in

TV9 Bakal Anjurkan Konsert GIG TV9

Hey Hey Hey! Budiey mendapat berita terbaru di mana TV9 tak lama lagi akan menganjurkan satu lagi konsert terbesar pernah dianjurkan oleh stesen TV pada tahun ini iaitu GIG TV9. Konsert ala gig ini akan diadakan pada 9 dan 10 Julai ini di i-City, Shah Alam.

Dengarnya, Gig TV9 bersama DIGI akan menampilkan nama-nama terhebat dalam arena rock Malaysia di atas satu pentas istimewa iaitu Wings, Hujan, Aizat, Bunkface, Pesawat, Azlan & The Typewriter, Projek Pistol, 6ixth Sense, The Azenders, AwanBand, Drama dan Awi Rafael!

Ini bersesuaian dengan misi TV9 untuk lebih dekat dengan golongan remaja, Gig yang akan diadakan pada 9 & 10 Julai ini pasti membawakan lebih banyak aktiviti hebat seperti Battle of the Indie Bands, sesi karaoke, pertandingan Guitar Hero dan bengkel muzik oleh pemuzik profesional. Bazaar indie juga akan disediakan untuk para remaja yang berminat untuk mengusahakan produk-produk mereka yang tersendiri.

Pengurus Besar TV9, Sherina Mohamed Nordin berkata, antara konsert atau gig pada 9 dan 10 Julai ini yang membabitkan para pemuzik remaja itu diadakan di ICT, Shah Alam, Selangor.

“Pada 9 dan 10 Julai ini satu pertandingan kumpulan pemuzik indie akan diadakan di ICT, Shah Alam. Lapan kumpulan yang layak akan bersaing pada keesokan harinya. Ini salah satu aktiviti bagi mendekatkan para penonton remaja sebagai sasaran di saluran kami,” katanya kepada Hits ketika di temui di Pavillion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kumpulan AwanBand, Gabba Gabba, Drama Band, Grey Sky Morning, Pesawat, Aizat dan Hujan merupakan artis remaja yang ditampilkan para konsert tersebut.

Jelas Sherina, penampilan artis-artis berkumpulan itu juga merupakan salah satu strategi TV9 bagi menarik perhatian para penonton terutamanya golongan remaja.

“Sasaran kami ialah yang berumur antara 15 sehingga 29 tahun. Kami mahu mendekatkan mereka dengan pelbagai aktiviti yang kreatif. Muzik salah satu cara kami mendekatkan TV9 dengan mereka. Kami juga mahu menggalakkan mereka aktif dan mengekspresikan diri mereka dengan aktiviti-aktiviti yang diadakan TV9. Selain itu, sasaran kami juga adalah penonton Melayu yang muda. TV9 tidak terlalu urban atau kebandaran sebaliknya ia berada di pertengahan antara penonton TV3 dan 8TV,” ujarnya.

Tambah Sherina lagi, biarpun baru lima tahun bersiaran tetapi TV9 bukan sahaja meluaskan sasaran penonton Melayu di luar bandar tetapi ia kini menular sehingga ke bandar.

Malah, katanya jika dulu saluran TV itu dikatakan terlalu kekampungan tetapi ia kini ditonton oleh segenap lapisan penonton Melayu tanpa mengira latarbelakang di seluruh negara.

“Sekarang ini penonton TV9 tidak lagi setakat orang Melayu di kampung tetapi ia juga ditonton oleh golongan yang tinggal di bandar-bandar besar. Bilangan penonton di TV9 juga meningkat. Contohnya, rancangan kartun Upin & Ipin paling ramai peminat dengan 1.2 juta penonton dan yang tertinggi setakat ini di TV9,” jelasnya.

Sepanjang konsert hampir lima jam itu berlangsung setiap kumpulan yang beraksi pada Konsert Be Part Of The Movement menyanyikan sekitar tiga buah lagu.

Kumpulan Hujan yang beraksi pada penghujung konsert itu paling dinanti-nantikan ramai peminat dengan menyanyikan lagu Muda, Inspektor Ramos, Empayar Mu dan Mencari Konklusi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Terima Kasih Mstar Online Siar Berita Party Costume TAAP

Inaugural Graduation Class of ENACT