Dah tonton filem Niyang Rapik? Budiey dah tontonnya di majlis prebiu yang diadakan baru-baru ini. Sebuah filem seram yang diadaptasi tajuknya dari drama bersiri. Niyang Rapik sebenarnya adalah sebuah kampung yang sangat terpencil, punya ceriteranya tersendiri dan suasana sekitarnya agak menyeramkan.
Tahniah buat pengarah filem ini, Ahmad Idham yang begitu tekun berusaha menghasilkan filem walaupun terpaksa menghadapi cabaran di mana lokasinya agak terpencil. Bayangkan pelakon dan krew terlibat terpaksa berkampung di Tasik Kenyir, Terengganu.
Dengarnya, ada yang terpaksa mandi dengan air mineral dan terpaksa menghadapi hidup yang tak berapa selesa. Maklumlah, terpaksa tidur di rumah bot. Satu rumah dikongsi dengan beberapa orang pelakon. Mungkin kerana filem ini adalah terbitan syarikatnya sendiri iaitu Excellent Pictures Sdn Bhd, membuatkan Ahmad Idham tercabar untuk menghasilkan yang terbaik.
Cabaran utama bagi Ahmad Idham ialah untuk mendapatkan satu cerita dan bagaimana untuk wujudkan suasana seram dalam filem ini.
Filem yang senang difahami ini telah mulai menghantui pawagam seluruh Malaysia pada Khamis, 25 Februari lalu. Ia menampilkan lima pelakon muda berbakat besar iaitu Awal Ashaari selaku Amir, Kamal Adli (Helmi), Shaheizy Sam (Zizan), Zed Zaidi (Saiful) dan Fizz Fairuz (Zack), selain satu-satunya bunga iaitu Liyana Jasmay (Laila) dengan dibantu oleh Nasir Bilal Khan (Tok Neram), Shahronizam Noor (Pak Salleh), Datuk Ahmad Tarmimi Siregar (Bomoh) dan Dian P Ramlee (Ibu Zack).
Plot filem ini begitu senang diikuti dan tidaklah tergantung. Segala jawapan kepada misteri terjawab satu persatu di slot terakhir filem ini. Walaupun tak menggunakan ramai pelakon, namun filem ini kita dapati ramai pelakon muda menjadi taruhan. Untuk peminat Awal Ashaari, Kamal Adli, Shaheizy Sam, Zed Zaidi, Fizz Fairuz dan Liyana Jasmay, inilah masanya anda ke pawagam.
Cuma semasa dalam scene Awal Ashaari makan mee goreng (yang sebenarnya adalah cacing) adalah satu idea yang klise dan pernah dipertontonkan sebelum ini. Tapi penonton mungkin akan merasa jijik atau mungkin ada yang termuntah bila menonton scene ini. Kalau betul, usaha untuk adakan scene tak sia-sia. Syabas diucapkan!
Fizz Fairuz memegang watak Zack, menjadi mangsa pertama yang dibunuh. Pengalaman yang tak dapat dilupakan oleh Fizz ialah semasa scene dia terkena busung, siap ada lintah dan darah kat dalam perutnya. Zed Zaidi pula memegang watak Saiful, jadi penyelamat. Pengalaman Zed pula semasa pengambaran di tasik, bot mereka pernah bocor.
Kalau ada masa mengizinkan, Budiey akan mengadakan Movie Day Out – Filem Niyang Rapik pada masa yang terdekat ini. Tunggu pengumumannya tak lama lagi.