Sempena musim perayaan ini, Saida AF nak kasi ucapan sikit, korang klik la ya~
“Walaupun tanpa seorang yang kita sayangi, tetapi kita masih akan menyambut Hari Raya. Tapi sambutannya tidak semeriah tanpa arwah. Biasanya kita akan bersalaman dengan ibu dan ayah pada pagi raya tapi tahun ini, Tuhan saja yang tahu perasaan kami.”
Kesemua adik-beradik akan berkumpul di kampung halaman di Kuala Lipis, Pahang pada Hari Raya pertama.
“Ini kali pertama kami beraya tanpa ayah. Di antara kami adik-beradik, kami sudah bersetuju yang semua mesti balik pada Hari Raya pertama untuk temankan ibu dan memberinya kekuatan.”
Rutin di pagi Raya, mereka akan bersalaman selepas sembahyang raya, sebelum ke kubur datuk, nenek dan ayah. Setelah itu, baru dihabiskan masa melawat saudara-mara. Dan seperti tahun-tahun sebelumnya, Saida menjangkakan kehadiran ramai peminat ke rumah.
“Kami takde tetapkan satu hari sebagai rumah terbuka. Rumah kami sentiasa terbuka untuk kunjungan peminat. Siapa yang datang, kita sambut,”