in

Ukir Mesej Untuk Ayah di Coklat Cadbury

[dropcap]D[/dropcap]alam zaman di mana kata-kata tenggelam dalam arus media baru, jenama coklat Malaysia nombor satu, Cadbury Dairy Milk, telah mencipta satu cara baru yang unik untuk rakyat Malaysia menyatakan isi hati mereka kepada yang tersayang – melalui coklat.

Mendahului dunia, inisiatif ini yang dimulakan di Malaysia pada pertama kalinya, mendalami isi hati para pengguna bahawa kegembiraan boleh datang daripada sesuatu yang sangat mudah seperti kata-kata. “Say It With Cadbury Dairy Milk” direka untuk memberikan para pengguna peluang untuk menyatakan isi hati mereka dalam cara yang unik – dengan mesej pilihan mereka diukir diatas coklat Cadbury Dairy Milk menggunakan sebuah mesin yang istimewa.

Ben looks happy as he discovers the secret message printed on the Cadbury Dairy Milk bar while Sofia holds Kyla.

[pullquote align=”right”]Servis mengukir mesej percuma “Say It With Cadbury Dairy Milk” untuk rakyat Malaysia sempena Hari Bapa 2013[/pullquote]

Pengarah Pemasaran Kraft Foods Malaysia, Ben Summons berkata, “Cadbury Dairy Milk ialah satu jenama yang mahu menggandakan kegembiraan dan sebagai pendahulu pasaran kami sentiasa bertanya kepada diri kami sendiri bagaimana kami boleh melakukannya. Mesej ikhlas yang diukir pada coklat kegemaran rakyat Malaysia adalah cara yang bagus untuk menyerlahkan kegembiraan.”

“Keringkasan and keajaiban idea ini telah benar-benar mencuri perhatian para pembeli. Kami ingin melakukan sesuatu yang boleh dijadikan kenangan manis rakyat Malaysia dan menyerlahkan kegembiraan mereka.” kata Toby Smart, Pengurus Jenama Kanan Cadbury Dairy Milk Malaysia.

Untuk personaliti TV, juru acara dan wartawan, Ben Ibrahim, inisiatif Cadbury Dairy Milk ini menyentuh hatinya secara peribadi. “Tahun lepas, saya meraikan Hari Bapa tanpa mengetahui yang saya sendiri akan menimang cahaya mata saya sendiri pada Hari Bapa seterusnya.” Kini, Ben merupakan seorang ayah pada pertama kalinya. Isterinya, Raja Zarith Sofia, telah mengukir mesej rahsia pada coklat Cadbury Dairy Milk chocolate bar. Ia berbunyi, “Kyla bertuah memilikimu sebagai ayahnya”.

“Saya sangat bangga terhadap Ben,” kata Sofia. “Ketika saya melahirkan anak kami yang pertama, Kyla, dia memberikan saya sokongan sepanjang masa. Dia sangat berani. Kami berjenaka bahawa bidan yang kami dapatkan itu sebenarnya untuk Ben dan bukannya saya kalau-kalau dia pengsan. Tetapi dia berjaya! Ia merupakan detik yang sangat istimewa yang tak dapat saya lupakan. Ada perkara yang tak boleh diungkapkan melalui SMS atau kad elektronik dan Ben merupakan seorang ayah yang baik. Jadi, untuk Hari Bapa ini, saya ingin meluahkan isi hati saya dengan cara yang unik supaya ianya tak dapat dilupakan. Oleh itu, saya ukirkan ucapan saya kepada Ben di atas coklat.“

Dengan penuh semangat kegembiraan, Kraft Foods Malaysia telah memilih untuk melancarkan “Say It With Cadbury Dairy Milk” for pada Hari Bapa. Bermula pada 1 Jun 2013, untuk tiga hari minggu berturut-turut, para pembeli boleh mengukir mesej pilihan mereka untuk ayah di lebih 30 kedai seluruh negara.

Bagaimana ia berfungsi

Sebuah mesin percetakkan lama dengan hruf-huruf yang boleh digerakkan diinovasikan untuk mencetak mesej rahsia pada coklat tanpa membuka pembalut coklat.
Huruf-huruf disusun dengan cermat untuk membentuk perkataan.

1. Coklat Cadbury Dairy Milk diletakkan di posisi yang betul untuk ditekan secara manual.
2. Teknik percetakkan yang unik ini mampu mengukir mesej pada coklat sewaktu ia masih dalam pembalut. Mesej rahsia hanya akan dibongkar apabila pembalut di buka si penerima.

Video yang menunjukkan cara-cara mesej rahsia diukir terdapat pada laman Facebook Cadbury Dairy Milk: https://www.facebook.com/CadburyMalaysia.

Ben Ibrahim – Kehidupan dari kaca mata ayah
Ben merupakan seorang ayah buat pertama kalinya. Menjadi seorang ayah kepada Kyla bukan sahaja memberi suatu tujuan hidup kepada Ben tetapi juga memetrai suatu jalinan di mana beliau kini melihat kehidupan dari kaca mata ayahnya. Sepantas kilat, kenangan lama di antara Ben dan ayahnya timbul di fikiran. Setiap kali Ben memeluk Kyla ke dadanya, beliau teringat detik-detik apabila ayahnya mendodoi beliau dengan erat.

“Saya ingin menjadi ayah dan suami yang baik. Apabila Kyla dilahirkan, saya berkata kepada diri sendiri bahawa inilah masanya. Saya harus menjaga keluarga saya dengan sebaik mungkin bukan sahaja dari segi kewangan tetapi dari segi emosi juga. Saya tidak berkahwin semata-mata untuk kahwin atau mendapatkan anak. Dari mula, saya ingin menjadi seorang ayah dan suami.”

Untuk kebanyakkan ibu, menjaga seorang anak adalah sesuatu yang telah tersemai dalam naluri mereka. Tetapi untuk sesetengah ayah, mendokong seorang bayi boleh membuat mereka berasa gusar. Di sebalik perwatakan ayah yang tegas, terdapat bahagian yang lembut yang tidak selalu kita lihat. Seperti bapa-bapa baru yang lain, Ben juga melalui cabaran beliau tersendiri. “Ia merupakan pengalaman yang baru buat saya. Saya mungkin tidak tahu banyak perkara pada mulanya tetapi saya tekad untuk belajar. Sewaktu Kyla dilahirkan, saya telah berkata pada diri sendiri yang saya mahu lakukannya dengan tangan sendiri dan bukan melihat sahaja. Apabila anda menjadi seorang ayah, walau bagaimana susah sekalipun, anda akan tetap melakukannya. Anda akan melakukan perkara yang tidak anda ketahui boleh anda lakukan”.

Hari Bapa juga telah menyingkap memori sewaktu kecil yang lain. “Saya masih ingat ketika ayah bermain bola sepak dengan saya. Ayah seorang yang sibuk tetapi apabila bermain bola sepak bersama-sama, dia sangat bersungguh-sungguh. Saya ingat lagi apabila beliau melakukan aksi Kung Fu ketika ingin menjaringkan gol. Pada detik itulah saya melihat sifat ayah yang mencuit hati.” kata Ben sambil berkongsi bahawa beliau mengkagumi ayahnya sebagai seorang yang berprinsipal.

Apabila ditanya mesej apa yang akan Ben ukirkan pada coklat Cadbury Dairy Milk untuk Kyla apabila beliau lebih besar nanti, katanya, “Anakku, selalulah bekerja keras dan jadi lebih hebat dari kami. Dan jangan lupa budi bahasa”.

A secret message from Sofia to Ben is carefully prepared. A message that can only be conveyed in person without pseudo connections.

Ben Ibrahim discovers the secret message from Sofia

Sofia gazes at Ben as he gently holds Kyla. Sofia shares how Ben is Kyla's #1 fan.

Machine 22 -09

Machine 23 -13

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ashraf Muslim Tauke Beras Jenama Muslim

Yasmin Yusuff Joins The Lite Breakfast On Lite FM