Pada 2017, Twitter telah menutup ciri tersebut kerana pada waktu itu, ciri pengesahan tersebut terlalu mudah untuk ditipu, dan ini menyebabkan pelbagai masalah untuk platform media sosial tersebut.
Twitter nampaknya bercadang untuk memperkenalkan semula sistem pengesahan ini. Untuk memastikan bahawa proses tersebut lebih telus dan berintegriti, mereka dilihat akan memperkenalkan beberapa langkah dan kategori yang perlu dilalui sebelum ia diberikan kepada mana-mana akaun.
Pertama ialah akaun tersebut haruslah merupakan sebuah akaun yang aktif dan terkenal. Kedua ialah akaun-akaun tersebut haruslah tergolong didalam kategori-kategori yang berikut:
- Kerajaan
- Organisasi/Jenama
- Media/Organisasi Berita
- Hiburan
- Sukan
- Aktivis/Orang berpengaruh
Polisi ini masih lagi berada didalam fasa cadangan, dan Twitter nampaknyua menginginkan input orang ramai mengenainya sebelum ia diimplimentasi sekitar tahun hadapan.
Anda boleh ke pautan ini untuk membaca mengenai butiran lebih lanjut tentang bagaimana Twitter ingin mengimplimentasi sistem pengesahan Blue Tick mereka.
*Sumber: Amanz