KNKV Viral Award 2024 adalah sebuah majlis pengiktirafan kepada Pempengaruh (Influencer), Pencipta Kandungan (Content Creator), Platform Tular (Viral Page) dan Saluran Tular (Viral Channel) terulung di Malaysia.
Hari ini, Penganjur KNKV Viral Award 2024 telah mengumumkan 4 hos yang akan mengacarakan majlis anugerah tersebut termasuk Tyzo Xander yang telah diumumkan sebelum ini.
“Bagi saya gandingan bersama Kak Rara sebagai penyampai radio sebelum ini adalah cukup hebat, saya akui saya dapat anugerah Penyampai Radio Popular ABPBH ke 35 kerana bergandingan dengan dia.
– Tyzo
Alhamdulillah ramai pendengar suka dengan gandingan kami, kali ini pasti lebih istimewa kami ditemukan jodoh sekali lagi atas pentas anugerah berprestij dan live di TV pula,â€
Paling mencuri tumpuan adalah Syarifah Shahirah atau lebih mesra sebagai Rara yang akan kembali bergandingan bersama Tyzo, lebih istimewa kali ini mereka akan bersiaran secara langsung di kaca televisyen.
Sebelum ini, gandingan Tyzo dan Rara telah menemani pendengar sebuah stesen radio swasta sejak tahun 2016 namun kontrak Tyzo ditamatkan menjadikannya isu kontroversi pada Januari lalu.
“Sejujurnya saya senang dapat terus bekerja dengan Tyzo, dia paling kelakar dan terbaik. Pastinya dia akan menjadi hos TV yang baik kerana bagi saya dia bijak dan peka dengan sekeliling,â€
– Syarifah Shahirah (Rara)Â
Anugerah KNKV Viral Award 2024 akan turut menampilkan hos Azhar Jalil & Diana Rusdi.
Layari:
LAMAN WEB | https://knkvviralaward.com
FACEBOOK | https://www.facebook.com/knkvgroup INSTAGRAM | https://www.instagram.com/knkvgroup/