in

UEFA EURO 2012 Predictor Challenge

UEFA EURO 2012™ PREDICTOR CHALLENGE: ANDA PEMINAT TEGAR?
CASTROL MENAWARKAN PELUANG MEMENANGI BEKALAN MINYAK PERCUMA UNTUK 10 TAHUN

Castrol, pakar pelincir premium terunggul di dunia dan penaja kejohanan UEFA EURO 2012™ akan melancarkan Castrol Predictor Challenge di mana beberapa peminat tegar bola sepak bakal membawa pulang 10 tahun bekalan minyak Castrol Magnatec.

Sesuai dengan namanya Castrol Predictor Challenge, Castrol akan menguji pengetahuan warga Malaysia mengenai sukan bola sepak serta keupayaan mereka untuk meramalkan keputusan dengan betul sepanjang kejohanan UEFA EURO 2012™ yang bakal tiba. Castrol Predictor Challenge akan berlangsung dari 1hb Jun hingga 1hb Julai dan ianya bukan sahaja menawarkan warga Malaysia hadiah-hadiah mingguan yang menarik malah turut membuka ruang buat peminat tegar bola sepak untuk bermegah-megah dengan ilmu pengetahuan mereka. Para peminat bola sepak pastinya akan mengikuti segala perkembangan UEFA EURO 2012TM dengan bersungguh-sungguh.

Take part in Castrol's Predictor challenge and stand a chance to win a 10 year supply of free oil!

Mark Ng, Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia, Singapura dan Filipina berkata, “Kami berbangga kerana dapat melancarkan Castrol Predictor Challenge yang menyeronokkan lagi menarik agar warga Malaysia dapat melibatkan diri dengan permainan indah ini. Cabaran ini akan menguji pengetahuan mereka mengenai bola sepak serta keupayaan mereka untuk menganalisa pelbagai aspek sukan ini yang menghasilkan prestasi cemerlang. Cabaran Hadiah Utama menekankan kepentingan pertahanan kerana pertahanan yang mantap adalah penting untuk memenangi setiap perlawanan; Seperti pemain pertahanan ulung, Castrol Magnatec sentiasa bersedia melindungi enjin anda dengan lapisantambahan untuk perlindungan segera melalui Molekul Pintar yang melekat bagaikan magnet di bahagian-bahagian penting enjin sepanjang masa, khususnya di saat anda memerlukannya – sewaktu enjin dipanaskan.

Perlindungan Segera Castrol Magnatec memastikan pelindung enjin terunggul dunia sentiasa bersedia untuk melindungi dari saat anda memutarkan kunci. Ini kerana 75% daripada kehausan enjin berlaku semasa enjin anda sedang dipanaskan.”

Castrol Predictor Challengemenggalakkan para pengguna untuk menggunakan sepenuhnya Kedudukan Castrol EDGE dan Kalkulator Castrol EDGE bagi menganalisa perkara yang diperlukan bagi menghasilkan prestasi cemerlang.

Castrol is proud to be one of the sponsors of the UEFA EURO 2012 (TM)

Sepanjang tempoh peraduan berlangsung, terdapat dua cabaran yang dijalankan serentak di laman Facebook Castrol Malaysia dan Twitter @castrolmy:

1. Cabaran Hadiah Utama (1 Jun – 15 Jun): Peserta perlu menamakan individu yang difikirkan akan menjadi Penjaga Gol rasmi untuk Kejohanan, berapa banyak jaringan yang akan bolos sepanjang kejohanan dan menyenaraikan 4 pemain pertahanan yang akan dipilih mewakili pasukan rasmi kejohanan tersebut.

2. Cabaran Perlawanan Mingguan (8 Jun – 1 Julai): Sepanjang kejohanan UEFA EURO 2012TM, Castrol juga akan memberi ganjaran kepada peserta yang meramal cabaran mingguan dengan betul.

Menggunakan warisan Analisis, Teknologi dan Inovasi (ATI), Castrol membawa kepakaran dan semangat mereka ke sukan bola sepak dengan menyediakan sesuatu yang benar-benar baru dan menarik untuk peminat bola sepak melalui alat analisis bola sepak dalam-talian yang inovatif.

Antaranya adalah Kedudukan Castrol EDGE (sistem pertama di dunia bagi menentukan kedudukan pemain bola sepak secara objektif) yang menggunakan analisis objektif dan teknologi canggih untuk mengukur setiap hantaran, setiap rebutan dan setiap langkah lebih 2,000 orang pemain dan permainan di kesemua 5 liga teratas Eropah serta Kalkulator Castrol EDGE yang menggunakan teknologi terkini serta teknik analisis data bagi meramalkan negara-negara yang mempunyai peluang tertinggi untuk menempa kejayaan di UEFA EURO 2012™.

Untuk maklumat lanjut mengenai Cabaran Peramal Castrol, sila log masuk ke www.facebook.com/castrolmalaysia, ikuti perkembangan kami di Twitter kami @castrolmy atau layari www.castroledge.com.my

Nota kepada Pengarang:
Kejayaan komersial Castrol disokong oleh keupayaannya untuk memberikan prestasi dipertingkatkan melalui aplikasi analisa, teknologi dan inovasi. Ini telah membantu Castrol dalam menyediakan pelincir berprestasi unggul selama lebih 100 tahun melalui jenama-jenama seperti Castrol EDGE Engineered with Titanium Fluid Strength Technology™, Castrol Magnatec dan Castrol GTX.

Latar belakang Castrol
Castrol (www.castrol.com/my) adalah sebahagian daripada BP dan dipasarkan di bawah cawangan pelincir Kumpulan BP yang dikenali sebagai BP Castrol Lubricants (Malaysia) Sdn. Bhd. [dulunya dikenali sebagai Premier Lubricants (Malaysia) Sdn. Bhd]. Hari ini, BP Castrol Lubricants (Malaysia) Sdn Bhd memasarkan dua jenama pelincir terunggul; iaitu Castrol & BP, dan adalah peneraju pasaran dalam perniagaan pelincir di Malaysia.
Castrol, dengan lebih 150 subsidiari beroperasi di 55 buah negara, adalah peneraju pasaran dan teknikal untuk pelincir industri dan automotif khas di sektor jualan konsumer. Castrol juga adalah peneraju pasaran dalam sektor pelincir marin dan juga salah satu daripada syarikat terkemuka dalam segmen pasaran kenderaan penerbangan dan komersial.

Cast_808356_MMail.pdf

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jadual Perlawanan Siaran Langsung Live EURO 2012

Jejai Larang Fasha Sandha Berlakon