in ,

Ulasan Penonton Filem THE 33

Semalam, telah dijadualkan berlangsung dua acara menonton filem hebat di Premiere With Budiey. Budieyators terpaksa dibahagikan kepada dua kumpulan. Mereka terpaksa memilih filem yang mereka nak tonton. Syok betul jadi Budieyators ni kan? Asyik dapat menonton filem PERCUMA je.

Ramai yang tanya pada Budiey, bagaimana nak jadi BUDIEYATORS ni. Senang je. Korang kena suppport Budiey.com dengan melayari setiap hari. Dua, korang kena beli baju T Budieyators. Hanya RM65 sahaja. Kemudian, sentiasa SHARE, LIKE & COMMENT.

Okay berbalik kepada Premiere With Budiey semalam, pagi ini dah ramai penonton yang telah pun siarkan ulasan mereka tentang filem THE 33 dan ALVIN & THE CHIPMUNKS: THE ROAD CHIP. Terima kasih kepada semua Budieyators yang hadir dan telah buat kerja korang iaitu menyiarkan ulasan dan liveupdate di sosial media masing-masing.

Jom baca dulu ulasan filem THE 33:

AJ RAZAK – BUDIEYATORS

Good day everyone. This is my review of THE 33 hosted by Budiey Isma www.budiey.com on Tuesday 22 December 2015. The Ugly Malaysian striked again. This time the notorious back rest kicker. Not once but perhaps 20 times!

Just my luck to be seated in front of him/her? Despite turning back to display my displeasure and the 180 degrees head turn by my partner in crime did not help either. I wanted to tell ‘it’ off at the end of the movie but ‘it’ must have read my mind and hurried off the hall when the credits came on… not without giving another final kick at the back rest AND swinging something flimsy against my head. Well, just another day at the.movies hahaha.

THE 33 is an adaptation of a real life incident 1n 2010, where 33 gold miners were trapped underground for 69 days. The Chilean government spared no expenses to rescue the trapped miners.

The movie picked up the survival instincts, the brotherhood of the.miners, the high spirits forced on them facing the impending death and the strength of the Almighty. Family support and belief were the key elements. Good story telling and simple plot.

RECOMMENDED FOR GENERAL VIEWING.
MY RATING 4.25 OF 5 STARS

AIMAN ALIYAH – BUDIEYATORS

Ini ulasan saya tentang filem The 33.

Filem yang diadaptasikan dari kisah benar mengenai 33 orang pelombong emas yang terperangkap selama 69 hari di lombong emas San Jose, Chile akibat runtuhan sekaligus memutuskan hubungan mereka dari dunia luar dengan kekurangan makanan, ubatan dan emosi yg terganggu.

Semangat yang ditonjolkan oleh mereka untuk terus hidup, berjaya mengusik hati penonton. Lakonan Antonio Banderas sebagai Mario, Lou Diamond Philips sebagai Don Lucho, Rodrigo Santoro sebagai Laurence Menteri Perlombongan dan watak2 yg lain seperti Maria, Dario, Katty, berjaya menghidupkan filem ini.

Walau bagaimana pun, plot cerita ini ada kekurangannya. Kesakitan, kehabisan makanan, emosi dan lain2nya tidak ditonjolkan sepenuhnya bagi memberi impak sebenar bila terperangkap di dalam gua.

Apapun saya bagi 3*/5.

Tak rugi menonton filem ini kerana di saat inflasi skrg, kita perlu semangat sebegini untuk meneruskan kehidupan seharian.

NYOT MOHEDE – BUDIEYATORS

This is my review about “The 33”.

This movie is super cool and super best! Iols boleh kasi 4.5 bintang dri 5.. Serita ni tiada kaitan sangat dengan lampu tosh light diatas kepale tu ye seperti digambarkan dlm poster.. Akan tetapi cerita ni berdasarkan real story tentang pelombong emas yg terkandas dlm lombong selame 65 hari dengan makanan and minuman yang terhad ko boleh?
Kite tak boleh wak..kurus kite nanti..dlm cerita ni complete dengan sedih gelak sikit2 and adventure.

Nk tau lebih lanjut pergi menonton sendiri dekat wayang ye..

Thanks for the tix premiere www.budiey.com

KAMAL REZUAN – PELAKON

Berdasarkan kisah benar yg pernah terjadi pada tahun 2010 di San Jose mine di Chile. Plot penceritaan di awalnya hanyalah biasa, sebab ini bukan action movie, or kisah cinta tegar family kaya dgn miskin and what not, yet it was still a good start tough.

The story is about 33 orang pelombong yg terperangkap jauh didalam perut bumi,dek kerana sikap tak endah…sikap siapa? In real life, kita sangkut dlm toilet tiba2 takde karen pun da gelabah tak sampai seminit, tapi dorang ni terperangkap bawah tanah selama 69 hari, with limited resources!

Patricia Riggen(young and hot) director utk filem ni byk menerapkan punchline2 yg sgt berguna utk kita fikirkan.Apa yang boleh disimpulkan ialah,Laut mana tidak berombak,kerana ombak laut nampak cantik.

As for our industry,i think we shall start to produce this kinda materials to our audience. Yes, why can’t we?!
Anyway,di Chile tayangan pertama filem ini telah berjaya mengutip sebanyak $1.6 million!

Well, let’s don’t let the cat out of the bag ..so u guys have to watch it lah.For me,this is the best curtain fall movie for 2015.

Abg recommend sgt2 korang tgk cerita ni.Semoga tak sikit tak banyak dapat diterapkan dalam kehidupan kita hari ini.
I give 4 out of 5 stars!

Thank you to Budiey Isma Cyrill Hassan Yus Yunus for this opportunity. TQ GSC One Utama. Till then, see ya on the next preview folks. Have a nice day.

ELINA – PEMBACA:

Filem yang sangat dramtik, suspen, sedih & sifat bekerjasama. Pelakon yg mantap, overall cerita yg boleh dijadikan pengajaran.

Sy bagi 5 bintang.

AZMAN ZAINAL AZINAM – PEMBACA

Saya kasi 5 bintang untuk filem ini ia mengisahkan kisah di dunia ketiga di mana nyawa manusia golongan bawahan tidak begitu dihargai.nasib menyebelahi mereka, mungkin kerana ramai yang terperangkap. Kalau satu atau dua orang memang akan dibiarkan terperangkap sampai mati. Duit syarikat lagi penting dari nyawa.So sad dan semangat setiakawan yang tinggi membantu mereka untuk terus hidup.

BUBU BEAR – BUDIEYATORS:

Ini dia ulasan saya tentang filem THE 33 merupakan adaptasi cerita sebenar yang pernah berlaku di Chile pada suatu ketika dahulu yang melibatkan 33 orang pekerja lombong yang terperangkap di terowong bawah tanah akibat keruntuhan terowong yang berlaku. So banyak kisah-kisah menyayat hati yang di tampilkan dan berlaku kepada 33 orang pelombong dalam meneruskan hidup mereka yang teperangkap dengan berkalan makanan yang terhad.

Adakah mereka akan selamat keluar? Untuk mengetahui apa kesudahan cerita ini sila lihat sendiri di pawagam berdekatan anda. Saya kasi 4.5/5 untuk movie ni.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

11 Perkara Anda JANGAN BUAT Sewaktu Travel

Al-Manna Bakal Lancar Single Terbaru SAMRAH ZAFANA