in ,

Ada Sebab Korang Wajib Menonton Filem DEEPWATER HORIZON

Budiey nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada GSC Movies yang memberi kesempatan dan peluang kepada Budiey untuk menonton filem DEEPWATER HORIZON beberapa minggu lebih awal dari tayangan di pawagam di sebuah tayangan eksklusif baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, Budiey juga turut diberi peluang untuk menjalani satu latihan yang mengajar Budiey tentang cara untuk menyelamat dan menghadapi saat-saat cemas semasa berada di pelantar minyak. Sesuai sangat dengan filem ni. Satu pengalaman yang takkan dilupakan.

Deepwater Horizon Training Day

Ulasan Filem DEEPWATER HORIZON

[dropcap]S[/dropcap]ejujurnya, selepas sessi menonton, bagi saya, DEEPWATER HORIZON diadun dengan begitu baik dan berjaya memberikan visual yang jelas. Ini kerana saya rasa lebih stress melihat gambaran kejadian berlaku di depan mata dan nilai ‘human’ serta suspen itu juga tampil dengan ramuan yang lengkap untuk ditonton berbanding dengan filem bergenre bencana alam atau malapetaka yang lain.

Tidak dinafikan, lokasi filem ini cukup unik kerana ia melibatkan lokasi pelantar minyak.

DEEPWATER HORIZON

Terus terang saya katakan, sebelum ini, saya tidak pernah mendengar kisah benar ini samada membacanya di akhbar atau internet. Jadi, semasa menonton filem ini. Memang saya kosongkan minda dan menelan setiap detik tragis yang berlaku. Segala suspen dalam DEEPWATER HORIZON memang menjadi dan membuatkan saya tidak mahu angkat punggung sehingga tamat cerita.

Secara mudah bagi Budiey untuk mengatakan bahawa Mark Wahlberg melaksanakan tugas dengan sempurna menghidupkan watak kisah benar mengenai krew pelantar minyak musnah dijilat api dalam filem Deepwater Horizon.

Bagi Budiey watak Mike Williams itu cukup realistik. Walaupun tidak banyak aksi lari kejar mengejar, tempak menembak dan sebagainya dalam filem ini, tapi setiap lontaran dialog dan pembawaan cukup hebat. Sekurang-kurangnya Mark telah memberikan yang terbaik untuk filem ini. Kekaguman Budiey terhadap Mark Wahlberg pula sudah tentu kerana multi-characternya. Dia boleh bawa apa sahaja watak. Itu sudah pun terbukti.

DEEPWATER HORIZON

Mark Wahlberg selami watak Mike Williams yang mana ia bukan hero gagah dan kebal yang maha hebat seperti dalam filem aksi sebelum ini. Tapi kali ini, Mark Wahlberg ada karisma tersendiri. Beliau tidak menggunakan sangat kegagahannya di layar DEEPWATER HORIZON sebaliknya watak yang dipegang cukup beremosi tapi rileks dan pastinya dia seorang yang cool.

[pullquote align=“left”]Nak kata Mark Wahlberg bersinar dalam filem DEEPWATER HORIZON ni tak la jugak tapi korang akan nilai sendiri lakonan beliau dengan filem aksi sebelum ini.[/pullquote]

Ianya sangat bersahaja. Satu keputusan yang bijak dibuat oleh beliau untuk turut sama menjadi hero dalam filem ni.

Tumpuan utama Budiey sebenarnya adalah kepada babak di saat tragis yang tercetus di dasar laut tu kerana semuanya sudah dapat dijangkakan selain dari detik pertemuan manis bersama keluarga mereka selepas mereka diselamatkan.

Bagi Budiey, DEEPWATER HORIZON adalah sebuah filem tragis yang mengutarakan tentang tema ‘human’ yang lebih berani. Pelakon-pelakon yang penuh emosi dan realistik membuatkan filem ini wajar untuk ditonton.

DEEPWATER HORIZON

Plot filem ni sangat simple je. Mark Wahlberg memegang watak sebagai Mike Williams, seorang jurutera yang sanggup meninggalkan isterinya (dipegang oleh Kate Hudson) dan anak perempuannya di rumah. Semuanya ditinggalkan seketika demi menjalani tugas di pelantar minyak di Teluk Mexico. Berada di pelantar minyak bukan sesuatu yang mudah. Nampak je mudah tapi tugas yang digalas cukup besar. Semua krew ada peranan tersendiri.

Risikonya ada di mana-mana. Budiey terasa akan ketegangan yang dialami oleh watak Mike Williams apabila dia terpaksa berhadapan dengan seniornya bernama Kurt Russell yang bertelagah sama sendiri di mana ada krew bertegas juga untuk meneruskan operasi penggerudian walaupun ada kebimbangan tentang isu keselamatan. Paling tidak mereka sepatutnya meneliti dengan secara terperinci tentang peralatan yang rosak.

DEEPWATER HORIZON

DEEPWATER HORIZON bermula dengan agak perlahan untuk mengembangkan jalan cerita namun setelah habis 20 minit pertama penonton akan rasa tekanan yang dialami oleh pembawa watak dalam filem ini. Sesungguhnya, filem ini menceritakan kepada kita tentang detik cemas berlaku ketika mana kejadian pelancar minyak ini musnah. Ianya tidaklah klise, kerana garapan detik cemas itu datangnya satu persatu dan ianya tidak terganggu dengan babak-babak lain yang tidak perlu. Dengan dialog yang rapi, kemas dan agak tegang, jiwa dan karakter dalam filem ini berjaya membuatkan kita terasa berada situasi mereka.

[pullquote align=”right”]Dari segi sinematografi dan visual pula, Budiey sangat kagum dengan ketepatan dan gambaran kemusnahan yang cukup spektakular dan juga gaya suntingan yang sangat kemas. Nak puas kena tengok di layar lebar la kan.[/pullquote]

Walaupun nampak tidak terperinci tapi Budiey merasakan kesan visual itu dapat dirasai dan dihadam oleh minda kita. Untuk filem ini, kita dapat lihat CGI digunakan dan ada bahagiannya cukup realistik di mata saya.

Saya tabik spring dan respek dengan penerbitan filem ini kerana ia cukup berani dan melontarkan sindiran kepada syarikat-syarikat yang terlibat dengan pelantar minyak. Mereka disifatkan cuai kerana tidak mengikut procedure dan tidak teliti dalam setiap tindakan sehingga menghilangkan nyawa.

Tidak lupa juga pujian harus diberikan kepada jurusolek untuk filem ini yang bijak memberikan yang terbaik bagi menunjukkan luka-luka yang cukup real.

Kepada yang seriau, bolehlah cuba tengok filem ni. Ada babak yang pasti membuatkan anda rasa sakit seperti mana watak yang ada dalam filem ini.

Bagi Saya DEEPWATER HORIZON adalah sebuah filem yang terlalu sempurna kerana ia senang difahami. Idea supaya kisah DEEPWATER HORIZON ini disampaikan secara lancar tanpa ada flashback. Perkembangan dari plot ke plot juga membuatkan penonton tak senang duduk kerana perasaan itu sampai pada penonton. Filem ini berjaya menyuntik jiwa yang penuh emosi dan dramatik.

Dipertengahan cerita, Budiey cuba menyakinkan pelantar minyak ini akan berjaya diselamatkan namun, apa yang termaktub dalam sejarah, kita dapat saksikan di penghujung cerita.

DEEPWATER HORIZON

Akhir kata, filem ini adalah sebuah filem bencara yang cukup melelahkan kerana sarat dengan babak cemas di 45 minit terakhir dan ia memberi amaran yang cukup kuat kepada bencara yang bakal berlaku jika kita tidak berhati-hati. Yang penting, filem ini adalah satu penghormatan kepada hero yang berani menyelamatkan nyawa di tempat kejadian.

Susah jugak saya nak cakap pasal Deepwater Horizon ni. Tidak banyak filem yang berlokasikan pelantar minyak dan DEEPWATER HORIZON berjaya memberikan pengalaman baru kepada penonton tentang misi menyelamat sebenar. Korang patut menonton sendiri di pawagam mulai 29 September 2016 ini.

This is one of the best disaster movie ever made. Jadi, Budiey kasi 4/5 bintang untuk filem ni. Jom pergi la menonton.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Merchandise Filem MISS PEREGRINE’S HOME FOR PECULIAR CHILDREN

Ada Sebab Angelina Jolie Blocked Panggilan & Mesej dari Brad Pitt