in , ,

Ulasan Drama Bersiri NAFSU di Viu, Debaran Hingga Ke Episod Finale

Drama bersiri “Nafsu” yang ditayangkan di Viu Malaysia kini telah mencapai 7 episod secara dalam talian, dengan hanya satu episod sahaja lagi yang berbaki sebelum penamatnya.

Berdasarkan perkembangan terkini, Budiey dengan berani menyatakan bahawa siri ini sememangnya berbaloi untuk ditonton dan memberikan pulangan yang setimpal dengan masa dan wang anda.

Episod 5 hingga 7 adalah detik-detik yang paling mengujakan dalam siri ini. Setiap episod membawa momentum yang tinggi, membuatkan penonton ternganga di setiap penghujung episod. Jalan cerita semakin kompleks dan penuh dengan cabaran, dengan taruhan yang semakin meningkat hingga episod 7.

Viu Malaysia Lancarkan Siri Supernatural Thriller Terbaharu Viu Original Nafsu

Dalam rangkaian episod ini, penonton akan mendapat lebih banyak butiran mengenai motif dan latar belakang watak Gusti, yang semakin menguatkan agenda dan motivasi watak-watak utama.

Taruhan yang diletakkan dalam episod 6 dan 7 benar-benar membuatkan penonton tidak senang duduk menantikan episod akhir. Nilai produksi dan skor muzik juga semakin meningkat, mencapai satu standard sinematik yang tinggi dan setanding dengan produksi OTT antarabangsa.

Dengan episod terakhir yang akan ditayangkan pada 25 Julai ini secara eksklusif di Viu, “Nafsu” dijangka memberikan penamat yang mendebarkan dan memuaskan.

Drama ini telah membuktikan dirinya sebagai salah satu siri terbaik yang wajib ditonton. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kemuncaknya dan saksikan sendiri mengapa siri ini mendapat pengiktirafan sebagai yang terbaik!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aisyah Hijanah & Alif Teega Kongsi Semasa dalam Tahanan SPRM

Koleksi Merdeka 2024 PROSPEC KPM X FAZURA Dilancarkan YB Fadhlina