in ,

Ulasan Filem LONG LONG TIME AGO Arahan Jack Neo

Malam semalam Budiey dan Cyrill hadir ke malam gala filem terbaru pengarah Singapura, Jack Neo yang berjudul LONG LONG TIME AGO. Walaupun tajuknya terlalu mudah, berkisar tentang satu keluarga yang biasa, manis pahit kehidupan yang mereka alami, disampaikan secara santai, tetapi mesej yang disampaikan sangat kuat. Berlatar belakangkan Singapura pada tahun 1960an. Hampir 80% penghasilan filem ini dijalankan di bandaraya Ipoh.

cyrill hassan & budiey di Malam Gala Filem LONG LONG TIME AGO

[dropcap]D[/dropcap]i Malam Gala semalam, Jack Neo membawa keseluruhan besar pelakon termasuk pelakon veteran Mark Lee, Aileen Tan, Wang Lei, Jing Jing Charmaine Sei, Suhaimi Yusof, Silvarajoo Prakasam, Nurijah Binte Sahat, Yan Li Xuan, Benjamin Tan dan Ryan Lian untuk bertemua peminat.

Filem yang dihasilkan bersempena ulangtahun kemerdekaan Singapura yang ke 50 tahun lalu mengisahkan bagaimana Singapura membangun pasca perpisahannya dengan Malaysia pada 09 September 1965. Bagaimana 3 komponen masyarakat yang terdiri dari kaum Cina, Melayu dan India cuba bersatu dalam latar budaya yang berbeza dalam mengekalkan keharmonian dan perpaduan serta kesepakatan antara kaum, berusaha bersama membangunkan Singapura di bawah kepimpinan bapa Singapura, Lee Kwan Yew.

12814804_1680877802171724_4465516051740983801_n

Selain menampilkan pelakon veteran, Jack Neo mengambil kesempatan untuk melibatkan beberapa bakat baru dalam filem bergenre period komedi ini, termasuk artis muda daripada pengeluaran beliau sebelum ini seperti Tosh Zhang dan Wang Wei Liang.

Sepanjang menonton filem ini, hati Budiey terasa dicuit dengan beberapa babak yang mengimbau kembali kenangan di zaman kanak-kanak yang tak pernah dibawa oleh mana-mana filem. Ada babak si ibu mengorek lubang punggung anaknya untuk mengeluarkan cacing. Juga beberapa alat yang digunakan dalam filem ini memang vintage dan klasik.

Budiey memuji dengan cara props, make up dan juga set up lokasi filem iui yang nampak seperti keadaan sebenar di zaman 1960-an. Menurut Jack Neo, bukan senang untuk merealisasikan set di zaman itu kerana beliau mengambil masa lebih 2 tahun untuk mengkajinya. Ini adalah cabaran terbesar untuk produksi mencipta semula alam sekitar dan suasana era di zaman itu.

“Bukan sahaja kita perlu menjaga pelakon dan pakaian mereka, bahasa yang mereka guna juga amat penting. Pada zaman dahulu, Hokkien dan Teochew yang mereka guna memang beza daripada sekarang. Cara mereka membentuk ayat dan loghat juga berbeza.”

Filem ini turut menyelitkan bagaimana masyarakat Cina Singapura pada masa tersebut masih berpegang kuat dengan pantang larang serta kepercayaan nenek moyang mereka. Itu yang cuba direalisasi oleh Jack Neo dalam filem ini. Jadi, pada korang yang suka pada filem yang bergenre kekeluargaan serta patriotisme ni boleh tonton filem ni dipawagam mulai 31.03.2016.

Tak sabar nak tengok LONG LONG TIME AGO 2. Khabarnya, akan berada di pawagam tak lama lagi. Tunggguuuuu…

12828555_1677867812472723_8623292342161077578_o

12744211_1673148962944608_5209753492067637581_n

5793_1673148966277941_8964189082679364709_n

12745896_1671756986417139_2204342063703131780_n

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

La Reserve Paris Mengimbau Dunia Klasik Bangsawan Perancis

Konsert Ulangtahun ke-20 Sheila On 7 di StarXpo Hall Malam Ini