in

Tya Arifin Lancar Produk Jamu Resepi Turun Temurun MUTYARA BEAUTY

Dilahirkan di Indonesia dalam keluarga yang begitu mementingkan kesihatan dan kecantikan diri terutama menerusi amalan memakan jamu, aktres yang juga isteri kepada ahli perniagaan terkenal, Asyraf Khalid iaitu Tya Arifin dilihat tidak mahu mempersiakan semua itu untuk diamalkan semua insan bernama wanita tanpa mengira peringkat umur terutama dari remaja dan seterusnya.

Tya Arifin Lancar Produk Jamu Resepi Turun Temurun MUTYARA BEAUTY

Tya Arifin Luaskan Legasi Jamu Resipi Turun Temurun Keluarga

Malah dengan rasa takjub dan besar hati, ibu muda berusia 24 tahun kepada si cilik popular, Arif Jiwa Asyraf itu cukup bangga memperkenalkan rangkaian produk cecair jamu diberi nama Mutyara Beauty. Bahkan cuba melawan arus kebanyakan artis tempatan yang lebih gemar menjual produk komersial seperti tudung dan minyak wangi, si cantik ini optimis mengangkat jamu untuk dikomersialkan lebih jauh.

Lebih utama, menerusi rangkaian produk cecair dengan kandungan 350 ml dan berharga RM68 itu, Mutyara Beauty dihadir khas bagi mengubah skeptikal golongan wanita terutamanya yang melihat jamu hanya untuk santapan orang tua semata-mata.

“Kebiasaan dan selalunya ada stigma yang melihat jamu itu hanya untuk dijamah orang tua sahaja. Tak kurang juga yang melihat jamu hanya amalan bagi wanita selepas bersalin. Sedangkan khasiat semula jadinya itu bagus untuk semua wanita. Jika kita sendiri sebagai golongan wanita yang tidak menghargai semua itu, siapa lagi yang akan melakukannya.

“Saya sendiri menjadi pengamal jamu tegar. Saya lihat potensi jamu ini wajar dikomersialkan apatah lagi ia hasil resipi turun temurun dari keluarga. Saya tidak mahu khasiat jamu itu dibiarkan begitu sahaja sebaliknya ingin berkongsi dengan seluruh wanita di luar sana yang percaya betapa peri pentingnya amalan ini.

“Saya juga harap kehadiran Mutyara Beauty ini dapat mengubah pandangan skeptikal itu dan diperluaskan lagi penggunaannya untuk semua wanita. Mutyara Beauty khususnya boleh diminum oleh perempuan di usia 16 tahun, mereka yang belum berkahwin hingga seterusnya. Bahkan saya mahu lihat ia menjadi keperluan wajib untuk ibu muda seperti saya untuk menghargai diri dan orang tersayang dengan penjagaan dalaman diri,” katanya teruja ketika majlis pelancaran Mutyara Beauty diadakan hari ini (25 Julai 2018) di Wow K (dulunya dikenali sebagai Saloma Bistro).

Jelas Tya lagi, jamu Mutyara Beauty, juga dicipta seiring dengan arus pemodenan khusus buat golongan wanita masa kini yang sibuk bekerjaya dan memilih jalan mudah untuk kekal bertenaga serta cantik.

“Saya sendiri sudah terbiasa dibesarkan dalam keluarga yang menyukai jamu. Kalau dulu saya sendiri melihat ramuan jamu itu dicampur, ditumbuk, dikisar dan dikupas melalui cara tradisional. Tapi sekarang, saya buat jamu dalam bentuk cecair pekat yang memudahkan dengan harga mampu dimiliki terutama untuk generasi sekarang yang lebih gemar cara menyenangkan.

“Malah jamu ini juga akan menghakis skeptikal terhadapnya yang sering digambarkan pahit dan sukar ditelan. Sebaliknya jamu Mutyara Beauty dengan ramuan istimewa memudahkan proses menelan dan ia tidak pahit. Itulah uniknya jamu Mutyara Beauty yang akan menjelmakan rasa kemanis-manisan disebabkan oleh campuran buah ‘Cranberries’ demi sebuah kelazatan tersendiri tanpa prejudis.

“Ia juga mengandungi makan Sunnah seperti Habatus Sauda, kurma, madu dan halba,” katanya.

Tya Arifin Lancar Produk Jamu Resepi Turun Temurun MUTYARA BEAUTY

Malah berada dalam kelompok keluarga terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Izara Aishah turut mencuba jamu keluarannya.

“Mereka juga mencuba dan amat menyenanginya. Jamu saya ini tak pahit dan boleh ditelan. Saya yakin jamu Mutyara Beauty ini mampu diterima ramai dan menjadi pelengkap istimewa golongan wanita

“Sekali cuba, saya yakin mereka pasti nak lagi. Moga Mutyara Beauty akan terus menjadi pilihan ramai. Ia boleh dibeli dan didapati di seluruh negara menerusi stokis terpilih kami. Malah kalau ada yang mahu menjadi stokis atau agen jamu ini juga boleh menghubungi talian 0129209011. Atau boleh ke Instagram, @mutyarabeauty atau layari laman sesawang, www.mutyara.com,” katanya.

Jamu Mutyara Beauty dihasilkan dengan ramuan istimewa bahan semula jadi serta campuran herba, kunyit, halia, akar serapat, Kacip Fatimah.

Tak ketinggalan ia juga direka dengan campuran buah Delima dan Cayenne.

Khasiat Jamu Mutyara Beauty

* Memanaskan badan
* Merawat luka dalaman selepas bersalin
* Menghilangkan keputihan
* Mengecutkan rahim/ peranakan
* Membuang angin
* Memulihkan tenaga
* Membantu melawaskan pembuangan
* Membantu meningkatkan haemoglobin/ sel darah merah
* Anti bakteria/ merawat kegatalan
* Membantu merawat kulit
* Anti penuaan/ awet muda
* membantu menambah susu badan
* membantu proses detoksifikasi
* Membantu menurunkan berat badan
* Membantu menganjalkan aset wanita (payu dara/ punggung)

Instagram: @mutyarabeauty
Laman sesawang: www.mutyara.com
Sebarang pertanyaan, mahu menjadi stokis atau agen boleh hubungi Putri di talian 0129209011

Tya Arifin Lancar Produk Jamu Resepi Turun Temurun MUTYARA BEAUTY

Info tambahan
* Sisi lain, Tya Arifin yang menceburi dunia lakonan sejak usia 18 tahun di negara kelahirannya, Indonesia juga sedang menghitung hari menanti filem berjudul Preman Pensiun arahan Aris Nugraha yang akan menemui penonton di pawagam di Indonesia bermula 13 September depan.
Penggambaran filem itu berlangsung April lalu.
* Tya sebelum ini memulakan kerjaya lakonannya di Indonesia dengan membintangi beberapa filem dan sinetron, antaranya Garuda Superhero, Tak Sempurna dan Para Pencari Tuhan
* Tya pernah mencuri perhatian pengarah terkenal tanah air, Erma Fatima untuk beraksi dalam pementasan teater, Bawang Putih Bawang Merah di Panggung Sari, Istana Budaya beberapa tahun lalu.
* Sekalipun sibuk dengan urusan rumah tangga menjaga anak dan kini perniagaan, dunia lakonan masih dicintainya. Cuma dia percaya dunia lakonan khususnya tidak seperti dulu lagi kerana hadirnya Arif sebagai keutamaan.
* Kalau ada tawaran berlakon yang tak makan masa panjang tak kira di Indonesia atau Malaysia, Tya boleh mempertimbangkan
* Tya berkahwin dengan Asyraf sejak 1 November 2015. Anak mereka, Arif kini berusia setahun 3 bulan. Kata Tya lagi, dia belum memikirkan untuk anak kedua lagi saat ini kerana selesa melihat Arif membesar di depan mata.
* Tya dilahirkan pada 22 Oktober 1994 di Palembang

Tya Arifin Lancar Produk Jamu Resepi Turun Temurun MUTYARA BEAUTY

Tya Arifin Lancar Produk Jamu Resepi Turun Temurun MUTYARA BEAUTY

Tya Arifin Lancar Produk Jamu Resepi Turun Temurun MUTYARA BEAUTY

Tya Arifin Lancar Produk Jamu Resepi Turun Temurun MUTYARA BEAUTY

Tya Arifin Lancar Produk Jamu Resepi Turun Temurun MUTYARA BEAUTY

Tya Arifin Lancar Produk Jamu Resepi Turun Temurun MUTYARA BEAUTY

Tya Arifin Lancar Produk Jamu Resepi Turun Temurun MUTYARA BEAUTY

Tya Arifin Lancar Produk Jamu Resepi Turun Temurun MUTYARA BEAUTY

Tya Arifin Lancar Produk Jamu Resepi Turun Temurun MUTYARA BEAUTY

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Peserta Pertandingan BIG STAGE

Satu Percutian Musim Panas Yang Sempurna di Hong Kong