Selain itu, GUA TV turut mempunyai program terbitan sendiri seperti ‘Sana Sini GUA TV’, ‘Sembang Selebriti’ dan ‘Randomania’ yang dihoskan oleh ramai bakat baru. Antara nama-nama yang pernah menghiasi rancangan terbitan GUA sebagai hos termasuk Sari Yanti dan Sarah Lian.
“Ia satu pengalaman yang tidak akan saya lupa sampai bila-bila,” kongsi Sari Yanti yang mengendalikan segmen GUA di MHI selama dua tahun. Memang seronok dan Sari terharu menjadi sebahagian daripada sejarah GUA yang merupakan portal TV online pertama negara. Dan melihatnya berkembang sehingga hari ini, Sari berasa bangga.”
Meneruskan tradisi GUA TV mencungkil bakat-bakat muda dan baru, sekali lagi GUA TV menganjurkan pencarian Siapa Wajah GUA? Namun kali ini, yang dicari hanya bakat wanita sahaja.
Sekiranya anda berbakat mengacara, seorang yang kreatif dan memenuhi kriteria disenaraikan; anda dialu-alukan untuk menghantar penyertaan anda kepada GUA mulai 4hb Julai 2011 sehingga 22hb Julai 2011 nanti!
Kriteria:
1. Anda perlu berumur di antara 18 hingga 25 tahun.
2. Warganegara Malaysia.
3. Fasih berbahasa Malaysia. Kepetahan bertutur dalam Bahasa Inggeris satu bonus.
4. Berperwatakan periang, peramah dan suka kepada cabaran.
5. Selesa mata memandang.
6. Berpengetahuan luas tentang industri hiburan tempatan dan antarabangsa.
Cara penyertaan:
1. Anda perlu menghasilkan sebuah video pengenalan dengan cara yang kreatif. Kongsi dengan kami, antara lain, kisah anda, minat anda dan mengapa anda meminati bidang pengacaraan.
2. Rakaman video anda tidak melebihi dua minit.
3. Muat naik fail tersebut, sama ada dalam format avi, mpeg, flv, mp4, 3gp atau wmv di laman web www.gua.com.my
4. Tarikh tutup penyertaan 22 Julai.
5. Hanya 20 video terbaik – yang ditentukan pihak GUA – akan di pilih untuk undian umum. 10 penyertaan yang menerima undian tertinggi akan layak ke pusingan seterusnya, di mana mereka akan menjalani ‘screen test’ dengan panel juri.
6. Juri akan memilih 5 calon terbaik untuk mara ke pusingan cabaran.
7. Setiap cabaran akan dinilai oleh hakim jemputan yang akan memberikan markah kepada setiap peserta.
8. Selesainya kesemua cabaran, markah peserta akan dijumlahkan. Peserta yang mendapat markah tertinggi akan dinobatkan juara.
Ujibakat Siapa Wajah GUA? juga bakal diadakan di beberapa lokasi terpilih sepanjang bulan Julai 2011 ini antaranya:-
1. Karnival & Konsert Gig TV9
9hb – 10hb Julai 2011 | iCity Shah Alam | Masa: 4 petang – 11 malam
Tentang Alt Media
Diasaskan tahun 2007, Alt Media merupakan sebuah syarikat digital dan media baru yang ditubuhkan untuk menerajui pembangunan jenama Media Prima dalam arena ini. Bidang kemahiran Alt Media meliputi strategi landasan, penciptaan dan rekaan kandungan, serta pembangunan teknikal. Kemahiran-kemahiran ini terserlah dalam pembangunan dan pengurusan operasi dunia maya Media Prima khasnya, buat rangkaian TV dan radio yang sedia ada seperti TV3, NTV7, 8TV, TV9, Fly fm, Hot fm dan One fm. Alt Media juga bertanggungjawab ke atas penghasilan portal hiburan dan gaya hidup terunggul di Malaysia iaitu GUA.com.my serta portal muzik tersohor negara GUAMUZIK.com.my. Pada bulan Ogos 2010, Alt Media telah melancarkan Tonton, sebuah portal video pintar dan canggih dengan pemain video yang siap untuk paparan definisi tinggi (HD). Tonton juga membenarkan para pengguna untuk menyesuaikan sesi tontonan, memperibadikan senarai pilihan (playlists), menyusun kandungan video mengikut citarasa dan menampilkan pengalaman “TV Sosial” yang lengkap. Dalam usaha memberikan pengalaman yang menarik kepada para pengguna, Alt Media juga merancang untuk memperkenalkan lebih banyak kejutan baru di masa hadapan terdekat. Alt Media adalah anak syarikat yang dimiliki penuh oleh Media Prima Berhad, syarikat media integrasi terbesar Malaysia.
Facebook & Twitter: GUA MALAYSIA