Pada 23 Oktober 2007 lalu, satu majlis pra tonton filem 9 September untuk media telah diadakan di TGV, The Mines Seri Kembangan. Metrowealth Sdn Bhd selaku penganjur juga telah sudi menjemput 20 orang pembaca dari blog Sensasi Selebriti. Terima kasih banyak atas jemputan. Budiey menerima banyak sekali email daripada pembaca namun saya amat kesal dan terkilan kerana ramai yang menghantar email tetapi tidak benar-benar ingin menghadirkan diri walaupun setelah saya hubungi mereka dan nama mereka ditapis. Diharap anda semua membaca betul-betul sebarang pemberitahuan yang ditulis di lain masa.
Hanya 5 orang pembaca sahaja yang saya temui iaitu Sheeda dan kawannya yang datang jauh dari Seremban Negeri Sembilan, Faisal Mustaffa, Ajibb dan kawannya. Kepada yang hadir, terima kasih banyak. Selebihnya.. mana pergi yang lain. Budiey harap sangat-sangat jangan ada yang buat begini untuk Gathering Filem 9 September di GSC, Berjaya Times Square pada 3 November nanti. Pastikan anda benar-benar ingin hadir, barulah melayangkan email kepada saya. Sekiranya ada sebarang pembatalan, sila hubungi Budiey secepat mungkin.
Ulasan 9 September
Setelah menonton filem 9 September, hati saya berkata…“Mmm… not bad jugaklah cerita Pierre Andre nih”. Pada saya, filem 9 September menjanjikan sebuah komedi romantik yang segar nukilan bakat muda yang juga mengarah filem ini. 9 september karya kedua selepas filem Jangan Pandang Belakang dan arahan pertama pengarah muda iaitu, Pierre Andre yang diberikan kepercayaan oleh David Teo dalam menghasilkan filem keluaran ke 22 bagi Metrowealth Pictures ini.
Suka saya menyentuh sedikit tentang lakonan Pierre Andre, saya rasa ada sedikit perbezaan dengan watak yang dilakonkan oleh Pierre Andre dalam Jangan Pandang Belakang, drama bersiri Gol & Gincu dan drama Dunia Baru. Membawa peran sebagai yang lurus bendul, serba naif, pendiam, kadangkala bodoh dan sering dibuli sebenarnya bukannya watak yang susah dan kurang mencabar bagi Pierre. Mungkin Pierre perlu membawa watak sebagai penjahat atau antagonis bagi membukti bahawa dia benar-benar serba boleh dalam bidang lakonan, bukan kemunculannya di pentas seni adalah hasil dari kepopularan ibunya.
Antara babak yang saya suka ialah ketika Nia (Fasha Sandha) dan Kogi (Pierre Andre) terdampar di sebuah pulau dan ketika permulaan cerita di mana Nia (Fasha Sandha) kecewa kerana ditinggalkan kekasih lalu menyerang Kogi di rumahnya. Jadilah Kogi sebagai mangsa keadaan.
Jalan cerita dan plot 9 September tampil dengan idea yang lebih segar dan baru untuk industri sinema. Tetapi mungkin wujud hitam putihnya apabila sebuah romantik komedi akan menjadi genre romantik komedi yang menyayat hati. Itu satu kebarangkalian. Adunan antara komedi, percintaan romantis dan mungkin akan ada peristiwa pahit di penghujungnya. Dalam babak-babak terakhir anda akan menemui satu peristiwa yang begitu memilukan akan berlaku. Babak ‘sadis’ itu cukup memberi impak, kesan mendalam dan menyentuh perasaan saya, apatah lagi dengan ayat-ayat puitis penuh harapan yang ditinggalkan oleh Kogi kepada Nia. Ingin tahu apakah ayat power yang diberikan oleh Kogi dan penamat cerita ini, anda perlu menonton filem ini di pawagam.
Rating Sensasi Selebriti: 3.5/5
Pengarahan Pierre Andre
Meraih kejayaan cemerlang melalui skrip Jangan Pandang Belakang dalam usia 21 tahun, Pierre Andre mengukir nama sebagai pengarah filem cereka paling muda di Malaysia. Saya percaya dengan bakat yang ada pada Pierre Andre dan pastinya selepas ini akan ada banyak lagi idea bernas yang akan dilakukan oleh beliau. Mungkin ramai yang tidak percaya dengan apa yang dilakukan oleh Pierre Andre dalam usia muda begini sudah boleh mengarah dan menulis skrip. Ianya bukan satu percaturan oleh David Teo malah, ianya hanya untuk menyediakan pelapis pengarah muda di Malaysia yang agak ketandusan dekad ini.
Dilahirkan dengan bajet RM1.5 juta teramasuk kos pengedaran dan promosi, 9 September telah menjalani pengambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pangkor, Perak. 9 September menghidangkan sinematografi yang memukau dengan keindahan pulau dan ibu kota Kuala Lumpur.
Pierre bergandingain dengan Fasha Sandha memantapkan jalan cerita bersama dengan pelakon pembantu yang lain, antaranya Fahrin Ahmad, Shamsul Ghau Ghau, Kaza, Zami Ismail, Osman kering dan ramai lagi. Dalam filem ini, ada babak panas di mana Fasha Sandha dan Pierre Andre terpaksa melakukan adegan cium mulut tetapi bukan cium betul-betul. Guna kamera trick sahaja. Jangan percaya sangat ya. Tengok boleh, percaya jangan.
9 September akan menemui penonton bermula 1 November.
Untuk pengetahuan korang. ketika ini, Pierre Andre sekali lagi diberi peluang untuk menyiapkan filem kedua yang juga bergenre romantik komedi berjudul I’m Not Single yang kini di peringkat pasca produksi. Filem ke 23 MIG, BS21 Brainscan sebuah filem sains fiksyen komedi juga telah tamat menjalani pengambaran, Begitu juga dengan filem Congkak yang bakal menjengah pawagam awal tahun hadapan.
[tags]filem 9 september, gambar fasha sandha mandi, fasha sandha pierre andre bercium, kiss fasha sandha pierre andre, watak kogi, watak nia, gambar pierre andre[/tags]