in

Ulasan Battle 2 di Konsert 3 JUARA

Konsert Battle 2, 3 Juara telah berlangsung pada Ahad, 20 November lepas secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Rata-rata peserta 3 Juara telah mendapat pujian dan ada juga yang tidak mencapai ekspetasi para juri profesional.

Menurut produser Rock, Edrie Hashim, “Rata-rata peserta hari ini seperti hilang fokus kerana mereka sebenarnya jauh lebih baik daripada apa yang mereka persembahkan pada konsert hari ini. Saya tidak pasti sama ada mereka tertekan dengan lagu-lagu yang diberi atau sebaliknya. Namun, sebenarnya adalah lebih elok jika mereka diberi lagu-lagu yang mereka tidak tahu, kerana kita mahu mereka membuat kerja rumah dan ‘menggali’ intipati lagu yang diberi.

Persembahan Azumi bertambah baik berbanding minggu lepas

Sebagai contoh, Kudien dan Indra yang diberi lagu Gemala Sakti, nyanyian asal Awie. Awie sendiri mengaku bahawa ia adalah sukar untuk menyanyikan lagu itu kerana penyanyi itu perlukan jiwa ‘Blues’ untuk menyanyikan lagu itu dengan baik. Kudien dan Indra telah lakukan satu persembahan yang berkualiti pada malam ini walaupun mereka sebenarnya terkejut dengan lagu seperti itu.”

Memaparkan gabungan lagu-lagu lama dan kontemporari, setiap pasangan yang telah berentap pada malam itu telah mendapat mata (markah) untuk mereka kumpul sehingga minggu penyingkiran kelak.

Markah yang diperolehi para peserta pada malam itu adalah seperti berikut:

Peserta Genre Nama Lagu Mata Terkumpul
AZIZUL lawan NURA IRAMA MALAYSIA PUNCAK GAPURA 2:1
EVA MARIA lawan ARILL ROCK AURORA 0:3
SALMA lawan AZUMI BALADA SENJA NAN MERAH 1:2
RAHMAN lawan ZAYANI IRAMA MALAYSIA BERGENDING DANG GONG 3:0
ARUL lawan AYIEN ROCK TIME IS RUNNING OUT 2:1
AQEEM lawan APPRIL BALADA TETAP DALAM JIWA 3:0
TYKA lawan HAZRA IRAMA MALAYSIA SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU 1:2
KUDIEN lawan INDRA ROCK GEMALA SAKTIKU 3:0
HADY lawan EEZA BALADA DARI KEKASIH KEPADA KEKASIH 1:2

Selesai dengan persembahan kesemua peserta, ketiga-tiga pengacara 3 Juara, Ammar, Issey, dan Mira Filzah mendedahkan giliran persembahan peserta di Konsert Battle 3 yang bakal berlangsung pada hari Ahad ini. Konsert Battle 2, 3 Juara malam itu diakhiri dengan persembahan lagu ‘Jangan Bilang Siapa Siapa’ oleh Shiha Zikir dan DeMeisis.

Giliran persembahan peserta Konsert Battle 2, 3 Juara yang bakal berlangsung pada 27 November nanti adalah seperti berikut:

BALADA ROCK IRAMA MALAYSIA
Salma VS Eeza Kudien VS Arill Nura VS Tyka
Aqeem VS Azumi Eva Maria VS Ayien Hazra VS Zayani
Hady VS Appril Arul VS Indra Rahman VS Azizul

Program 3 Juara ini merupakan sebuah program realiti nyanyian yang mempertaruhkan tiga kategori (genre) muzik iaitu Rock, Balada, dan Irama Malaysia. Setiap kategori itu diwakili oleh seorang produser ternama tanah air, Pak Ngah (Irama Malaysia), Edrie Hasim (Rock), dan Ajai (Balada). Tujuan utama rancangan ini diperkenalkan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baharu sebagai pelapis kategori-kategori yang dipertandingkan serta mengangkat martabat kategori-kategori kegemaran rakyat Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Persembahan mereka setiap minggu akan dinilai oleh penonton di rumah dan studio, juri tetap dan produser genre mereka. Para penonton boleh mengundi peserta kegemaran mereka secara atas talian di laman web www.tv3.com.my/3juara/undian ketika peserta kegemaran mereka membuat persembahan secara langsung.

Penonton, juri tetap dan produser diberikan kuasa untuk memberi 1 markah bagi setiap persembahan peserta, dan para peserta berkemungkinan akan mendapat dua atau tiga mata (2-1 atau 3-0) untuk pusingan malam ini. Pengumpulan mata ini akan berterusan tanpa penyingkiran selama 5 minggu sebelum Konsert Separuh Akhir 3 Juara.

3 Juara ditaja bersama oleh Ribena dan diterajui oleh penerbit eksekutif, Muhamad Sufian Che Isa ini turut memperkenalkan tiga ikon sebagai juri tetap iaitu Noraniza Idris (Irama Malaysia), Awie (Rock), dan Dato’ Rossa (Balada).

Ammar, Mira, dan Issey mengacarakan 3 Juara

Appril dan Aqeem berjaya menambat hati juri dengan lagu Tetap Dalam Jiwa

Arill memenangi 3-0 lawan eva maria

Awie sebagai juri tetap genre Rock

Ayien dan Arul menjiwai lagu Time is Running Out

Dato Rossa sebagai juri tetap genre Balada

Hady dan Eeza membuat persembahan terakhir dengan jayanya

Hazra dan Tyka berjaya membangkitkan mood dalam lagu Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu

Kudien dan Indra menerapkan irama Blues dalam Rock

Noraniza Idris sebagai juri tetap genre Irama Malaysia

Nura dan Azizul membuka tirai konsert battle 2

Shiha Zikir dan Demeisis menutup tirai konsert battle 2

Zayani dan Rahman dikatakan hilang fokus

Ikuti juga setiap latihan dan persediaan para peserta 3 Juara di belakang tabir dalam Nota 3 Juara setiap hari Ahad, pada jam 6 petang. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/3juara dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Pass Eksklusif Jumpa Lee Kwang Soo di RUNNING MAN CHALLENGE

Konsert Kemuncak Akhir Ceria I-Star Tampil Kejutan