Sekali lagi Hot FM mengungguli kedudukan sebagai radio Malaysia yang bersifat agresif dan peribadi melalui laman media sosial. Semalam, 14 November 2013, seramai lebih daripada 1,000,000 pengikut melalui laman Twitter berjaya diraih oleh Hot FM.
Sentiasa mengikuti perkembangan terbaharu dari pelbagai aspek, Hot FM menjadikan platform media baru ini sebagai satu alternatif untuk mendekati para pendengar stesen itu. Melalui Twitter dan Facebook, segala informasi dikemaskini hampir 24 sehari. Hot FM turut memiliki akaun rasmi Instagram dan juga LINE di mana kesemua ini menggunakan satu kata kunci – hotfm976.
Hot FM TERUS MENGUNGGULI LAMAN MEDIA SOSIAL RADIO
Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, Encik Seelan Paul berkata, “Hot FM merupakan stesen radio yang cukup agresif dalam mengadaptasikan media baharu ke dalam setiap aspek operasinya. Melalui ini, kami yakin dengan kekuatan dan keakraban komuniti yang dibina untuk menjadi cara hidup para pendengar kami di mana mereka boleh mengikuti perkembangan kami hampir di mana sahaja mereka berada.”
“Tanpa kekangan statik, mereka boleh berinteraksi dengan Hot FM secara langsung. Ini merupakan satu evolusi komunikasi yang perlu kita biasakan dalam kehidupan seharian.”
Hot FM turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada sokongan yang diberikan selama ini. Tanpa sokongan tersebut, tidak mungkin Hot FM mampu menghangatkan frekuensi penyiaran radio sehingga ke hari ini Untuk rekod, Hot FM turut mencapai 1,000,000 LIKE melalui akaun Facebook pada Mei 2012.
Justeru, sempena meraikan pencapaian yang membanggakan ini selain menghargai pendengar Hot FM yang mendukung setiap kempen mahupun acara dengan penuh proaktif, Hot FM akan menghadiahkan pelbagai gajet terkini kepada mereka. Antara gajet menjadi pilihan adalah Telefon pintar Iphone5s dan Iphone 5c, tablet Samsung Note3, Go Pro hero, PSP Vita, Ipad Mini, Ipod Touch serta Sony Xperia.
Pendengar hanya perlu mendengar Hot FM sepanjang hari dan nantikan isyarat apabila twitter Hot FM sampai ke ‘Twitmark’. Penyampai Hot FM akan memberikan tugasan yang perlu dijawab oleh pendengar Hot FM melaluin laman sosial Twitter dan sekiranya Berjaya, mereka akan menerima habuan gajet yang terpilih.
Segalanya telah bermula hari ini dan akan berakhir pada 22 November 2013. Jadi tunggu apalagi, luangkan sedikit masa anda untuk menerima habuan moden dari Hot FM!!
#HotFMSejuta
Facebook/Twitter/Instagram : @hotfm976
Line : Hot FM