Fleets diperkenalkan kepada kesemua pengguna bermula hari ini secara global. Fungsi ini sebelum ini pertama kali ditemukan apabila diuji secara tertutup untuk pengguna Brazil pada Mac lalu.
Melalui Fleets, ia yang muncul pada garis masa di bahagian atas aplikasi dalam tempoh 24 jam sebelum hilang. Untuk mencipta fleet, pengguna perlu menekan butang ‘+’ yang akan muncul pada bahagian atas halaman utama Twitter.
Kandungan yang boleh dikongsi mempunyai had 280 aksara. Pengguna juga boleh berkongsi gambar, GIF, ataupun video.
Fleet tidak boleh di ‘like’ atau ‘retweet’. Namun, pengguna masih boleh memberi respon kepada fleet rakan-rakan seperti emoji atau teks DM.