Menyusuli Lovers of Music, slot Chamsarang TV9 mempersembahkan sebuah lagi drama bersiri romantis, ‘Bride of the Century” lakonan artis popular dari Korea Selatan, Lee Hong Ki dan Yang Jin Sung.
Bersempena dengan bulan Ramadan ini, slot Chamsarang disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 7.00 malam. Slot drama ini akan kembali kepada waktu siaran asalnya iaitu setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 6.30 petang bermula 27 Julai 2015.
Bakal memasuki episod ke-2 pada 13 Julai 2015, drama bersiri 26 episod ini mengisahkan Kumpulan Taeyang, konglomerat terbesar di Korea Selatan yang bakal menyaksikan warisnya, Choi Kang-joo (Lee Hong Ki) berkahwin dengan Jang Yi-Kyung yang juga berasal dari keluarga ternama. Walaupun keluarga Choi merupakan tokoh bisnes yang disegani, malangnya mereka perlu berhadapan dengan sumpahan kuno dimana pengantin perempuan pertama kepada anak lelaki sulung akan mati.
Dalam kerancakan persediaan majlis perkahwinan itu berlangsung, mereka tetap tidak dapat mengelak daripada sumpahan tersebut apabila Yi-kyung didapati hilang sehari sebelum tarikh perkahwinannya. Jadi, Na Doo-rim yang mempunyai wajah seiras dengan Yi-kyung telah dijadikan pengganti bagi menutup sebarang spekulasi yang tidak diingini. Perancangan perkahwinan tersebut masih diteruskan.
Berbeza dengan perwatakan Yi-kyung yang sentiasa tenang dan sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamatnya, Doo-rim pula seorang wanita yang ceria dan jujur. Kang-joo telah jatuh hati dengan Doo-rim. Sementara itu, ibu Kang-joo dan ibu Yi-kyung masing-masing mempunyai rancangan tersendiri. Apakah yang bakal berlaku? Apakah kebenaran di sebalik kehilangan Yi-kyung? Adakah Kang-joo akan memilih Doo-rim sebagai isterinya?
Saksikan kesudahannya dalam drama “Bride of the Century” dalam slot Chamsarang, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7.00 malam.