Sweeney Todd, The Demon Barber Of Fleet Street.
Johnny Depp dan Tim Burton buat sekian kalinya mengadaptasi ke layar perak sebuah karya muzikal thriller oleh Stephen Sondheim’s. Johnny Depp telah diberikan watak sebagai lelaki yang telah dimasukkan ke penjara secara tidak adil di atas kesalahan yang tidak dilakukannya.
Setelah keluar dari penjara, dia telah menuntut bela di atas apa yang telah terjadi. Bukan sahaja menuntut bela ke atas dirinya, tetapi kepada anak dan isterinya juga.
Apabila dia membuka semula kedai gunting rambutnya, Sweeney Todd telah menjadi Tukang Gunting Kejam (Demon Barber) di jalan Fleet yang akan memotong kepala lelaki yang masuk ke kedai guntingnya dan mereka tidak akan keluar dari kedai tersebut untuk selama-lamanya. Kejam tul, kan?
Turut berlakon bersama ialah Helena Borham Carter sebagai Mrs. Lovett, bersama-sama bersubahat dengan Todd yang membuat pie dari daging mangsanya.
Apakah yang akan terjadi kepada Todd, adakah dia sekali lagi akan ditangkap atau adakah dia dapat membalas dendam kepada mereka yang pernah menganiayainya dulu.
Laman web rasmi filem Sweeney Todd:
www.sweeneytoddmovie.com
Ulasan Filem Sweeney Todd
Inilah satu karya adaptasi oleh Tim Burton yang cukup hebat, tahniah kepada krew produksi serta tahniah kepada Johnny Deep yang benar-benar membawa watak Sweeney Todd, watak yang cukup antagonis serta penuh dengan amarah dan dendam, dengan cukup berkesan.
Karya ini diadun dengan cukup sempurna. Dengan melodrama asli oleh Sondheim yang pernah dipentaskan pada tahun 1975 dengan judul yang sama dan hasil buah tangan Burton, menjadi Sweeney Todd cukup memberikan impak yang berkesan kepada penonton.
Teater muzikal yang asalnya berdurasi hampir tiga jam ini, telah melalui proses penyuntingan dan menjadikan ianya sekitar dua jam pada layar perak, tanpa menyunting bahagian yang memberi impak dan menarik. Tim Burton telah berjaya menghidupkan suasana London pada sekitar kurun ke 19, di mana nilai expresionisasi, gaya monokromatic yang memberikan satu impak yang begitu hidup.
Jika sebelum ini anda hanya dapat melihat Johnny deep sebagai Captain Sparrow di dalam Pirate Of Caribbean, sebagai seorang penyanggak yang kelakar dan selamba, tetapi di dalam Sweeney Todd, Johnny Depp telah menyampaikan beberapa buah lagu dengan cukup berkesan.
Untuk Sweeney Todd, tidak keterlaluan dikatakan ianya mungkin karya terbaik bagi Tim Burton, selain Edward Scicorshand, Corpse Bride, Beetle Juice dan Charlie and The chocolate factory. Dalam erti kata lain, Sweeney todd, The Demon Barberof Fleet Street, boleh dikatakan satu mahakarya (masterpiece).
Filem muzikal thriller Sweeney Todd mendapat B+.
[tags]sweeney todd review, ulasan filem sweeney todd, tim burton, johnny dep, pic johnny depp nude, becham naked, sinopsis sweeney todd, stephen sondheims, Edward Scicorshand, Corpse Bride, Beetle Juice, Helena Borham Carter, poster movie, trailer, youtube, movie yahoo, ym download[/tags]