in

Ude Wahid ‘Sound’ Bekas Isteri Henti Tagih Simpati

Melalui kemaskini terbaru Ude Wahid di Instagram telah meluahkan rasa ketidak puas hatinya terhadap bekas isteri, Intan Liana yang pada anggapannya seperti menagih simpati netizen supaya dia dan isteri dicaci oleh ‘makcik-makcik bawang’. Dipetik Ude menulis di situ.

Ude Wahid

Motif? Rasanya sudah boleh hentikan permainan ini. Tak habis-habis ke post benda poyo. Nak minta ‘makcik bawang’ buat dosa banyak-banyak. Nanti adalah yang suci tiada dosa mesej peribadi dengan cacian makian. Segala bagai, kerana apa ? Kerana post yang mengundang tak berkesudahan ni. Hentikanlah! Makin diam makin menjadi-jadi pula, saya tak suka tegur di IG ni. Tapi sudah banyak kali tegur di belakang tak faham bahasa. Mungkin cara ini boleh buat awak faham dan kebaikan semua pihak.

Ude berpendapat tagihan simpati seperti yang dilakukan bekas isterinya itu hanya mengeruhkan lagi keadaan apabila masyarakat semakin marah terhadap dia dan isteri barunya, Izreen Azminda.

Ude Wahid

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hurr.tv Siar Sebalik Tabir Perjalanan Seni Penyanyi Remaja AQEESH

K-Variety Netflix Original BUSTED! Week 4 Recap