in

TV3 TETAP UNGGUL DI MUSIM RAYA

TV3 TETAP UNGGUL DI MUSIM RAYA

Petaling Jaya, 8 September 2011 – Kekal cemerlang sebagai stesen televisyen no.1 negara, TV3 sekali lagi mencatatkan prestasi memberangsangkan apabila berjaya mengukuhkan kedudukannya selepas meraih kadar tontonan tertinggi mengatasi saluran tempatan lain sepanjang minggu pertama Hari Raya.

Rangkaian Televisyen, Kumpulan Media Prima Berhad terus mendominasi 52.1% penonton Melayu pada minggu pertama Hari Raya menerusi pelbagai sajian program Aidilfitri menarik yang dihidangkan dengan tagline TV3 “Salam Syawal Keikhlasan Sanubari” serta TV9 “Ada Raya Di Hatiku” bermula dari 28 Ogos hingga 3 September 2011 (sumber: Nielsen Media Research).

Carta 1 (MPB Menguasai Syer Penonton)

TV3 dan TV9 sebagai dua stesen utama bagi penonton Melayu menjadi pilihan nombor satu dan nombor dua untuk program-program istimewa Hari Raya dengan menguasai hampir 50% jumlah penonton Melayu berbanding stesen-stesen televisyen yang lain. Lebih membanggakan, TV3 juga mencatat jumlah penonton tertinggi di kalangan pelanggan ASTRO.

Turut menyediakan platform kepada rancangan dan program berkualiti terbitan dalaman stesen, TV3 dan TV9 terbukti sebagai saluran kegemaran ramai dengan paparan program-program muzikal, hiburan, dokumentari dan drama istimewa menarik seperti Sampaikan Merdeka Raya, Kamilah Juara, Raya Bapa Merdeka, Fuhhh! Merdeka Raya, Dari Kedah Ke KL, Senario Raya Hero Cilik, Cintaku 120KM/J, Senario Beach Boys, Nur Kasih The Movie, Di Bawah Telapak Kaki Bonda, Sakura, Pusara Di Lebuh Raya, Janjiku Pada Al Walid dan Adnan Sempit di TV3 manakala TV9 menawarkan Ketupat Rendang Kopi O, Raya Pertamaku, AQ5 Di Bumi Anbiya, Halaqah Sentuhan Qalbu Edisi Lebaran ‘Agungnya Fitrah’, Dato’ Siti Nurhaliza bersama Idola Kecil 3, Hujan di Paris, ekspresi Dato’ M. Nasir & Jamal Abdilah, Bunkface di Hong Kong, Apa Saja FBI Beraya, Galaksi Raya 2011, Ada Bran?, Niyang Rapik dan Antoo Fighter.

Seleksi terbaik program-program khas Hari Raya di stesen MPB ternyata berjaya menambat hati penonton apabila 98 daripada 100 program teratas carta dikuasai oleh TV3. Tempat teratas carta diduduki oleh telemovie Raya “Di Bawah Telapak Kaki Bonda” yang mencapai kadar tontonan lebih 4.6 juta jumlah penonton manakala 6 filem lain daripada TV3 juga berjaya mencapai lebih 4 juta jumlah penonton. Rancangan hiburan “Sampaikan Merdeka Raya” juga telah mencapai sebanyak 3.2 juta jumlah penonton.

TV3 dan TV9 turut berjaya mendominasi syer penonton Melayu sebanyak 61% pada waktu perdana (primetime) di minggu Raya, menerusi Buletin Utama, “Cintaku 120KM/J”, “Senario Beach Boys” dan “Adnan Sempit”.

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Encik Ahmad Izham Omar, “Sentiasa tampil dengan hanya yang terbaik buat penonton, MPB telah menayangkan lebih 70 buah filem sepanjang minggu Raya, 55 daripadanya di TV3 untuk mendahului pesaing. Memandangkan kebanyakan penonton mempunyai lebih 100 saluran untuk dipilih, maka kejayaan MPB mencatat lebih 50% syer tontonan dengan hanya 4 saluran iaitu TV3, TV9, ntv7 dan 8TV merupakan sesuatu yang sangat membanggakan.”

“Sudah menjadi lumrah bagi TV3 dan TV9 untuk menggandakan keceriaan dan kemeriahan sambutan perayaan dengan himpunan program-program mantap sebagai teman setia di samping keluarga, sanak saudara dan sahabat handai ketika menyambut hari Lebaran. Sebagai peneraju stesen televisyen tempatan, kami sentiasa berusaha untuk menyajikan hanya rancangan yang terbaik mengikut citarasa dan kehendak penonton agar pencapaian cemerlang ini dapat diteruskan pada masa hadapan. Kami berbesar hati atas sokongan padu daripada jutaan penonton setia, dan kami berharap agar ia berterusan,” tambah Izham.

Stesen televisyen yang kini telahpun memasuki usia 27 tahun bersiaran ternyata masih menjadi pilihan utama rakyat Malaysia bukan sahaja di kaca TV, malah di laman sosial media menerusi microsite khas Raya www.tv3.com.my dan laman sosial rasmi Facebook TV3.

Carta 2 (TV3 Mendahului Stesen Lain)

Carta 3 (TV3 & TV9 Menguasai Waktu Perdana)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Miera Liyana di Lokasi Pengambaran Filem Rentaz

Karnival Suara Kami 2011