in , ,

Ulasan Filem ARRIVAL Pendapat Penonton di Premiere With Budiey

Pada 5 Januari lalu, hari Khamis, Premiere With Budiey telah mengajak Budieyators menonton sebuah filem sci-fi berjudul ARRIVAL. Terima kasih kepada semua yang hadir. Jom kita baca ulasan dari penonton.

Khairil Kamarudin

FILEM INI BUKAN UNTUK SEMUA

Ini dia ulasan saya tentang filem ARRIVAL Saya beri 4/5 untuk filem ini

Beberapa biji kopi gergasi didapati terapung-apung di beberapa buah lokasi di serata dunia..haha gurau.

Beberapa buah objek gergasi yang misteri dipercayai kapal angkasa makhluk asing muncul secara tiba-tiba di 12 lokasi berbeza di serata dunia. Salah satu tempatnya di Amerika (biasalah ni). Seluruh dunia menjadi panik dan tertanya-tanya. Siapa mereka, apa tujuan mereka datang, adakah ini rombongan meminang? Jika benar, siapa bakal pengantin lelaki? Banyak persoalan timbul.
Seorang Ahli/Pakar Bahasa lakonan Amy Adam (Man of Steel) dengan bantuan seorang Ahli/Pakar Sains lakonan Jeremy Renner (The Avengers) diminta oleh kerajaan dan tentera amerika yang diketuai oleh Forest Whitaker (Rogue One) untuk berkomunikasi dengan Alien yang mereka gelar Heptapod bagi mengetahui matlamat sebenar Hepatapod itu datang ke bumi walaupun bumi tak pernah mengadakan jemputan Tahun Melawat Bumi.

Yang saya suka

Jika filem Rogue One mengingatkan saya mengapa saya suka filem Sci-fi, filem ini mengesahkan lagi fakta bahawa saya memang gemarkan filem genre Fiksyen Sains. Filem ini adalah filem yang minta penontonnya berfikir dan saya pasti anda keluar panggung dengan pelbagai persoalan dan tanda tanya. Sebuah filem yang banyak mengajar dan saya suka filem yang memberi kita input atau ilmu tak kiralah ilmu yang ringan atau berat. Filem ini fokus pada kesungguhan seorang pakar bahasa yang mahu berkomunikasi sebaik mungkin dengan alien dan dia juga tak mahu kesilapan kecil seperti silap faham bahasa itu mengakibatkan peperangan besar yang tak perlu.

Persembahan lakonan yang mantap dari pelakon-pelakon yang memang dah banyak pengalaman dengan filem berkaitan alien. Penyampaian cerita yang unik serta menarik. Mesej kemanusiaan yang disampaikan juga bagus. Jika filem District 9 cerita tentang alien yang ada sifat kemanusiaan lebih dari seorang manusia, cerita ini pula menunjukan bagaimana alien menyatukan umat manusia.

Yang saya tak suka

Seperti tajuk post ini, saya tekankan sekali lagi filem ini memang bukan untuk semua. Filem ini dipersembahkan dengan tempo perlahan dan sarat dengan pelbagai informasi. Saya kira filem ini sengaja berbuat begitu untuk memberi masa penonton menikmati dan memahami apa yang cuba disampaikan. Penyampaiannya juga bukan dengan cara tipikal seperti kita biasa lihat.

Kebiasaaannya cerita disampaikan secara linear, ada permulaan dan pengakhiran tetapi filem ini tidak begitu. Ada penonton yang tidak suka filem yang rumit begini tetapi tak kurang juga yang gemar filem sebegini.

Jangan masuk panggung dengan mengharapkan sebuah filem tipikal perang antara alien menentang manusia seperti Independant Day kerana anda akan kecewa. Filem ini menunjukan apa yang perlu dibuat untuk halang perang sebegitu berlaku. Bagi penggemar filem genre sebegini pasti terhibur merungkai misteri berkaitan teori masa yang diselitkan dalam filem ini.

“Jika anda mampu melihat masa depan, adakah anda akan berusaha untuk mengubahnya?”

Layari: www.budiey.com Terima Kasih Budiey Isma #PremiereWithBudiey #ArrivalMY #BudieyDotCom

Dzeng

ARRIVAL

Mengisahkan sotong kurita yang menyerang dunia dengan dakwat hitam.

Just kidding.

ARRIVAL – A Review

Sebelum mula menulis apa-apa, di sini saya perlu beri sedikit peringatan dan disclaimer.

Peringatan bahawa filem ini akan lebih dihargai oleh peminat-peminat science fiction yang berat dan memerlukan tahap penelitian dan minat tentang alam luar atau extra-terrestrial , seperti filem Space Odyssey, inter staler dan Prometheus atau karya-karya filem dari Stanley Kubric atau M. Night Shayamalan, tetapi citarasanya lebih kepada filem Contact lakonan Jodie Foster.

Disclaimer kerana, saya bukanlah peminat filem science fiction, jadi pandangan saya mungkin tidak penting.

Ia, ia mirip sekali filem Contact tapi jauh lebih perlahan, sangat perlahan. Jika anda seorang yang merasakan filem aksi seperti Fast and Furious atau filem Avenger dan X-men dari Marvel dan DC comics sebagai filem yang patut menang filem terbaik, maka anda perlu menjauhkan diri dari filem ini.

Tetapi filem ini bukanlah sebuah filem mengenai makhluk asing yang terbaik berbanding filem-filem sebelum ini, namun Lakonan Amy Adams sebagai Dr Bank seorang Pakar Bahasa dengan suara narration bisikan-bisikan nya layak untuk mendapat pujian.

Filem suspen science fiction arahan Denis Villenueve tidaklah begitu seram sebenarnya, tetapi di seramkan dengan bunyi-bunyi yang saya rasa tidak perlu menjadikannya semacam menonton cerita hantu. Ia mengisahkan bagaimana rakyat dunia bertindak balas dengan kedatangan makhluk asing dibeberapa pelosok dunia. Dua orang pakar dalam bidang linguistic dan sains dipilih untuk berkomunikasi dengan makhluk ini untuk mengetahui apa yang makhluk ini perlukan.

Banyak flashback dan flash forward (jika wujud perkataan ini) yang agak menarik sebenarnya yang setiap satu darinya adalah sisipan kecil untuk puzzle yang lebih besar. Terlalu banyak interaksi seperti ini di sepanjang filem, menyebabkan kita tertanya kenapa dan mengapa semua itu diperlukan, kerana jawapan untuk kesemuanya hanya berlaku dalam 10 minit yang terakhir.

Untuk seorang yang suka berfikir, sepanjang 1 jam setengah, kita masih lagi berfikir dan berfikir dan cuba untuk mengodam apa yang sebenarnya cuba disampaikan. Sehingga pening kepala.

Tapi jangan khuatir, pengakhirannya filem ini memberi solusi kepada setiap persoalan jadi tidak perlu lagi mentelaah filem setelah ia tamat. Kita akan bertemu dengan “ohhh, macam tu ke” tanpa perlu menghantuk kepala ke dinding untuk mencapai makrifat dan menaakul apa yang akan berlaku seterusnya bila filem ini tamat.

Jadi sebagai sorang yang tidak sangat meminati filem science fiction seperti ini, saya perlu memuji graphics dan CGi nya yang bersahaja dan nampak nyata.

Saya juga memuji keberanian penulis cerita dan pengarah filem ini yang jujur mengatakan kuasa besar dunia adalah China dan bukan lagi Amerika.

Dan selari dengan theory Clash of cCvilization oleh Samuel Huntington negara-negara Islam seperti Pakistan dan Sudan disebut berkali-kali, tanpa ada rujukan kepada kuasa-kuasa besar sedia ada seperti germany dan perancis dan sebagainya, namun Amerika dan rakyatnya tetap dan wajib menjadi hero penyelamat dunia.

Untuk itu, saya memberi 3.5 bintang sahaja untuk filem ini, kerana saya rasa sudah ada filem seperti ini sebelum dan pergerakannya yang perlahan, terlalu perlahan walaupun untuk seorang yang begitu penyabar seperti saya.

(orang sebelah saya kiri dan kanan tidor, orang di depan saya siap berdengkur- but its not that bad you know, mungkin ini bukan filem yang mereka minati)

Sekian.

Terima kasih kepada abe Budiey Isma dari www.budiey.com untuk tiket bagi menonton premier filem ini.

Muahs muahs

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fattah Amin Nafi Tamak

Al-Manna Lancar Single Terbaru Berjudul JALAN