Fakta Filem Orang Minyak:
- Filem sulong terbitan Infohibur Productions Sdn Bhd kendalian C K Karan yang sebelum ini banyak mengedar VCD ke pasaran tempatan.
- Filem ini menelan kos pembikinan dan promosi RM1.7 juta ini diarah oleh C K Karan dan Jamal Maarif yang agak veteran dalam dunia perfileman dan penerbitan program televisi.
- Orang Minyak menjalani pengambaran di Melaka dan proses pasca produksi di India.
- Filem ini akan menemui penonton seluruh Malaysia di pawagan bermula 15 November 2007.
Ulasan Filem Orang Minyak:
Filem Orang Minyak hasil kerja tangan Jamal Maarif dan CK Karan, bukanlah sebuah kesinambungan cerita “Sumpahan Orang Minyak” yang diarahkan oleh P.Ramlee pada tahun 1958. Sebaliknya, Orang Minyak cuba mencari kelainan melalui penggunaan teknik dan kesan khas yang terkini, namun, sayang seribu kali sayang, ianya tidak menjadi.
Dari sudut teknik, pengerakkan kamera di dalam OM kelihatan kaku, tidak lancar, kabur dan tidak konsisten. Jika dilihat latar belakang Jamal Maarif yang pernah terlibat di belakang kamera bagi cerita-cerita yang agak ternama seperti filem Selubung, Kekasih Awal dan Akhir, pembikinan iklan di dalam dan di luar neger, maka, untuk OM adalah tidak keterlaluan dikatakan ianya agak memalukan.
Selain dari kerja-kerja kamera, mutu rakaman audio pula adalah amat rendah. Dengan “Lips Sync” yang tidak selari, bunyi latar yang menganggu dialog utama dan beberapa gangguan lagi, ianya menjadikan karya ini seolah-olah melepaskan batuk di tangga.
Jika sebuah cerita yang bermutu diangkat dari jalan cerita yang bermutu dan menarik. Maka, OM telah tewas sebelum bermula. Jalan cerita yang lemah dan tidak keruan. Sukar menempatkan genre filem ini di antara sebuah karya bergenre seram atau genre seram komedi. Mungkin, pengarah cuba memberikan sebuah karya yang mempunyai jalan cerita yang mudah, tetapi dengan imbasan serta beberapa perkara yang lain, kelihatan ianya sebuah jalan cerita yang cukup celaru. Selain itu, skrip hasil penulisan Loloq, yang muncul secara “cameo” dalam karya ini, secara jujurnya, tidak dapat membantu menghangatkan OM.
Pengeksplotasi kaum wanita sebagai modal untuk menimbulkan kontroversi dan vis-a-vis menarik penonton ke pawagam, adalah mainan bagi OM. Jika anda lebih berminat untuk melihat Zila Bakarin berkemban dan nampak tali baju dalamnya, melihat Sharifah Sofea yang berpakaian begitu seksi sebelum tidur, serta adegan tindih-menindih di antara orang minyak serta mangsa, maka cerita ini memang bersesuai. Rasanya, dalam industri filem yang mementingkan mutu, pengeksplotasian seperti ini sudah pupus lama dahulu.
Selain itu, watak pakcik yang memakai baju melayu dan kopiah yang sibuk berdansa dengan perempuan bukan muhrim di majlis pertunangan, serta watak lakonan Kuman KU2 yang menonjolkan watak orang gemok yang makan secara gelojoh, seolah-olah mengajak penonton mengecap orang-orang yang sedemikian seperti watak di dalam OM.
OM membariskan pelakon-pelakon yang agak ternama bagi audien di Malaysia, seperti Fauzi Nawawi, Fiz Fairuz, Sharifah Sofea, Abon, Sathiya dan ramai lagi. Namun, seperti biasa ekspresi setiap pelakon adalah sama, tidak menjiwai watak dan menyebabkan tidak berdaya mempamerkan lakonan yang mantap. Jika boleh diberi pujian, hanya Sathiya yang layak menerimanya, mungkin jiwa komedi sudah sebati dengan dirinya.
Teknik kesan khas di dalam filem ini tidaklah boleh dibanggakan langsung. Jika dibandingkan dengan Fantasia yang dihasilkan dalam era 80an, kesan khas di dalam OM bolehlah dikatakan setaraf dengan cerita tersebut. Jika Fantasia terpaksa ditahan oleh LPF hampir dua tahun kerana dikatakan boleh memesongkan akidah, namun, bagi OM pula jika diteliti, boleh memberikan kesan yang serupa. Namun, mungkin LPF sekarang lebih berlembut dengan pengeluar pengeluar filem pada masa sekarang ini.
Filem yang menelan belanja sebanyak 1.7 juta, hanya boleh berbangga dengan penggunaan DTS sebagai sistem bunyinya. Sistem bunyi yang dijalankan kerja-kerja penyuntingan di India ini, haruslah menerima pujian. Namun, bagi cerita gred C, penggunaan sistem bunyi yang hebat, masih tidak berupaya menarik khalayak ke pawagam. Jika filem bergenre aksi, penggunaan DTS mungkin berbaloi, tetapi, sebuah karya bergenre seram “komedi” ringgan, ianya seolah membazirkan wang sahaja, kerana kos untuk DTS hampir mencecah sejuta ringgit. Dengan kos sebanyak itu, alangkah bagusnya jika diberikan perhatian kepada jalan cerita, watak dan kerja-kerja kamera yang bermutu.
Penerbit berharap agar khalayak menonton secara “kosong” iaitu tanpa memperdulikan masalah teknikal, kesan khas, jalan cerita dan lain-lain. Namun, khalayak yang ke panggung sekarang sudah pandai memikirkan perkara-perkara sedemikian rupa. Pengeluar-pengeluar filem, janganlah mengharap penonton-penonton seperti span yang hanya menyerap apa-apa sahaja.
Ditulis oleh wartawan Sensasi Selebriti, Rizal
Secara keseluruhan, Orang Minyak diberikan penarafan 2 bintang. 2 bintang untuk kesan bunyi. Sinematografi 1.5 bintang. Kesan khas 2 bintang. Jalan cerita 1.5 bintang. Watak 1.5 bintang.[tags]ulasan filem orang minyak, kritikan filem orang minyak, Fauzi Nawawi, Fiz Fairuz, Sharifah Sofea, Abon, Sathiya, profile kuman u2, lpf, filem zaman dulu, gossip sharifah sofea, gambar kemban zilla bakarin, gambar kavita sidhu, lesbian seks, jamal maarif, sumbah muhrim, 3gp, video kemban, video cinta kaisara, kerana kirana, gua.com.my, murai.com.my, celine dion lyrics, cinta sayang abang mirc, i surrender[/tags]