in

Ucapan-Ucapan SMS Aidil Fedtri Dari Pembaca, Selebriti dan Pengurus Artis

Terima kasih buat semua kawan-kawan, teman media, selebriti dan pengurus artis yang sudi melayangkan SMS ucapan raya untuk Budiey. Antaranya:

Dari Azaril, pembaca budiey.com, sangat ringkas aje:

“Wishing u pleasant ari raya”

Dari wartawan Portal GUA, bernama Liza yang kini dah jadi tunangan orang:

“Salam Syawal untuk uols. Nohon ampun dan maaf andai tersentap dengan setiap perkatan yang terkeluar dari mulut ku yang berbaur caci nesta…”

Dari Ezma, pengurus artis Satu Entertainment:

“Hello! Hello! Hello! Just wanted to widh you Selamat Hari Raya 🙂 Maaf Zahir dan Batin setulus hati :-P.

Dari Azizul, Ampang:

“Akhirnya Ramadan ditangisi, Tibanya Syawal diinsafi, Raikan denga syukur dan puji, moga terus kita dirahmati, dipohon juga kemaafan akan kekhilafan diri. Moga hubungan ukhwah kita berkekalan ke akhir nanti. Diucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.”

Dari Hani, PR AMP Radio dan Astro:

“Buat rakan pengarang dan wartawan, salam aidilfitri. Maafkan segala tersilap dan terlanjur kata. Moga kita sentiasa dirahmati dalam kehidupan dan pekerjaan kita.”

Dari seorang rakan:

“Dear frends and associates, I’d like to wish you anda your family a splendid Hari Raya with lots of hy, laughter, forgiveness and special moments with your loved ones. Thanks for th friendship and the good times. Take care!”

Dari pembaca Budiey.com, Azlan Daniel:

“SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.”

Dari Vernon, pengurus Ning Baizura:

“To all my muslim friends on this bright and holy morning, first of all allow me to beg your forgiveness and say sorry for all my wrongs and mistakes throughout this past year. Secondly, may you be blessed this holy time with family and friends. And finally, hae a very happy Aidilfitri.”

Daripada Tajul, rakam media majalah HAI:

“Salam Aiilfitri. Semoga kehadiran Syawal tahun ini membawa 1001 kebahagiaan keada anda dan keluarga.”

Daripada Hisyam Al-bakri, ex-staff 8TV:

“Selamat hari raya pada pagi Syawal yang mulia. Segala kesalahan dari segi kata dan perbuatan harap dimaafkan.”

Dari Anis, wartawan online:

“4 thns I did wrong, 4 words which might hurt, 4 jokes you cant take & 4 advice you cant accept, 1001 apologies! Selamat hari raya.”

Daripada pembaca budiey.com bernama Sheeda:

“Betik is papaya, rock is batu, sikit lagi nak raya, bgi kad satu.

“this is kulit kerang, fish the ikan puyu, I cakap terus terang, I nak duit raya daripada you.

Mintak ampun n maad kalau ada terkasar bahasa. Tersilap kata, tgne harta benda. Halalkan pe yang tgne. Selamat hari raya.”

Dari teman bernama Nicholas:

“Selamat hari raya, Maaf zahir dan batin.”

Dari Rozlin:

“Segak bergaya berkain sampin, berbaju kebaya manisnya wajah, Selamat hari raya maaf zahir dan batin.  Ikhlas dari Kamal, Rozlin dan Aliz Syafiah.”

Dari teman wartawan Cinema Online, Wahe:

“Bonne Eid a vous et a votre famille aussi.”

Daipada pelakon drama Impian, Diana Amir:

“Selamat Hari raya, Maaf zahir dan batin.”

Daripada pembaca budiey.com bernama RIni:

“Kadangkala mata silap pandang. Telnga salah dengar. Lidah terlanjur, fikiran dan hati silap menduga. Maaf di atas segalanya. Salam Aidilfitri.”

Dari Azilah:

“Maaf yek keran tak hantar kad raya sebabnya… KAD RM1, SAMPUL 20 SEN, SETEM 40 SEN, TOTAL RM1.60 … tapi kalau SMS ni 1 sen je kan? Selamat Hari Raya!”

Dari pelakon Iqram Dinzly:

“Salam. Sebulan dah cukup, kita raikan. Nak minta maaf kalau ada dosa. 0-0. Tapi jangan lupa sedekah AL Fatihah pada saya dan muslimin yang hidup dan mati. Happy Raya!”

Dari Anuar, wartawan majalah Gaya Travel:

“Sebelum system SMS jammed, baik saya ucapkan dulu. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Ikhlas dari Anuar.”

Dari Aida Fotografer yang siap dengan pantun:

“Rumah dihias bagai istana, buat persiapan di hari raya, jari kususun maaf ku pinta, SMS ku hantar pengganti kad raya. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.”

Dari Kak Hazimah:

“Andai jemari tak sempat berjabat, andai raga tak dapat bertatap, seiring beduk yang bergema, seruan takbir yang berkumandang, ku aturkan salam menyambut hari raya, jika ada kata dan khilafku membekas lara, mohon maaf zahir dan batin.”

Dari Kash:

“Ramadhan terakhir, Alhamdulilah berkat bulan yang indah, dapat kita lalui hari-harinya dengan tabah. Kini, aidilfitri berganti, saya dengan ikhlas hati menyusun sepuluh jari, ingin memohon maaf silap dan salah sepanjang mengenali anda, naik teman-teman, saudara mara, sahabat. Terima kasih kerana menjadi yang terindah dalam hidup saya. Sama-sama kita terima Syawal dengan hati yang gembira. Salam Aidilfitri 1429H. Maaf Zahir dan Batin.

Dari pembaca Budiey.com, si Fareed yang siap dengan gambar masjid dilampirkan dalam SMSnya:

“Salam Aidilfitri, Maaf zahir je okay. Love.”

Dari Azahari, PR Metrowealth:

“Selamat Hari Raya Aidlfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga lebaran tahun ini membawa lebih makna buat semua.”

Dari Su, wartawan Bernama TV:

“Panduan hidup telah diturutkan, satu tanda kurniaan yang Esa, buta mata di hati jangan, agar hidup diredhai sentiasa. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.”

Dari Kimi:

“Selamat hari raya ampun dan maaf di pohon atas segala salah dan silap baik perbuatan dan tutur kata dan halalkan yang terlebih dan terkurang. Maaf zahir dan batin.”

Dari Abang Firdaus… walaupun ringkas, aku rasa ianya cukup istimewa:

“Kura-kura berjalan lambat, anak kera melompat-lompat, kad raya nak hantar dah tak sempat, cara SMS pun dah dikira selamat, Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin ya.”

Dari Ashraf Muslim yang sekarang ini bercuti di Melaka:

“As’kum, Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan di kesempatan ini saya ingin memohon maaf dari hujung jari kaki jikalau saya ada tersilap dan salah di sepanjang perkenalan kita. Maaf zahir dan bhatin. Ikhlas dari Ashraf Muslim.”

Dari Tony Kelana Jaya:

“Just to drop a line to wish u selamat hari raya and maaf zahir batin.”

Dari Aswad, pengurus Imran Ajmain dan Cheryl Samad:

Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin dari Aszuad Zakaria sekeluarga.”

Dari Rickywan blogger:

“Huruf Cina (Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin).”

Dari Ajami, blogger:

“SHRAMZB from me to u… muah! :-P”

Dari Rafik:

“Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Dr. Mohd Rafiq & Fadilah.”

Dari PR K BOX, Dankerina:

“Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.”

Dari Pereka fesyen, Zery Zambry:

“Selamat hari raya Aidilfitri Al-Mubarak 1429 H mohon maaf zahir dan batin. Berhati-hati ketika memandu. Have a pleasant and blissful hari raya.”

Dari Zubir Metrowealth:

“Salam lebaran selamat sejahtera, tersusun jari jemari maaf dipinta, atas segala perbuatan salah silap serta janji yang tak dipenuhi. Salam Aidilfitri.”

Dari Rizal:

“Jambangan indah lagi berseri, menjadi hiasan di aidilfitri, SMS dikirim pengganti diri, tanda ingatan tak layu di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.”

Dari pengiklan pun ada, Fadhly:

“Selamat menyambut hari aldilfitri, semoga tahun ini lebih meriah dari tahun yang terdahulu. Maaf Zahir batin.”

Dari pembaca Zul Fahmy:

“Satu Syawal menjelang tiba, takbir bergema menggegar jiwa, sekiranya ada salah dan dosa, ampun maaf dipinta di hari mulia. Selamat hari raya. Maaf Zahir dan batin.”

Rendy Jakarta adalah antara teman yang paling jauh melayangkan SMS:

“Selamat Idul Fitri 1429H. Mohon maaf lahir dan batin.”

Dari M. Zul, bos GUA:

“Gua dilayar setiap hari, mencari video dan bahan bacaan, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan batin kami ucapkan.”

Pian, pengarang sambilan untuk URS:

“Dengan nama Allah yang pemurah dan penyayang. Di saat begini tiada yang seindah melainkan dengan ucapan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Doa saya semoga kita semua dirahmati Allah hendaknya.”

Dari Wan Shaharliza:

“Posto posto kad raya dah sampai!

Buka lah!

Selamat Hari Raya Aidilfitri Zahir dan batin.

Dari pembaca Iza Malek:

“Selamat hari raya Aidilfitri. Ampun maaf di pinta kalau ada salah silap.”

Walau langkah tak bertemu, tangan tak ebrjabat, ucap tak terdengar, mata tak tertatap, tapi izinakan hati memohon maaf, zahir dan batin, selamat hari raya, aidilfitri.”

Dari penyanyi Rain:

“Salam, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri serta ingin memohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung jari kaki sekiranya saya ada silap dan salah disepanjang perkenalan kita. Maaf zahir dan batin.”

Dari PR Puteri Istana Budaya:

“Kian jauh tirai Ramadan, kian dekat lambaian syawal, luhur iman ikhlas amalan, luhur ibadat diberkati Allah. Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.”

Dari Mursyid PR Anak:

“Sahabatku, kemaafan dipohon atas segala silap dan salah, terguris hati, terkeji, terkata, halalkan makan minum dan segala senda gurau. Salam lebaran.”

Dari pembaca Ziana Zone:

“Kian berlabih tirai ramadan, lambaian Syawal kian dinanti, kalau ada silap dan salah, jangan disimpan di dalam hati, luhur dari hati yang ikhlas, selamat hari raya ampun maaf dipinta.”

Dari Desmond:

“Selamat hari raya kepada semua nyah nyah yang dikasihi. Semoga ceria selalu dan bahagia dengan yang tercinta.”

Dari Odeng:

“Salam Aidilfitri tahun ini memberi seribu makna”

Dari Ayie Ghazala:
“Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Ikhlas daripada Ayie.”

Dari Ekin:
“Surah Almaidah: ayat 114: () Selamat hari raya.

Aku terima dari Ira Fazir Tayangan Unggul:

“Hari raya bakal tiba, dengan itu ku susun jari kaki dan tangan mohon ampun dan maaf seandainya ada kesilapan serta terkurang adab & sopan. Halalkan makan & minum. Maaf zahir dan batin buat semua. Selamat Hari Raya.”

Dari pembaca Kak Ira:

“Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.”

Dari Shazwani, wartawan Melodi:

“Selamat hari raya Aidilfitri 2 U, Maaf zahir dan batin kalau ada tersilap cakap. Terkasar bahasa termaki, terkutuk, terkeji, tertampar, terpukul dan sebagainya. Halalkan apa yang termakan, terminum, mintak ampun dan maaf dengan setulus hati.”

Dari pelakon Fouziah Gous:

“Terima kasih dengan sokongan dan kritikan anda selama ini yang banyak membantu saya hanya mampu berdoa kepada Allah SWT. Semoga hari raya ni penuh dengan kesyukuran, kegembiraan dan keceriaan. Selamat hari raya aidilfitri. Maaf Zahir dan batin. Ikhlas dari saya Fouziah Gous & keluarga.”

Dari Aizat Bangi:

“Maaf dihulur jika sepanjang perkenalan kita ada yang terguris hari, terkeji, terkata… Semua itu atas kesilapan dan kealpaan diri ini. Semoga lebaran kali ini memberi 1001 makna buat kita semua. Maaf zahir dan batin.”

Dari pelakon Lana Nordin:

“Andai ada sekelumit hati & perasaan yang terguris selama ini, harap dimaafi semoga Syawal yang menjelma menyucikan rohani disanubari. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Ikhlas dari Syarizan (Aquila Emas).”

Dari kak Wan pula memang special juga:

“Minal Aidil Wal Faizin, salam Syawal buat adikku, Budiey. Dah balik kampung? Ampun maaf dipinta kiranya ada salah silap. Panjang umur jumpa lagi. Salam.”

Dari Faidhi Blogger:

“Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ucapan SMS Salam Aidilfitri Awal Ashaari

Sinopsis Filem Wayang