Menerusi laman sosial Instagram, Andika memuat naik sebuah video permohonan maaf tersebut untuk tatapan umum.
“Dika minta maaf dengan seikhlas hati dan harapkan korang semua boleh maafkan Dika di mana apa yang Dika cakap tu banyak misleading yang boleh menyebabkan perbalahan.
“So Dika janji pada diri Dika di mana insya-Allah Dika akan improve diri Dika, baiki diri Dika sebelum any posting, dengan cara penyampaian Dika, Dika akan improve.
“Dan thank you sangat-sangat untuk siapa yang komen positif, negatif, Dika always reply positif. Dika tak marah sesiapa pun. Terima kasih sangat, dekat situlah Dika belajar so insya-Allah Dika akan improve,†ujarnya menerusi video berdurasi kurang satu minit itu.
Pada Jumaat, sebuah video ahli perniagaan itu memberikan pendapatnya terhadap isu curang seorang selebriti yang menimbulkan kemarahan wargamaya apabila dia menyatakan seseorang itu berkelakuan tidak baik kerana izin Allah.
Menerusi video berdurasi dua minit yang tular, Andika menyebut selebriti tersebut curang dan pergi ke rumah perempuan tersebut dengan izin Allah. Kelakuan curang tersebut berlaku kerana Allah menggerakkan diri selebriti itu dan orang lain tidak patut menilai kelakuan negatif tersebut.
Perkara ini turut mendapat perhatian Pejabat Mutfi Wilayah Persekutuan di mana mereka akan melihat perkara tersebut dengan lebih mendalam.
“Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan meneliti isu terbaru yang melibatkan seorang ‘influencer’ di mana beliau menyebut tentang seseorang curang dengan izin Allah dan sebagainya.
“Kami akan mengambil inisiatif untuk menjawab isu ini dengan lebih tuntas dalam masa yang terdekat,†tulis pihak pengurusan Pejabat Mutfi menerusi satu ciapan.
Sehingga kini, permohonan maaf Andika telah menerima hampir 88,000 tontonan dan 1,300 komen daripada wargamaya.