in ,

Twitter Terpaksa ‘U-Turn’ Dengan Ambil Semula Pekerja Yang Dipecat

Elon Musk baru sahaja membuang ribuan pekerja kerana mahu menjimatkan kos operasi yang tinggi. Namun tindakan itu kini membawa padah apabila urusan seharian tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Tidak sampai seminggu, beberapa kakitangan dibuang kerja kini diminta datang semula ke pejabat kerana kepakaran mereka diperlukan dalam meneruskan operasi platform tersebut. 

Sejumlah pekerja diperlukan ketika ini dalam membangunkan ciri yang diminta oleh Elon Musk.

Fasa permulaan Elon Musk di Twitter sepertinya tidak begitu baik kerana menempuhi pelbagai masalah serius seperti pengiklan beralih dari platform itu, kos seharian yang tinggi dan banyak lagi. 

Beliau juga baru menyedari Twitter alami kerugian $4 juta (~RM18.9 juta) sehari dalam kos operasinya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Facebook

Meta Rancang Untuk Membuang Pekerja Untuk Kurangkan Kos Operasi

RESORTS WORLD CRUISES

Resorts World Cruises Memulakan Pelayaran Percutian ke Phuket