Persiapan demi persiapan telah dilakukan oleh semua finalis Anugerah Juara Lagu yang ke-24. Termasuk juga Tomok yang menjadi antara finalis yang terakhir untuk perform pada malam bersejarah itu. Sudah pasti, kata Tomok, dia akan cuba lakukan yang sehabis baik untuk membawa lagu Rindu Terhenti.
Bertemakan MUSIC UNFOLD, Anugerah Juara Lagu 24 pada 10 Januari depan akan menjadi acara paling mahal dalam sejarah penganjurannya. AJL24 mengundang penyanyi berkumpulan yang pernah mewarnai dunia hiburan seperti Jeffrydin & The Siglap, Jay Jay & Band, Carefree, Search dan Meet Uncle Hussein.
Untuk menjimatkan masa, AJL kali ini menggunakan pentas canggih yang digerakkan secara hidraulik untuk pertama kali dalam sejarah.
Siapakah artis, komposer dan penulis lirik yang bakal meraih kejuaraan di dalam medan pertarungan tahun ini yang melibatkan pencalonan terbuka dan tanpa kategori? Siapakah pula artis yang bakal mendapat tempat dalam persembahan dan vokal terbaik?
Adakah AJL kali ini milik lagu Rindu Terhenti?
Sempena dengan sambutan ulangtahun ke-3 Budiey.com, Tomok tidak lupa untuk memberikan sepatah dua kata sebagai ucapan.