in , ,

Ucapan Romantis Zahirah Macwilson Buat Hari Lahir Aiman Hakim Ridza

Umum mengetahui isu panas yang berlaku kepada pelakon Zahirah Macwilson di mana Fathia Latiff telah menyamakan muka pelakon itu dengan iras bibik.

Namun, pelakon jelita ini telah dilabelkan sebagai high class lady apabila langsung tak memberi respon kepada apa yang terjadi dan menjalani kehidupannya seperti biasa.

Terbaharu, Zahirah tampil berkongsi ucapan istimewa buat suami tersayang, Aiman Hakim Ridza sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-35.

Menerusi Instagramnya, Zahirah berkongsi ucapan romantis itu selain meluahkan rasa sayang dan bangga terhadap bapa kepada anaknya itu.

Ucapan Romantis Zahirah Macwilson Buat Hari Lahir Aiman Hakim Ridza

Malah, dia juga mendoakan agar Aiman dilimpahkan dengan segala kebaikan dan kebahagiaan yang berpanjangan.

Meninjau ke ruangan komen, peminatnya turut meninggalkan komen ucapan hari lahir buat Aiman dan mendoakan agar dia dilimpahkan rezeki serta kekal bahagia bersama keluarga dan anak-anak hingga ke syurga.

Sedikit info, Aiman dan Zahirah telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan eorang anak lelaki iaitu Isaac Raees yang kini berusia 2 tahun dan bakal menimang seorang lagi cahaya mata pada tahun ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anuar Zain Perlu Realistik, Tak Berani Nyanyi Lagu Bergenre Rock

WAWA ZAINAL

Wawa Zainal Sanggup Berhabis Setengah Juta Untuk Stokis & Ejen Produk