in

Ucapan Selamat Tahun Baru 2011

Salam semua, apa khabar? Harap semua sihat. Hari ini dah pun 1 Januari 2011. Tiba masa untuk kita membuka lebaran baru. 1 Januari, kita nak atau tak nak, terpaksalah kita terima kedatangannya. 2010 sudah pun berlalu dan kini 2011 menjengah dengan 1001 harapan dan impian.

Budiey mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada semua pembaca sekalian. Bulan Januari sebenarnya adalah bulan yang bersejarah bagi Budiey di mana 7 Januari setiap tahun bermula tahun 2007, Budiey akan menyambut ulangtahun blog ini.

Kepada pembaca yang mendaftar untuk datang ke Party Budiey pada 8 Januari nanti, Budiey nak ucapkan terima kasih banyak-banyak. Tinggal seminggu lagi ni, jadi sekarang ni, Budiey sedang sibuk buat persiapan terakhir. Apa yang Budiey boleh katakan, party kali ini adalah yang terbesar pernah Budiey anjurkan. Berbeza dengan tahun sebelum ini, Budiey percaya party ke-4 ini lebih banyak goodies & hadiah cabutan bertuah untuk dimenangi.

Sempena menyambut tahun baru 2010 juga, Budiey akan mengadakan Movie Day Out pertama untuk tahun ini dengan menonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah bersama dengan para pembaca. Terima kasih kepada pembaca yang dah bersetuju untuk hadir pada hari ini. Harap korang terhibur dan enjoy dengan movie day out kali ini.

Akhir kata, semoga tahun baru 2011 mendatangkan sinar bahagia buat korang semua. Love you all!

Ucapan Selamat Tahun Baru 2011 dari Maya Karin

Ucapan Selamat Tahun Baru 2011 dari DJ Lin Suria Cinta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Farhan Sudah Ada Kekasih

Azlan The Typewriter & Normala Hassan Kahwin