in

Ulasan Filem Petaka Gunung Gede: Kisah Benar Yang Viral Diceritakan di Podcast

Baru-baru ini, Budiey berpeluang untuk menonton tayangan perdana filem Petaka Gunung Gede dalam satu majlis eksklusif bersama rakan-rakan pengulas filem terkenal di TGV Indulge Suria KLCC. Majlis tayangan ini memang ‘tip top’! Of course lah sebab tayang pun di hall yang cukup mewah. Siap boleh baring. Memang selesa la kan?

Budiey memang tak sangka pengalaman 103 minit ini akan mengubah cara Budiey melihat filem seram Indonesia. Filem ini bukan sekadar sajian hiburan yang penuh jeritan dan jumpscare, tetapi ia menyelami satu dimensi seram yang jauh lebih dalam – seram yang menyentuh emosi, mitos, dan realiti ghaib yang menggugat kepercayaan logik manusia.

Budiey cukup berpuas hati dengan kelancaran acara, layanan yang mesra dan suasana menonton yang sangat selesa. Bukan sahaja dapat duduk dengan tenang menikmati setiap adegan, mutu bunyi filem ini pun cukup mengagumkan – jelas, padu, dan mampu buat bulu roma meremang bila sampai ke babak-babak seram.

Budiey ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada TGV Cinemas dan TGV Pictures dan Rekomen Filem yang sudi memberikan tiket. Terima kasih Ian yang sudi menjemput untuk membuat ulasan filem ini. Sebagai peminat filem horor, pengalaman menonton filem ini di layar besar memang puas hati dan penuh emosi.

Diarahkan oleh Azhar Kinoi Lubis dan naskhah ditulis kemas oleh Upi Avianto, filem ini diangkat dari kisah benar pengalaman ngeri Maya Azka dan rakan-rakannya ketika mendaki Gunung Gede pada tahun 2007. Mengetahui bahawa cerita ini diinspirasikan dari kejadian sebenar menambah ‘kick’ pada setiap detik menontonnya. Rasa seram itu terasa lebih ‘dekat’ dan ‘real’ – macam ada sesuatu yang sedang memerhati dari celah-celah pokok.

Ulasan Filem Petaka Gunung Gede: Kisah Benar Yang Viral Diceritakan di Podcast

Cerita Bermula Dengan Pendakian, Tapi Berakhir Dengan Teror

Filem ini mengetengahkan dua sahabat karib – Maya (lakonan cemerlang oleh Arla Ailani) dan Ita (dilakonkan penuh penghayatan oleh Adzana Ashel). Mereka menyertai pendakian Gunung Gede bersama abang Maya, Indra (Raihan Khan) dan beberapa rakan lain. Apa yang bermula sebagai ekspedisi santai untuk menikmati keindahan alam bertukar menjadi petaka bila Ita mula menunjukkan tanda-tanda diganggu makhluk halus – resah, mendengar suara aneh, dan kerasukan.

Masalahnya, Ita mendaki dalam keadaan haid, yang menurut kepercayaan setempat adalah pantang besar. Rakan-rakan dah bagi amaran, tapi Ita tetap berkeras. Maya pula, jenis yang ‘scientific’, tak percaya benda-benda ghaib ni, tapi makin lama, makin banyak kejadian misteri berlaku yang buat Maya mula meragui pegangan logiknya.

“Ini semua bukan sebab Ita. Kau semua salahkan dia sebab satu kepercayaan lapuk!” – dialog Maya kepada rakan-rakannya, menggambarkan kekeliruan dan kemarahan dalam menghadapi situasi mencabar ini.

Sinematografi Memukau – Hutan Cantik Tapi Menakutkan

Satu perkara yang Budiey betul-betul kagum – sinematografi filem ini memang luar biasa cantik dan menggerunkan dalam masa sama. Kamera ‘merayau’ di celah-celah pokok dan denai sempit seolah-olah ada sesuatu yang sedang mengikuti dari belakang. Permainan cahaya dan bayang-bayang, terutama dalam adegan malam berlampukan suluh sahaja, memang menambah suasana seram yang ‘claustrophobic’.

Budiey yang tak pernah mendaki gunung pun terasa seolah-olah turut berada dalam hutan tersebut – bau tanah basah, sejuk menusuk tulang, dan bunyi haiwan malam semua digambarkan secara visual dan auditori dengan cukup padu. Ini semua hasil kerja hebat pasukan produksi dan pengarah artistik yang berjaya hidupkan suasana alam semula jadi sebagai latar yang penuh ancaman.

Lakonan Mantap – Adzana Ashel ‘Curi Tumpuan’

Arla Ailani sebagai Maya membawa penonton dalam perjalanan emosinya – dari skeptikal kepada ketakutan dan keazaman untuk melindungi sahabatnya. Tapi yang benar-benar mencuri perhatian Budiey adalah Adzana Ashel. Transformasi wataknya dari seorang gadis ceria kepada seseorang yang diseksa secara spiritual memang ‘next level’.

Ada satu adegan kerasukan Ita di tengah hutan yang buat seluruh pawagam senyap seketika sebelum jeritan penonton pecah! Adzana tak hanya menjerit atau buat aksi ganas, tapi dia gunakan ekspresi wajah, mata dan nada suara untuk tunjukkan penderitaan batin yang menusuk jiwa. Lakonan dia – padu gila!

Pelakon sokongan seperti Raihan KhanEndy ArfianJeremie Moeremans dan M Iqbal Sulaiman pula berjaya bawa keserasian kumpulan – ada gurauan, pertengkaran, semua terasa natural, macam kawan betul-betul. Ini yang buat pengalaman menonton jadi lebih ‘relatable’.

Bukan Sekadar Hantu, Tapi Seram Yang Ada Jiwa

Yang best tentang Petaka Gunung Gede – ia tak sekadar main jumpscare murahan. Filem ini menampilkan ketakutan psikologi dan juga tema-tema berat seperti rasa bersalah, pengkhianatan dan rahsia lamaUpi Avianto bijak bermain dengan ekspektasi penonton – awalnya nampak macam filem tentang mitos haid, tapi rupanya ada kritikan sosial tentang bagaimana wanita sering dipersalahkan secara tidak adil dalam masyarakat.

“Kau semua senang salahkan Ita sebab dia perempuan. Tapi kalau benda ni jadi kat korang, kau fikir siapa yang akan kena?” – dialog Maya yang cukup ‘menyentuh’ isu ini secara halus tapi berkesan.

Filem ini turut menyentuh hubungan manusia dengan alam, memberi ingatan bahawa walaupun kita hidup dalam dunia moden, masih ada kuasa alam yang tidak boleh disangkal atau dicabar. Respek terhadap alam dan kepercayaannya adalah mesej tersirat yang Budiey rasa patut direnungi.

Efek Bunyi & Muzik – Senyap Itu Pun Boleh Jadi Seram

Budiey kena puji rekaan bunyi dan scoring muzik – mereka pandai guna senyap sebagai senjata seram. Bukan semua babak ada muzik ‘dramatic’, kadang-kadang keheningan lebih menyeksakan. Bila tiba-tiba ada bunyi ranting patah atau bisikan, jantung rasa macam nak terkeluar! Suara-suara alam seperti daun bergesel dan titisan air pada khemah mencipta suasana ‘real’ yang immersive gila.

Set dan props pun ‘real’ habis – pakaian lusuh, khemah basah, peluh, lumpur – semua bawa realism yang buat kita terasa macam ikut mereka mendaki. Suryakencana Plateau yang indah ditunjuk dengan penuh magis, tapi cepat jadi latar ngeri bila ‘makhluk’ mula muncul.

Apa Kata Budiey?

Bagi Budiey, Petaka Gunung Gede bukan sahaja filem seram – ia adalah kisah persahabatan, ujian emosi, dan penghormatan terhadap alam. Ia berjaya gabung mitos tempatan, psikologi manusia, dan sinematografi cantikdalam satu naskhah yang penuh impak. Filem ini mengajak kita fikir – adakah kita benar-benar faham alam, atau kita terlalu yakin dengan logik hingga lupa ada kuasa yang lebih besar?

Budiey sangat syorkan korang tonton filem ini di pawagam – untuk rasai seram yang tak hanya ganggu mata, tapi juga fikiran dan hati. Ingat, bukan semua yang tak nampak itu tak wujud. Hormatilah alam, dan jagalah sahabat anda – sebab kadang, ujian datang bila kita paling leka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suki Low Lancar Lagu Raya ‘Anugerah Hati’ Demi Kesedaran Autisme