PERJUANGAN YANG TIADA PENAMAT
Dalam Musim Ke-7 Supernatural
Kisah adik-beradik Winchester, Sam dan Dean, kehilangan ibu mereka yang dibunuh oleh kuasa ghaib misteri dan jahat. Sejak itu, bapa mereka, John membesarkan dua beradik dengan kekuatan fizikal dan mental. John membuka minda dan mata mereka mengenai wujudnya kuasa syaitan yang luar biasa serta mengajar cara untuk membunuh makhluk halus itu.
Selepas menempuh berpuluh pengembaraan berdarah, menghapuskan pelbagai jenis ancaman ghaib, Sam dan Dean semakin menghampiri takdir gelap mereka dengan bantuan Bobby dan malaikat Castiel, mereka berjaya mengelakkan dunia dari berlaku bencana dahsyat. Tetapi, kejayaan ini harus dibayar dengan harga tidak ternilai di mana Sam mengorbankan dirinya dipenjarakan di Neraka bersama Lucifer. Oleh kerana terlalu kecewa dan sedih, Dean membuat keputusan untuk bersara dari dunia memburu syaitan.
Namun, setahun kemudian, Sam muncul kembali di hadapan pintu rumah Dean. Adik-beradik Winchester ini meneruskan misi mereka menjejak kuasa ghaib yang jahat. Tidak lama kemudian, Dean menyedari kebenaran yang mengejutkan tentang Sam di mana kepulangan Sam dari Neraka ialah tanpa jiwa.
Sementara itu, Perang Saudara tercetus di Syurga. Castiel berazam untuk tidak tewas, dia membuat keputusan drastik mahu membuka pintu untuk Purgatory, sumber semua roh raksasa. Tindakan pertama yang bakal dilakukan Castiel ialah menyerap semua kuasa roh tersebut. Mengabaikan amaran Sam dan Dean, Castiel membuat perjanjian dengan Raja Neraka untuk mencari pintu berkenaan.
Walaupun cuba dihalang oleh Sam dan Dean, Castiel berjaya mencapai hasratnya dan memperoleh kuasa sehebat Tuhan malah Castiel sendiri tidak mengetahui magnitud sebenar di dalam dirinya atau sebahaya mana dia mampu berubah.
Dalam musim ke-7 ini menyaksikan Sam dan Dean mula terasa bahang selepas kehilangan kawan mereka. Memori Sam di Neraka cuba mengawal dirinya, bukan sahaja mengancam hidupnya malah mengancam abangnya, Dean. Pada waktu yang sama, Dean pula bergelut dengan beban rahsia yang akan memisahkan adik-beradik ini. Ketika Sam dan Dean mengembara menyusuri sisi gelap Amerika, mereka bakal berhadapan dengan musuh yang lebih bijak berhelah dan pantas menyesuaikan diri dari mana-mana kuasa ghaib yang pernah mereka hapuskan!
Seperti pemburu syaitan sebelum mereka, tiba giliran dua wira ini merasa detik ditewaskan. Tiada siapa dapat membantu Sam dan Dean kecuali diri mereka sendiri. Saksikan musim baru Supernatural menampilkan Jared Padalecki dan Jensen Ackles mulai 12 Mac ini, setiap hari Selasa jam 11.00 malam di TV3.