in

TV9 HALAQAH Merungkai Kehidupan Selepas Mati

“Setiap yang bernyawa akan merasakan kematian. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” [Surah Al Imran :185].

Terjemahan ayat Surah Al Imran yang disebut di atas menerangkan firman Allah tentang Sakratul Maut adalah sesuatu yang pasti. Satu peristiwa yang digeruni namun sering dilupakan. Bagaimanakah peristiwa ini berlaku? Adakah tanda-tanda awal kematian? Apakah yang akan terjadi selepas kematian? Adakah mati itu benar-benar mati? Halaqah kembali untuk tahun ke-11 pada tahun 2017 ini bertemakan ‘Ke Syurga’ di TV9 bermula 4 Febuari ini.

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Penjenamaan dan Rancangan TV3 dan TV9, Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri,

“Halaqah merupakan salah satu program bual bicara kebanggaan TV9 kerana formatnya yang unik. Ia membincangkan hal-hal keagamaan di samping mengukuhkan hujah dengan fakta-fakta sains serta ayat-ayat Al-Quran serta hadis-hadis yang sahih. Oleh itu, setiap topik dan hujah yang dibincangkan mudah diterima oleh penonton.

Dengan resipi itu, saya percaya ia adalah penyumbang besar kepada kemenangan Anugerah Program Bual Bicara Terbaik di Anugerah Skrin 2016. Dengan pencapaian itu, kami berusaha untuk mengekalkan mutu program ini pada tahun ini.”

Halaqah adalah sebuah program bual bicara keagamaan yang diterajui dan dihoskan oleh Hj. Ahmad Noor Sulaiman Bersamanya adalah Bintang Ilmuwan, Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin serta dua orang indikator yang bersilih ganti, Ustaz Ahmad Tarmizi Abd. Rahman dan Ustaz Ahmad Tirmzi Ali. Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin akan memberikan hujah berdasarkan soalan-soalan yang diajukan oleh Tuan Hj Ahmad Noor Sulaiman, dan ahli panel indikator akan mengukuhkan lagi hujah beliau dengan bacaan ayat Al-Quran atau hadits yang sahih.

Stail program yg hidup, olahan yg mudah lagi semasa, serta berlandaskan metodologi yang mengagungkan sumber rujukan Islam yang utama, Halaqah turut menarik minat remaja serta golongan yang ingin lebih mengenali Islam. Hal ini diberitahu sendiri kepada Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin oleh para guru juga ibu bapa yang ditemui beliau.

Halaqah 2016 telah ‘mendidik’ lebih 6.4 juta penonton (sumber Nielsen Malaysia) tentang Kiamat, Halaqah tahun ini pula akan mendidik para penonton yang dirahmati untuk memahami proses kehidupan selepas kematian dan perjalanan manusia menuju ke syurga atau neraka. Antara topik yang akan dibincangkan termasuklah ‘Kematian di dunia’, ‘Kebangkitan di Mahsyar’, dan proses menghisab amalan di Mahsyar serta golongan-golongan yang akan ke syurga atau neraka.

Halaqah 2017 akan bersiaran sepanjang 30 episod pada setiap hari Sabtu bermula 4 Febuari pada pukul 5 petang selama satu jam di TV9. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv9.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV9 iaitu @TV9Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pemenang Program DUO STAR Musim Pertama

Penyampai Baru Hot FM & Kool FM untuk 2017