Pernah dengar #OctTwtFest? Pernah dengar #TwtUpKaseh? Atau mungkin anda pernah mendengar istilah #TwtUp itu sendiri?
#TwtUp bermaksud “Twitter Meet-Up” yang merupakan sejenis gathering antara pengguna twitter di seluruh dunia. Di Malaysia sendiri, trend TwtUp ini sangat berleluasa. Boleh dikatakan setiap bulan akan dianjurkan upacara keramaian seperti ini.
Pada 9hb Jun ini, bakal berlangsungnya TwtUp yang terbesar di dalam Malaysia, iaitu dikenali sebagai #TwtUpKami. #TwtUpKami ini merupakan TwtUp yang menggabungkan seluruh TwtUp yang pernah dilangsungkan sebelum ini seperti #OctTwtFest (pernah mencatat sejarah sebagai TwtUp yang pernah memecahkan rekod dunia bilangan TwtUp paling ramai yang hadir iaitu seramai 2615 orang), #TwtUpJohor, #TwtUpIpoh, #TwtUpKK, #TwtUpKuching, #TwtUpKaseh dan #TJFutsal.
Acara ini bakal dilangsungkan pada 9 Jun 2012, Sabtu, di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil dari 10 pagi hingga ke 7 petang. Turut memeriahkan acara adalah persembahan artis-artis terkenal tanah air dan juga artis-artis twitter sendiri. Antara acara lain adalah, #TJFutsal2, #YBsCanJump, Sooq Bazaar, Glam Bazaar (dikendalikan oleh Fouziah Gous) dan juga beberapa acara yang lain.
Tujuan acara ini dianjurkan adalah untuk merapatkan hubungan antara pengguna twitter itu sendiri sambil mewujudkan kesedaran tentang media sosial di zaman teknologi canggih sekarang ini.
Untuk keterangan lanjut, sila ikuti akaun @TwtUpKami di twitter.
ANDA SEMUA DIJEMPUT DATANG MEMERIAHKAN SUASANA! 🙂