in

TV3 Lancar Program CLEVER GIRL MALAYSIA

Sesi uji bakat Clever Girl Malaysia yang telah berlangsung pada bulan Disember 2015 hingga Januari 2016, sudah pun membuahkan hasil. 14 orang Clever Girl Malaysia atau gadis terpintar dari setiap negeri di Malaysia akan mula bertanding demi merebut gelaran Clever Girl Pertama Malaysia dan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000.

RM 100,000 UNTUK YANG TERPINTAR
Negeri Manakah Memiliki Gadis Terpintar Malaysia?

Stesen televisyen nombor satu Malaysia dengan bangganya memperkenalkan sebuah rancangan game show yang mencari gadis terpintar negara serta berperwatakan menarik untuk mewakili negeri kelahirannya. Clever Girl Malaysia akan keudara pada setiap hari Ahad bermula 13 Mac 2016 nanti. Lebih mengujakan, Clever Girl Malaysia juga dibawakan khas oleh Lady’s Republic selaku penaja rasmi untuk rancangan ini.

Clever Girl Malaysia telah mengadakan sesi pencarian gadis paling pintar di Malaysia melalui dua platform utama iaitu uji bakat di lokasi dan melalui media sosial, Instagram. Sesi uji bakat Clever Girl Malaysia itu hanyalah terbuka kepada peserta perempuan warganegara Malaysia yang berumur dalam lingkungan 18 – 30 tahun sahaja. Para peserta juga hendaklah mempunyai perwatakan yang menarik serta berpengetahuan luas. Sepanjang musim sesi pencarian Clever Girl Malaysia, kru penerbit Clever Girl Malaysia telah menjelajah ke Kota Kinabalu, Kuala Terengganu, Kuching, Johor Bahru, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur demi mencari 14 orang peserta Clever Girl daripada lebih 1,000 penyertaan yang diterima.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid, “Clever Girl Malaysia akan mengembalikan era program realiti berbentuk game show intelektual seperti ‘Who Wants To Be A Millionaire’ dan ‘Roda Impian’. Kami melahirkan Clever Girl Malaysia untuk memecah tradisi program realiti mencari bakat seni dan menjadi pencetus ‘trend’ dunia hiburan tanah air. Kami yakin bahawa Clever Girl Malaysia mampu pergi jauh kerana selain menyajikan program yang menarik untuk tontonan setiap malam Ahad, Clever Girl Malaysia juga akan menjadi sebuah program ilmiah. Tambahan lagi, Clever Girl Malaysia ini mampu menjadi sumber inspirasi kepada gadis-gadis kita untuk terus menempa kejayaan.”

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios merangkap pencetus idea Clever Girl Malaysia, Encik Ahmad Izham Omar, “Penerbitan Clever Girl Malaysia ini adalah untuk buktikan yang Malaysia mempunyai banyak gadis pintar di luar sana. Adalah menjadi tanggung jawab kami untuk mengetengahkan mereka dan letakkan mereka pada perhatian yang mereka patut perolehi. Kami menyahut cabaran untuk menyangkal kenyataan ‘Mereka yang rupawan, tiada akal’. Oleh itu, Clever Girl Malaysia ini juga bertujuan untuk membuktikan bahawa mereka yang rupawan juga wujud dengan intelek yang setaraf dengan rupa mereka.”

Clever Girl Malaysia sebuah game show kerana ia tidak menggunakan apa-apa sistem undian. Sebaliknya setiap peserta Clever Girl Malaysia akan dinilai berdasarkan prestasi dan kebolehan mereka untuk menjawab soalan-soalan kuiz pada hari pertandingan. Pada akhir musim Clever Girl ini, peserta yang berjaya mendapat markah tertinggi akan digelar Clever Girl Pertama Malaysia dan memenangi wang tunai berjumlah RM 100,000. Lebih menarik lagi, rancangan ini akan diacarakan oleh Alif Satar, yang juga merupakan salah satu pelakon yang membintangi drama slot Akasia terbaru TV3 iaitu Tundukkan Playboy Itu.

Selain daripada menjawab soalan-soalan pada hari pertandingan, para peserta Clever Girl Malaysia hendaklah laksanakan aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat. Mereka tidak bersendirian, tetapi para peserta Clever Girl Malaysia akan menjalankan aktiviti khidmat masyarakat mereka bersama penaja rasmi Clever Girl Malaysia, Lady’s Republic.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Classic Worldwide Cooperation (M) Sdn Bhd, Dato’ Sri Dr. Rozaini Hasan, “Classic Worldwide Cooperation (CWC) merealisasikan satu lagi anjakan untuk mencipta sejarah kejayaan perniagaan menerusi pelancaran produk Lady’s Republic merentasi penajaan di Clever Girl yang bersiaran di TV3. Teras kepercayaan CWC sangat tinggi terhadap keupayaan jenama Clever Girl Malaysia secara khasnya dan TV3 secara khususnya untuk meningkatkan reputasi serta keyakinan umum terhadap siri penjagaan wajah Lady’s Republic.”

Perak? Kelantan? Sarawak? Kuala lumpur? Berikan sokongan anda kepada wakil negeri anda dalam Clever Girl Malaysia yang akan bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam setiap Ahad bermula 13 Mac 2016 pada jam 9.00 malam di TV3. Para penonton juga berpeluang untuk mengikuti perkembangan dan persiapan Clever Girl Malaysia dalam Diari Clever Girl Malaysia pada setiap hari Ahad jam 6.00 petang bermula 6 Mac 2016.

Para penonton turut dijemput untuk memeriahkan dunia maya Clever Girl Malaysia dengan penggunaan hashtag #clevergirlmy. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/clevergirl dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

LADY’S REPUBLIC
Lady’s Republic Skincare didatangkan dengan pelbagai siri produk yang sangat berkualiti untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Dengan tagline “MENYINGKAP RAHSIA KECANTIKAN ABADI” ia merupakan penyelesaian terbaik bagi mereka yang mengalami masalah kulit dan kecantikan Produk Lady’s Republic didatangkan dengan 4 siri set lengkap kecantikan wajah. Di antaranya adalah Tri-active Cleanser Redefined, Active Essence White Control, Cinderella Time Luminescent Serum, dan VV Cream Beneficient. Berteraskan elemen serta penggunaan keajaiban air zam-zam secara tidak langsung produk Lady’s Republic akan berada dan berbeza dengan produk-produk lain di pasaran. Umum maklum, air Zam Zam adalah sumber air paling bersih di dunia yang tidak pernah berkurangan sumbernya sejak 4000 tahun walaupun ianya digunakan oleh segenap lapisan masyarakat dunia setiap hari untuk keperluan harian. Secara semulajadi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Animax Carnival Malaysia 2016

Zarina Kini Jadi Penyampai BestFM