Enggan mengulas lanjut mengenai apa yang berlaku, Tyzo mengakui yang dirinya kini adalah penyampai radio untuk siaran Selangor FM yang berfrekuensi 100.9FM.
“Saya tidak mengangggap ini sebagai zaman kejatuhan saya tetapi ini adalah roda di dalam kehidupan. Bagi saya biarlah tidak popular tetapi duit saya cukup untuk menampung kehidupan seharian,”
– Tyzo
Tyzo kini bertugas untuk segmen malam bersama DJ Andy Hakim.
Bercerita lanjut mengenai perkembangan terkininya, Tyzo masih lagi menjalankan perniagaan kopi buah tunjuk langitnya iaitu ‘Swietenia Coffee’ dan beberapa produk lain.