in , ,

TV3 Grand Bazar Ramadan Raya 2019 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Build Up Resources Sdn Bhd berganding bahu dengan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad dalam mengadakan TV3 Grand Bazar Ramadan Raya 2019 di pekarangan Parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 16 Mei hingga 4 Jun 2019.

Sebuah majlis pelancaran telah diadakan di tapak bazar tersebut pada hari Sabtu, 18 Mei 2019 yang dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Lawatan YB Syed Saddiq bersama para VIP, serta barisan artis

Dalam ucapan perasmiannya, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata,

“Ini merupakan julung kalinya pihak TV3 berganding bahu dengan pihak stadium dan BUR. Tahniah saya ucapkan kepada penganjur, dan saya amat berbangga dengan inisiatif ini kerana ia dapat membantu golongan muda B40 yang masih menganggur secara tidak langsung dan melahirkan usahawan-usahawan muda dengan mewujudkan sebuah platform untuk mereka berniaga.

Kita akan sentiasa cuba untuk membantu golongan B40 ini untuk naik taraf hidup mereka, bukan sahaja golongan graduan, malah golongan lepasan SPM juga. Oleh itu, saya galakkan lebih ramai lagi golongan belia akan menyertai bazar ini sebagai peniaga.”

Ucapan perasmian YB Syed Saddiq

Dalam majlis perasmian tersebut, YB Syed Saddiq turut menympaikan sumbangan beras dari Jasmine Food Corporation Sdn Bhd sebanyak 100kg kepada lima rumah anak-anak yatim terpilih, iaitu Sekolah Tahfiz & Anak Yatim (STAY), Sg. Besi, Akademi Darul Uloom Islamiah, Sri Petaling, Asrama Anak-anak Yatim Darul Taqwa, Sg. Besi, Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling, dan Pusat Jagaan Telaga Nur Kasih Muhammad. Selain itu, YB Syed Saddiq juga telah menyampaikan sumbangan RM3,000 kepada Sekolah Sukan Bukit Jalil daripada Sri Poma Plastic Industries Sdn Bhd.

YB Syed Saddiq beramah mesra bersama kanak-kanak tahfiz

Antara dif-dif kehormat yang turut hadir dalam majlis pelancaran bazar ini adalah, Pengarah Jualan dan Strategi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Pn Nini Yusof, Pengarah Build Up Resources Sdn Bhd, Datuk Mohd Azizan Che Omar dan Datuk Mohd Shukor Abd Manan, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Loyalty Sdn Bhd, Encik Spencer Lee, Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia, Tuan Zainal Abas, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, serta para atlet negara dan rakan-rakan media di tapak TV3 GBRR 2019.

TV3 Grand Bazar Ramadan Raya 2019 (TV3 GBRR 2019) ini akan beroperasi sepanjang 20 hari, iaitu setiap Isnin hingga Jumaat, pada pukul 3 petang hingga 12 tengah malam. Manakala, pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum, bazar ini akan beroperasi dari pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam.

Sesi interview YB Syed Saddiq

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak, “Penganjuran TV3 Grand Bazar Ramadan Raya 2019ini akan memberi peluang dan pengalaman beli belah yang baharu kepada semua golongan peniaga, terutamanya golongon B40 dan pengguna sepanjang bulan Ramadan. Bazar ini menawarkan peluang kepada setiap peniaga dari sekitar Selangor dan Lembah Klang untuk menjual dan memasarkan produk mereka. Oleh itu, barangan dan servis yang didagangkan di bazar ini merupakan segala jenis produk dan servis daripada makanan, perabot, hiasan rumah dan lain-lain kerana kami tidak menetapkan jenis perniagaan yang khusus untuk menyertai bazar ini. Justeru, para pengguna yang berkunjung ke bazar sehenti ini berpeluang untuk mendapatkan pelbagai keperluan musim perayaan ini.”

TV3 GBRR 2019 mempunyai 300 buah gerai yang beroperasi dengan sasaran 500,000 jumlah pengunjung setiap hari. BUR dan TV3 berkolaborasi menjayakan acara ini bersempena dengan musim perayaan bulan Ramadan dan Syawal bertujuan untuk mewujudkan sebuah platform peluang perniagaan bagi usahawan-usawahan kecil dan sederhana (SME) sekitar Kuala Lumpur dan Selangor  untuk memasarkan produk dan servis mereka. Walau bagaimanapun, peluang bagi peniaga yang hendak menyewa tapak di bazar ini pada setiap Sabtu dan Ahad sahaja masih dibuka dan boleh berhubung dengan wakil BUR, Hazim (+60 11-3304 9419) sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh mula berniaga tersebut.

Penyampaian sumbangan beras kepada rumah-rumah anak yatim

Pelbagai tarikan pengunjung disediakan di TV3 GBRR 2019 ini termasuklah ‘Rumah Melayu’ sebagai kawasan bersantai VIP, program-program khidmat masyarakat seperti Acara Solat Berjemaah bersama Tahfiz serta majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan menteri. Selain itu, antara tarikan utama bazar ini adalah sebuah pemetaan imersif tiga dimensi yang dinamakan ‘Mekar Ramadan’. Dengan menggabungkan teknologi binaan dan visual elektronik, pemetaan digital dipancarkan ke setiap sudut ruang bagi memberikan para pengunjung sebuah pengalaman imersif seolah mereka mengembara di sebuah alam maya secara peribadi. Setiap imej yang dipancarkan ini juga bersifat interaktif dimana imej-imej ini akan berubah apabila disentuh.

Para pengunjung tidak perlu risau tentang anak-anak mereka kerana pihak penganjur turut menyediakan laman mesra kanak-kanak dimana sebuah taman permainan kembung disediakan untuk pengunjung cilik luangkan masa mereka semasa ibu bapa mereka membeli belah. Kemudahan lain yang turut disediakan di TV3 GBRR ini adalah buffet iftar yang disediakan oleh BUR dengan harga serendah RM35 seorang, terhad untuk 500 orang pengunjung sahaja setiap hari.

Penyampaian wang sumbangan kepada Sekolah Sukan Bukit Jalil

Para penjual yang menyertai TV3 GBRR 2019 ini terdiri daripada penjual-penjual dari pelbagai bidang termasuklah pakaian, aksesori dan perhiasan peribadi, kosmetik, kesihatan dan kecantikan, perabot dan perhiasan rumah, aksesori telefon bimbit, kuih-muih, makanan, dan banyak lagi. Perbadanan korporat turut menyertai TV3 GBRR 2019 ini, antaranya adalah AIR ASIA BIG, L’Oreal, MyFreeview, 100 Plus, Seasons, SME Corp, Toyota, Loreal dan banyak lagi.

Bersempena dengan kolaborasi antara bazar ini dengan Air Asia Big, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Big, Encik Spencer Leeberkongsi promosinya, “TV3 Grand Bazar Ramadan Raya 2019 ini merupakan sebuah platform yang baik untuk kami libatkan ahli-ahli BIG kami bersempenaan dengan musim perayaan ini. Sebagai sebuah syarikat teknologi pelancongan dan gaya hidup, kami amat komited dalam memberi ahli-ahli BIG kami lebih banyak peluang dan cara untuk peroleh serta membelanjakan mata ganjaran BIG agar mereka dapat menebus lebih banyak ganjaran ketika mereka melancong. Ahli-ahli BIG kini bukan sahaja dapat menebus mata ganjaran BIG mereka untuk memberli tiket penerbangan, malah mata ganjaran BIG kini sudah pun menjadi satu mata wang universal yang mampu menebus pelbagai jenis tempahandi airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia BIG termasuk tiket penerbangan, lawatan dan aktiviti pelancongan, barangan bebas cukai dan tawaran gaya hidup agar mereka dapat menjimatkan lebih banyak wang.”

Lawatan YB Syed Saddiq ke TV3 Grand Bazar Ramadan Raya 2019

Sudahkah anda bersedia untuk merasakan sebuah pengalaman beli belah baharu? TV3 Grand Bazar Ramadan Raya 2019 pasti akan menjadi pilihan anda! Kunjungilah TV3 Grand Bazar Ramadan Raya 2019 bersama seisi keluarga, rakan-rakan, dan rakan sekerja anda di Pekarangan Parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, setiap hari bermula 16 Mei hingga 4 Jun 2019. Untuk maklumat lanjut, sila layari portal informasi terkini tonton xtra, www.xtra.com.myserta laman media sosial rasmi Facebook Build Up Resources Sdn Bhd dan laman Facebook, Instagram dan Twitter TV3 Malaysia (@TV3malaysia).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MonoloQue Keluar Single Baharu, Peram ‘Langgar Lari’ Selama 13 Tahun

Siti Nurhaliza Terima 11 Platinum untuk Anta Permana & Legend Award