in ,

Ulasan Filem PASSENGERS dari Kaca Mata Penonton

Pada malam Rabu lalu, Budiey sempat membawa 150 orang pembaca dan beberapa selebriti terbang ke Headstead II dengan penerbangan Avalon. Memang lama juga perjalanannya. Hehe tapi itu hanya babak latar dalam filem PASSENGERS. Terima kasih Sony Pictures Malaysia yang sudi menaja boarding pass untuk kami terbang bersama pelakon hebat Jennifer Lawrence dan Chris Pratt. Memang hebat drama dan emosi yang disampaikan sehingga ia berjaya menyentuh hati kami.

Jom baca ulasan daripada pembaca yang hadir.

Dzeng Toi

Passengers.

Bila kehidupan itu lebih menakutkan dari kematian.

Kisahnya dibayangkan pada suatu hari nanti, dunia ini menjadi satu tempat yang terlalu mahal untuk diduduki maka berduyun-duyun orang melepaskan segala-galanya untuk mencari kehidupan baru di cakrawala lain yang mampu menampung kehidupan seperti di bumi, malahan digambarkan lebih baik, lebih indah, lebih murah, sehingga sanggup ditinggalkan segala-galanya.

Tapi, perjalanannya bukan sehari dua, tapi beratus tahun lamanya. Untuk memudahcara, setiap dari semua manusia seramai 5000 orang termasuk 200 lebih crew ditidurkan di masukkan di dalam pod khas yang hanya akan membangkitkan mereka 120 tahun akan datang. Itu yang dilalui oleh Jim Preston, seorang mekanik yang akan dibawa belayar di dalam sebuah kapal bak genting highland yang penuh dengan alat hiburan dan makanan-makanan yang semuanya berbayar.

Tapi, disebabkan oleh perkiraan yang salah, jim terbangun awal. Terlalu awal, Lalu Jim perlu teman,

Disini bermula lah satu episod-episod cinta angkasa lepas seperti yang kita tidak pernah bayangkan.

Jennifer Lawrence secantik Aurora, di wajah dan juga dalam lakonannya. Berbagai emosi kali ini dikeluarkan lebih dari yang pernah dibuat dalam Playbook Silver Lining yang mengangkatnya sebagai pemenang Oscar.

360 emosi, dari suka, duka, marah, kecewa, sedih, takut, benci, geram, berharap, percaya, tidak percaya melawan satu emosi sahaja, iaitu rasa kegagalan dari Jim Preston lakonan Crist Pratt.
Passenger bagi saya bukan lah satu kisah pengembaraan angkasa lepas seperti StarTreks atau Battlestar Galactica. Passenger adalah filem Titanic Alaf baru.

Ia adalah kisah cinta angkasa lepas, cuma dalam kisah ini, manusia lebih takut untuk hidup, dari menunggu kematian dan ketidakpastian.

Saya suka, walaupun ada beberapa logic yang saya cuba persoalan, tetapi tidak perlu sebenarnya kerana cerita ini sangat kreatif, dan itu adalah memadai.

Plus Point cerita ini adalah Jennifer Lawrence, yang membuatkan kita seperti terasa benar apa yang dirasainya dan bersimpati. Memang dia seorang pelakon yang hebat.

Minus Point adalah permulaan yang agak slow, tapi di perlukan dan beberapa scene yang berulang dilakukan oleh dua karektor yang berbeza.

Pengajaran dari filem ini adalah, dalam apa keadaan sekalipun, kita mesti ada banyak wang. Kalau tidak, kita hanya layak untuk minum coffee biasa sahaja.

Tapi paling istimewa adalah, seats saya adalah paling atas paling tengah yang dihadiahkan oleh Budiey Isma sempena hadijadi saya yang ke 21.

Saya beri 4.5/5 markah, kerana saya rasa filem Titanic adalah lebih memberi harapan dan bermain dengan emosi.

Sekian.

Terima kasih Budiey.com. Follow IG @budiey. Selamat menyambut ulangtahun Ke-11 Budiey.com!

#PremiereWithBudiey
#BudieyDotCom
#PassengersMY
#Budieyators

Ezer Ahmad

Semalam berlangsung nya premiere screening “Passengers” di GSC Tropicana City Mall bersama dengan #budieyators yang lain anjuran tuan tanah kedaung Budiey Isma dari Budiey.com – Blog Sensasi Selebriti.

Cerita ni at first agak slow sebab nak tunggu klimaks tu macam lambat, tapi bila dah klimaks dan menuju ke ‘falling action’ rasa macam best. Jalan cerita simple, senang faham & tak rumit itu paling penting. Its all about perjalanan 5000 penumpang & anak kapal yang bakal berhijrah ke Avalon dari bumi. Kita dapat tengok macam mana canggih dan cantiknya kapal angkasa tu.

Siapa boleh tahan duduk dalam kapal angkasa yang dalam mode ‘auto-pilot’ sorang diri selama lebih daripada setahun? Penumpang lain ada, tapi semua syok tidur dalam ‘sleeping pod’ dan akan bangun bila sampai Avalon. Sebab bosan sangat, Jim si mekanik pun ambil inisiatif kejutkan Aurora dari tidurnya.

Jalan cerita bermula apabila Aurora terjaga dari tidur dan pelbagai aksi, perasaan dan keterujaan yang bakal berlaku seterusnya dalam kehidupan Jim & Aurora dalam perjalanan ke Avalon.

Kalau diberi peluang bila dah give up sangat duduk dekat bumi teringin nak ke Avalon dan cuba kehidupan baru di sana.

Thank you dear Budiey Isma for the ticket <3

4/5 stars for this movie

Azwan Thyrel

Okay. Nabi Isa. Apa? Apa!? PASSENGERS bukanlah filem yang tidak baik tetapi mengelirukan. Bukan erti kata bahawa anda tidak tahu apa yang berlaku. Lebih dalam erti kata bahawa anda tidak akan memahami pilihan dan keputusan watak-watak tertentu. PASSENGERS adalah sebuah filem romantik Hollywood lahir dari minda dan poket eksekutif Hollywood. Mari kita menghadapinya. Ia dibintangi dua bintang terbesar Hollywood. Oleh itu, ia tidak akan mengambil risiko. Ia tidak akan menjadi yang pengembaraan angkasa unik ia boleh menjadi. Atau menyampaikan yang mendalam, falsafah cerita sci-fi dan pendekatan indie yang terkandung. Walaupun ia boleh memegang perhatian anda untuk dua jam, ia akan meninggalkan anda bertanya banyak soalan saya katakan ia adalah satu pertunjukan siang bagus. Jika apa-apa, karimas Chris Pratt dan kemistri Jennifer Lawrence menyelamatkan filem ini. Walaupun Chris Pratt (Jim) seorang penyendiri yang mengerikan. 

Berada di Avalon, starship korporat atau kapal angkasa yang menuju ke tanah jajahan planet cetakan dipanggil Homestead II (pada masa depan, ia seolah-olah tanah di luar dunia akan menjadi francais bagi mereka bosan dengan kehidupan dunia) sedang menjalankan 225 anak kapal dan 5000 penumpang sukarela, mereka dalam keadaan animasi tergantung bersedia untuk anda yang sebenar selama 120 tahun. Tetapi dua daripada penumpang dibangun awal: Jim, seorang jurutera mekanikal yang terasak-asak untuk keaedaran dalam pod hibernasi selepas kapal dihentam meteor, dan Aurora (Jennifer Lawrence), seorang wartawan yang Jim sengaja bangunkan dari tidur supaya mempunyai seorang untuk menemaninya.

Filem ini seperti modernized-titanic dimana romances take places, a bit of sci-fi implemented (which I like), the techies and the facilities provided in the spaceship which very innovative.

Rated 4/5

TQ Budiey Isma

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PEKIN IBRAHIM

Jom Tonton Filem KL WANGAN Arahan & Lakonan Pekin Ibrahim

Kenapa Che Ta pilih Haval?