in

Ujibakat Pencarian Watak Anak Gelandangan Telefilem SESEKALI

Uji bakat mencari dua pelakon kanak-kanak, lelaki dan perempuan yang bakal membintangi telefilem diberi tajuk ‘Sesekali’ menerima sambutan baik daripada orang ramai apabila lebih kurang 100 orang menghadiri sesi uji bakat tersebut.

Diadakan pada 9 Februari lalu di Angkasapuri, Kuala Lumpur, telefilem terbitan Unit Drama TV RTM (UDTV RTM) ini bakal diarahkan oleh Hisyamudin Ahmad yang pernah menghasilkan karya antaranya ‘Nisaa’, ‘Lalang’ dan ‘Hujan Manik’.

RTM nyata berbangga kerana berjaya menarik minat dan penyertaan kanak-kanak untuk mempamerkan bakat terpendam mereka dalam bidang lakonan. Jumlah penyertaan yang memberangsangkan juga memberi peluang kepada produksi UDTV RTM mencari yang terbaik dalam kalangan terbaik yang hadir.  

poster uji bakat

Hampir 100 Orang Hadir Uji bakat Pencarian Watak Anak Gelandangan Telefilem SESEKALI Terbitan Unit Drama TV RTM

Para peserta yang hadir telah disaring oleh pengarah telefilem ini sendiri, Hisyamudin Ahmad dalam usaha menentukan watak dan perwatakan yang sesuai untuk membintangi telefilem yang dijangka bakal menjalani penggambaran pada 19 hingga 30 April depan.

Pengarah Telefilem Sesekali… Hisyamudin Ahmad

“Kriteria untuk uji bakat tempoh hari lebih kepada pemilihan aktor kanak-kanak untuk karektor 6 hingga 9 tahun. Sesi uji bakat terbuka dibuat atas justifikasi pemilihan baka-bakat baru dan ketandusan pelakon kanak-kanak di Malaysia. Ia juga sebagai ruang untuk anak-anak ini membina keyakinan diri.”

– Hisyamudin

Katanya, pemilihan berdasarkan keperluan karekter dalam naskah ini diangkat untuk sisi gelap kanak-kanak gelandangan yang tidak mendapat perhatian pihak berwajib.

Pada masa sama mereka mempunyai potensi besar untuk diketengahkan dan memiliki tekstur muka dan perwatakan yang lebih selamba agar lebih mudah untuk proses pengarahan dijalankan.

Meskipun beranggapan karya sebegini pernah diangkat daripada sudut penceritaannya, namun untuk pembikinan ‘Sesekali’ ini sudut pandang kanak-kanak dijadikan teras utama penceritaannya.

Hisyamudin menambah apa yang dititik beratkan dalam setiap karyanya menekankan sisi lakon dan aspek pengarahan perlu lebih segar dan mengikut keperluan citarasa khalayak penonton.   

Telefilem ini bakal disiarkan sempena sambutan Hari Bapa bulan Jun depan di TV2.  

sebelum masuk ke bilik uji bakat

Sinopsis Telefilem ‘Sesekali’

Naskhah ini mengangkat tema kekeluargaan, WAHYUDI (7 tahun) dibesarkan oleh keluarga yang tersisih dari pembangunan ekonomi dan sosial. Ayahnya ADENG (36 tahun) terpaksa melakukan jenayah bagi mengubati penyakit anaknya akibat desakan hidup di Kuala Lumpur. Dalam masa yang sama kisah keluarga bapa tunggal diangkat sebagai teras kedua konflik penceritaan, AMRIN (38 tahun) yang membesarkan KEMBOJA (6 tahun) selepas kematian isterinya yang mengalami komplikasi kelahiran. Pertembungan konflik berlaku apabila ADENG secara tidak sengaja terlanggar KEMBOJA semasa melarikan dari buruan polis. AMRIN kehilangan Kemboja akibat kecuaian Adeng yang menyebabkan kematian Kemboja. Ia semakin rumit apabila Amrin mahu menuntut keadilan terhadap kematian Kemboja dan kasih anak yang dirampas sekelip mata menjadi teras utama naskhah ini.

Penggambaran : 19 – 30 April 2019

Lokasi : Cameron Highland dan Kuala Kubu Bahru

Siaran : TV2 (Hari Bapa) JUN

pelbagai gelagat semasa menunggu giliran uji bakat
menunggu giliran uji bakat
antara yang hadir uji bakat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zamani Lancar Single Terbaharu ADUH Ciptaan Faizal Tahir

DFKL Menghidupkan Hujung Minggu Dan Impian Belia