in ,

Uji Rashid Tak Mampu Tinggal di Kondo, Berjaya Dapat Rumah PPR

Menurut laporan dari portal Harian Metro, penyanyi era 70-an, Uji Rashid mengakui dia sudah tidak kisah dan peduli dengan apa saja yang diperkatakan mengenai masalah dialaminya di laman sosial.

uji rashid

Uji berkata di laman sosial macam-macam boleh diperkatakan.

“Mereka boleh berkata apa saja. Saya tak kisah dan saya dah tak peduli dengan semua itu.

“Ada ke orang itu masa saya tak ada makan. Yang saya nak bagi makan anak saya.

“Orang cakap Uji Rashid, satu nama besar. Tapi, memanglah ada rasa malu, rasa aib tu memang ada bila saya memohon rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR),” katanya.

Menurut penyanyi lagu Semakin Hari Semakin Sayang dan Ku Ingin Selalu Disampingmu itu tindakan dilakukannya dek kerana dia berpijak di bumi nyata.

“Jika saya sekeluarga terus tinggal di kondo itu dengan bayaran sewa lebih RM1,000 sebulan, saya tidak mampu.

“Saya berpijak di bumi nyata. Jadi, kalau rumah PPR yang saya boleh mampu, kenapa tidak? Saya tak kisahlah orang nak cakap apa,” katanya.

Semalam, Uji lega apabila dia akhirnya menerima kunci pangsapuri PPR di Lembah Subang 2.

Terdahulu, kesempitan hidup dilalui Uji tular selepas Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkongsi status di FaceBook beliau mengenai pertemuan mereka.

Uji juga menolak dakwaan dia mengampu-ampu Noh untuk mendapat perhatian. Ujarnya, Noh tahu situasi sebenar.

Sejak minggu lalu, kisah Uji yang dikatakan diarah mengosongkan rumah di Taman Dagang, Ampang selepas gagal membayar sewa tular.

Uji berkata dia akan menghuni rumah PPR itu pada kadar sewa RM255 dengan bayaran penyelenggaraan RM50 setiap bulan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

OPPO & Dolby Laboratories Announce Global Strategic Intellectual Property Partnership

Wall to Wall Festival Transforms Benalla for Another Year