika tonton filem ini seperti kita menonton filem yang dilakonkan oleh manusia dan ia nampak sangat hidup.
Ini menjadikan kualiti animasi filem ini memang bagus. Nampak sangat sempurna, bersinar dan kita boleh nampak ekspresi watak ini dengan jelas. Ia nampak macam lukisan yang hidup. Kita boleh nampak garis2 halus di muka karakter dengan jelas, begitu juga kita boleh nampak dengan details bila watak dalam filem ini berpeluh dan paling saya suka gambar sunset dalam filem ini memang sangat cantik.
2. PENGARAHAN ADAPTASI YANG PERFECT
Tintin menghiburkan penonton dari segi komedi dan juga corak persembahan. Menarik seperti mana kita tonton filem Spielberg yang lain seperti Jurrasic Park. Tahniah buat penulis skrip iaitu Moffat yang bijak menarik perhatian penonton. Filem ini berlangsung dan berjalan dengan sempurna dan lancar. Ini membuatkan kita rasa seronok nak tonton. Dari plot ke plot yang lain, pengarah Spielberg memang bijak menjadikan filem ini lebih menarik. Begitu juga dengan gerakan kamera, sangat real dan cantik di layar.
Spielberg – MASTER story teller
Semua karakternya juga sangat kuat terutamanya Budiey suka dengan karakter Kapten Haddock.
Jika dalam komik, karakter Tintin sebagai wartawan sangat jelas.
3. PADAT DENGAN AKSI HEBAT
Mengapa saya cakap ia sebuah filem aksi yang hebat, ia kerana filem ini menggabungkan aksi yang padat dan adventure. Sepanjang filem ini, penonton akan disajikan dengan aksi di mana si Tintin ni akan berada dalam kapal, bot, tengah lautan, pandai bawa kapal terbang, menunggang kuda, naik motosikal dan banyak lagi. Ia mengingatkan kita tentang filem Indiana Jones.
Dari awal hingga habis, filem ini dilihat begitu padat dengan aksi di mana ia tak mahu menjemukan penonton. Sesuai ditonton oleh semua peringkat.
Budiey boleh katakan, filem Tintin adalah sebuah filem adaptasi komik yang berjaya, boleh diletakkan sebagai filem komik adventure of the year.
TIGA KELEMAHAN TINTIN:
1. WATAK TINTIN YANG TIDAK JELAS
Rasanya ini adalah kesilapan tipikal dalam sesebuah filem adaptasi di Hollywood di mana pengarah sewenang-wenangnya menokok tambah karakter pada hero agar ia nampak lebih menarik. Maksud saya, watak Tintin sebagai seorang wartawan sepertimana yang kita baca dalam komik tidak digambarkan sepenuhnya dalam filem ini. Filem ini tak menunjukkan Tintin sebagai seorang wartawan. Pada saya filem ini hanya fokus kepada soal pengambaran dan misi Tintin mencari harta karun itu. Jadi, di sini, Budiey rasa, sentuhan spirit komik klasik memang agak kurang ditampilkan.
2. WATAK KAPTEN HADDOCK YANG PEMABUK TAK SESUAI UNTUK KANAK-KANAK
Tapi watak kapten ini banyak menyumbangkan lawak-lawak yang menghiburkan.